CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7445|Reply: 91

Near Death Experience. Pernah kah anda mengalaminya?

[Copy link]
Post time 11-12-2014 08:30 AM | Show all posts |Read mode
Hello forumers,

Pernah tak korang mengalami 'near death experience'? Mesti ada yang pernah kan? Ches nak kongsikan beberapa pengalaman Ches sendiri melalui pengalaman mengerikan ni. Kalau yang ada tu sila kongsi pengalaman anda k.

Pengalaman 1: Lemas sungai

Time ni, kalo tak silap umur Ches dalam 5 tahun kot. Belum bersekolah lagi. Ches ikut family balik kampung. Seperti biasa part mandi sungai ni la yang Ches & cousin mengazen paling suka kalau balik kampung. Dipendekkan cerita, sungai kat kampung Ches ni siap letak jambatan untuk org yg tak pandai berenang mcm Ches ni. Maksudnye kalau nak mandi Ches duduk je kat jambatan tu, cedok air gune gayung jer. Jeles tengok budak2 lain pandai berenang. Haritu Ches mandi dgn abg, kakak & cousins ditemani oleh mak Ches. Yelakan, semua budak2 turun sungai memang kena pantau oleh org dewasa.

Ape kelas mandi pakai gayung kan so Ches decided nak masuk dalam sungai. Mula2 Ches masukkan kaki, pastu tak puas hati Ches turun sampai takat punggung. Last2 tu Ches masuk terus dalam sungai pastu berpaut kat jambatan tu. Maksudnya badan Ches dah dalam sungai sambil tangan berpaut kat tepi jambatan. Entah mcmana tah, syok2 mandi tangan Ches terlepas pastu Ches tenggelam. Ches tak berapa ingat apa yg berlaku masa tu sebab Ches masih kecik lg. Yang Ches ingat mak Ches dah gelabah, dia menyelam cari Ches tapi tak jumpa2. At last dah beberapa minit, mak Ches dapat selamatkan Ches dengan menarik rambut Ches. Ches pun timbul

Tu pengalaman pertama Ches. Kalau time tu mak Ches x ikut sama mmg Ches dah xde kot. Selepas incident tu Ches fobia nak masuk sungai, laut, kolam & sewaktu dengannya sebab Ches xpandai berenang sampai lah sekarang. Pernah beberapa kali belajar berenang tp xreti jugak. Haha. Sekarang ni kalau balik kampung dah xmandi kat sungai lagi dah sebab sungai kat kpg Ches dah ada buaya. Seram. Actually Ches ada 2 kali pengalaman lemas & Ches hampir melemaskan cousin Ches sendiri. Yang ni nanti Ches cerita k.

Yang ada pengalaman yg sama boleh kongsi kat sini ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2014 09:13 AM | Show all posts
Pengalaman 2: Lemas lagi

Time ni Ches dah bersekolah, kat sekolah rendah. Setiap hari Ches, abg & cousin (Ches namakan Vay) pergi ke sekolah naik bas sekolah. Tak jauh dari rumah Ches (area belakang rumah) ada kawasan perkampungan (kawasan rumah kayu). Dan kat situ ada sungai.

Pada satu hari, kwn abg Ches ajak kita org pegi ke sungai tu. Dah abis sekolah (sesi petang), turun je dari bas sekolah kita org pun berjalan kaki ke sungai tu dengan masih berbaju sekolah. Sampai je kat sungai tu Ches & Vay cepat2 buka kasut sekolah, duduk atas jambatan & rendam kaki dalam sungai. Masa tu air pasang & tersangatlah dalam (sebab Ches pernah nampak dasar sungai tu time air surut memang dalam dah macam gaung). Abg Ches & kwn dia naik sampan siap dengan life jacket nye.

Pastu Vay ajak Ches masuk dalam sungai, Ches kan xreti berenang so Ches xnak la. Vay bagitau la nak ajar Ches berenang. Time tu ada tin milo kosong (tin paling besar), Vay suruh Ches guna tin tu sebagai pelampung. Maksudnya kedua-dua tangan Ches peluk tin tu sambil kaki gerak ke atas & ke bawah secara gantian (gaya berenang). Apa lagi dah dapat berenang sikit2 tu bukan main syok lagi Ches main kat air.

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari (chewah), tiba2 tangan Ches terlepas tin milo tu. Apalagi Ches pun tenggelam timbul dengan tangan terkapai2. Sekejap2 Ches sempat menjerit meminta tolong.

Vay dengan sepantas kilat berenang ke arah Ches. Dengan gaya menyelamatkan mangsa lemas (tangan merangkul bahangian leher Ches), Vay berenang ke arah jambatan. Tapi time tu tersangatlah panic, Ches rasa insecure. Yela sebab badan masih dalam air, cuma bahagian muka je timbul atas permukaan air, akhirnya Ches selamkan Vay supaya Ches dapat timbul sepenuhnya. Vay time tu memang bertarung nyawa sebab nak selamatkan Ches & diri sendiri. Beberapa kali juga Ches buat dia macam tu (Ches selamkan Vay) sepanjang perjalanan ke jambatan tu. Nasib si Vay ni kental kalau tak memang dua-dua lemas & tak mungkin akan selamat kot.

Abg Vay? Dia duduk je dalam perahu dgn kwn dia tu sambil berlife jacket bagai tapi tak tolong pun. Sebab apa? Mungkin benda tu berlaku sepantas kilat, dia x sempat berbuat apa2, ataupun sebab panic or most probably dia pun xpandai berenang.

Ingatkan dah selesai, tiba2 kedengaran suara sayup2 dari jauh macam kenal. Muncul mak Ches bawa rotan suruh kita org balik. Mak Ches marah bukan kepalang, yela balik sekolah singgah rumah pun tak, xde minta kebenaran..terus meluru ke sungai dengan beruniform & beg sekolah.

Kita org balik rumah dengan basah kuyup. Malam tu sebelum tido Ches sempat mengucapkan rasa bersyukur sebab Ches masih lagi hidup. Pergi ke sungai tu? Memang xde lagi la, it was the first & the last
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2014 10:03 AM | Show all posts
Pengalaman 3: Tercampak keluar dari bas sekolah

Time Ches kecik memang rapat dgn abg berbanding dgn kakak. Pergi sekolah, bermain semua kita org buat sama-sama.

Setiap kali balik sekolah, kita org selalu bersaing sapa yg turun dari bas sekolah & sampai rumah dulu. Dijadikan cerita, time tu dah on the way perjalanan ke rumah. Ches seperti biasa duduk kat tempat duduk depan tangga bas. Dan abg Ches berdiri. Memang sifat Ches yg xmahu mengalah (anak bongsu la katakan), Ches pun berdiri kat tangga bas.

Bas masa tu memang laju. Dengan keadaan Ches yg berdiri pun xstabil, bas tu kemudian belok masuk ke lorong rumah Ches. Tah macam mana Ches boleh tercampak keluar dari bas, landing baik punya dengan duduk bersila cun2 kat tengah jalan. Driver bas & penumpang semua terkejut & ada yang menjerit ketakutan.

Nasib baik sekali lagi menyebelahi Ches. Sebab tiada kereta / kenderaan lain yg mengekori belakang bas. Kalau ada pun jarak nya terlalu jauh. Dan Ches sempat bangun & menyelamatkan diri pg ke tepi jalan. Kalau tak memang Ches dah dilanggar & digilis kereta. Badan Ches memang sakit bukan kepalang

Pengalaman ni betul2 memberi kesan pada Ches. Lepas kejadian tu, xde nye nak berlumba2 turun dr bas lagi. Driver bas sememangnya cuak takut apa2 jadi pada Ches & dia sempat berleter seminit dua. Ches insaf.

Abg Ches & cousin tutup mulut. Sampai sekarang family Ches xtau cerita ni
Last edited by Chesire_Epilog on 11-12-2014 01:53 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2014 10:47 AM | Show all posts
Pengalaman 4: Jatuh pokok

Waktu Ches kecik mmg nakal. Tapi Ches rasa semua kita pernah nakal masa kecik2 dulu, no doubt.

Rumah lama Ches memang luas kawasan luar. Sebab rumah Ches kat corner. So, petang2 kita org memang selalu main baseball, main lumba lari, zeropoint, panjat pokok & sewaktu dgnnya. Time tu xwujud lagi gadget, ipad, smart phone mcm zaman sekarang ni. Ches ingat lagi masa tu mmg xsabar tunggu hari petang sebab nak main kat luar dgn kwn2. Serious, zaman kanak2 la paling seronok.

Petang tu Ches bermain dgn abg & cousin mengazen yg datang ke rumah. Kita org main pondok2. To cut the story short, abg Ches panjat pokok mangga nak ambik ranting pokok buat unggun api (konon2 nak masak), Ches pula ditugaskan utk kumpul ranting2 pokok kat bawah. Bosan agaknya menunggu kat bawah pokok, akhirnya Ches bertekad nak ikut panjat pokok. Abg Ches dah siap pesan jangan panjat tp Ches degil. Sampai kat dahan pertama Ches hilang imbangan, tangan Ches terlepas so apalagi Ches pun jatuh mcm nangka busuk. Boleh tahan tinggi juga pokok mangga tu, dgn badan Ches yg sekeping. Ches pun pengsan.

Ches cuma dpt dgr suara sayup2, sekejap2 hilang. Mata Ches pun sekejap2 dapat buka pastu pejam balik. Ches rasa mcm kat awang-awangan. Ches cuba untuk mengeluarkan suara tp yg keluar cuma bunyi mcm org semput. Dada Ches rasa mcm kena tekan, sakit yang teramat.

Ches diangkat bawa masuk ke rumah. Ches dibaringkan kat dapur. Ches xberapa ingat mcm mana Ches dapat sedar sepenuhnya, yg Ches ingat mak Ches sentiasa jadi penyelamat Ches. Ches demam + sakit dada + sakit badan. Mak Ches membebel marah kat Ches.

Sekali lagi Ches terselamat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2014 12:09 PM | Show all posts
Pengalaman 5: Dada ditusuk besi

Kat luar rumah Ches ada beberapa tong drum. Xtau mana dtg nya tong tu & untuk apa. Mungkin parents Chez nak guna untuk buat tpt barbeque kot. Tp xkan la sampai 2,3 biji? Tah la, yg Ches tahu tong tu boleh buat main.

Suatu petang, Chez, adik beradik & Vay main atas tong drum tu. Macam ala2 sarkas, tong tu dibaringkan supaya kita org dapat naik atas tong drum tu & berjalan atas nya (mcm aksi badut berjalan atas bola). Permainan ni mmg menguji keseimbangan badan. Sapa yg sampai garisan penamat dulu dikira pemenang.

Dah selesai bermain, tinggal Ches & abg masih kat luar rumah. Yang lain dh masuk rumah sebab mak dh panggil suruh mandi. Abg Ches simpan balik tong drum tu dalam posisi berdiri. Pastu kita org naik atas tong drum tu, tinggi juga la rasanya lebih tinggi dr Ches & abg Ches.Kita org mula main lompat dr atas tong ke tanah. Pastu naik balik & ulang benda yang sama. Motif? Tah la. Budak2 la katakan, semua benda boleh buat main.

Turn Ches pula lompat tp abg Ches cepat2 tolak Ches dalam keadaan Ches xbersedia lg. Time tu Ches menghadap tiang besi terpacak depan Ches. Ches xdapat elak, Ches terjatuh dan dada Ches tertusuk tiang besi tu. Nasib sekali lagi menyebelahi Ches sebab besi tu tak tembus dada Ches which is menghairankan juga sebab posisi Ches terjun dr tong drum setinggi & sepantas semacam terjun ke sungai. Mungkin sebab fizikal Ches masa tu seberat sebiji buah kelapa je kot.

Lepas tertusuk besi, Ches jatuh ke tanah. Ches mengalami situasi sama macam Ches jatuh pokok. Ches pengsan, sakit dada xdapat bercakap & lastly demam.

P/s: Ches ingat lagi pengalaman kwn Ches bergaduh dgn ayah dia. Ayah kwn Ches berbangsa singh. So physically dia kuat & kebal. Time bergaduh tu kwn Ches tertusuk pisau kat dada ayah dia. Tapi langsung xtembus, sebaliknya pisau tu bengkok. Mungkin Ches pun mcm tu kot. Kebal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2014 12:11 PM | Show all posts
Pengalaman 6: Accident

Kejadian ni berlaku 2 tahun lepas. Time tu Ches single lg. Selain bkerja, Ches banyak meluangkan masa lepak dgn kawan2 sama kerja kat cafe kegemaran kita org. Sebab cafe tu menyiarkan movie2 terbaru kat wayang. Kadang2 kita org bawa DVD sendiri & tengok sama2 kat situ. Sebab owner cafe tu dah kamceng, regular customer la katakan. Dengan suasana yg open space memang best nak hang out, santai2.

Rumah Ches dengan bandar agak jauh, lebih kurang 12 batu. Tiap hari Ches drive ke ofis dalam sejam setengah ke dua jam perjalanan. Malam tu shift Ches habis pukul 930 malam. Dalam pukul 10 malam, Ches dah sampai kat cafe tu, kwn2 Ches smua dh tunggu sebab shift kita org lain2. Hanya 2 org yg sama shift dgn Ches.

Malam tu kita org borak perihal paranormal. Masing2 cerita pengalaman masing2. Ches ni jenis yg penakut tahap gaban. Kadang2 buat2 xdgr, yelah dah Ches kena drive jauh, lewat malam pula tu. Ada sorang kwn Ches sorang ni buka cerita pasal entiti antara area batu 7 & 8 (rumah Chez batu 12). Dia cakap ada benda keras kat area tu sebab selalu berlaku kemalangan. Memang x dinafikan area tu selalu ada accident kereta masuk longkang besar (longkang ni berada kat tengah2 highway). Maksud nya jalan two way ni dipisahkan oleh longkang besar tp ada divider.

Jam masa tu menunjukkan pukul 230 pagi, dah abis borak kita org pun balik. Jalan balik ke rumah Ches cuma Ches sorang je yg lalu, so dh biasa Ches balik sorang, xde kwn Ches yang lalu jalan sama2. Malam tu memang Ches bawa keta laju. Sampai area batu 7 Ches terkejut sebab Ches macam ternampak ada sesuatu kat tgh jalan, Ches cuba mengelak. Ches swing keta ke sebelah kanan & akhirnya keta Ches masuk longkang. Kalau Ches swing ke sebelah kiri memang sah2 Ches masuk gaung. Fuh~

Masa tu Ches macam mati sekejap. Ches sedar bila ada sorang laki datang ke arah keta nak tolong Ches. Ches kemudian keluar keta, dengan bibir Chez yg berdarah & kembang. Ches pg tepi jalan. Memang terkejut sebab Ches tengok keadaan kereta yang teruk, kereta terjunam masuk longkang, kedua-dua alignment tayar depan Chez patah, bahagian enjin tertolak ke dalam. Ches? Cuma mengalami bibir kembang sebab terhantuk kat stereng keta & berdarah.

Xlama lepas tu towing pun datang ambi keta Ches. Driver towing tu sempat cakap kat Ches, majoriti yang accident kat area tu memang meninggal. Yg terselamat pun at least ada patah tulang, patah kaki or tangan. Ches sangat bernasib baik.

Ches pun anggap begitu, nasib baik. Sebab yg menyelamatkan Ches masa tu ialah safety belt. Yup, kalau Ches xpakai safety belt memang Ches dah tercampak keluar dari keta melalui cermin depan keta. Sebab masa tu keta Ches dalam posisi 45 darjah. Sekali lagi Ches terselamat.

Habit Ches yang biasa pakai safety belt menyelamatkan nyawa Ches malam tu. Even sampai sekarang Ches akan guna belt walaupun pg kedai depan rumah je pun, sebab dah terbiasa. So, kawan2 sekalian, jgn guna seat belt bila nampak polis je, or sebab xnak kena saman tp pakai utk keselamatan diri.

P/s: Sehari kemudian kolik Ches call Ches. Ingatkan nak tanya khabar lepas accident. Dia cuma nak bagitau dia kena nombor sebab beli no plat keta Ches & dpt first prize. RM2500 tu. Cis~

By the way, xde ke yg nak kongsikan pengalaman kat sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2015 04:21 PM | Show all posts
ada satu kali, nyaris mati sebab pasal member pandu turun genting highlands dgn N gear turun bukit. kereta pusing 720 degree. nasib baik takada kereta kat belakang dan depan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 11:48 PM | Show all posts
hmm..banyak betul pengalaman near death ches

sekali jek rase near death experience nih,tahun 2005..dan x sanggup nak ulang lagi,insyaallah

accident...darah muda,pantang dicabar..kene pam dengan GSR,aku henjut gsr tuh..tengah rembat dalam 120km/j (dah nak kena cicir la dgn gsr tuh..) boleh plak die kacip n kiss bumper depan kete,huru-hara jadiknye. kete berpusing..drift ke side table,naik atas bukit sket..n terus stoped by TNB nye tiang lampu

selt belt x pakai..kepala terhantuk cemin depan,12 jahit kat kening
lepas hentam cermin..tulang belakang plak terhentak pada hujung bucket seat..retak antara 2 join
sebulan terlantar kat spital..6 bulan light duty,seb bek x kene buang kje
saman kene bayoo..tiang lampu TNB kene ganti

lesson learn...pakai seat belt n pakai kete yg lagi laju


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2015 12:34 PM | Show all posts
skyreds replied at 3-1-2015 11:48 PM
hmm..banyak betul pengalaman near death ches

sekali jek rase near death experience nih,tah ...


GSR tu ape?

Yang ni mmg dashyat siap masuk hospital sebulan, kening kene jahit & retak join. Sky masih sedar x mase accident tu? Memang kene ganti ke tiang lampu tu walaupun x sengaje? Yela, name dh accident kan

Haha..tau takpe..Seat belt kene sentiase pakai walaupun rimas
Bawak kete 80km/j jer, xyah nak berdrift bagai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2015 12:50 PM | Show all posts
agongbaba replied at 2-1-2015 04:21 PM
ada satu kali, nyaris mati sebab pasal member pandu turun genting highlands dgn N gear turun bukit.  ...

Maksud nye kete agong tu bpusing 2 kali la ye? Tu kire bnasib baik sgt sebab x de kete Kete & korang semua dlm keadaan selamat la kan sebab xde langgar pape.

Ches ingat lagi pengalaman naik kete BMW Z4, dalam 3 tahun lepas. Time tu zaman MLM tengah panas. Ches pernah join satu bisnes MLM ni, kete yg upline gune memang tip top la. M3, BMW Z4, SLK, Skyline, Fairlady & sewaktu dengannya. Mase tu dorang saje nak bawa kite yg br join bisnes ni naik kete, yela nak naikkan semangat buat sales, salah satu cara nak umpan lettew

Ches naik la Z4 dgn sorang mamat ni, 2 org je dalam kete sebab seat pun de 2 je. Time tu ujan renyai-renyai, jalan basah & licin. Nak tunjuk kehebatan kete masing-masing dorang racing sesame sendiri. Ches rase macam di awang-awangan jer, yela kete laju, smooth pula tu. Ade la dalam 300m kat depan kete yg Ches naik, kete M3 hilang kawalan langgar pokok tepi jalan, terpelanting & berpusing 3 kali. Nasib Z3 yg Ches naik sempat berhenti. Kite org kuar tengok kete memang lunyai, kedua-dua tayar depan koyak (belah dua), bonet depan memang hancur. Dalam pikiran Ches ingat 2 org dlm kete tu mungkin x selamat dgn kondisi kete yg teruk.

Dua org kuar dr kete tu dengan luka minor kat dahi, yg sorang cermin mata patah. Nasib dorang baik sebab air bag tu selamatkan nyawa dorang. Kete mahal ni safety memang tip top.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 02:25 PM | Show all posts
Chesire_Epilog replied at 5-1-2015 12:34 PM
GSR tu ape?

Yang ni mmg dashyat siap masuk hospital sebulan, kening kene jahit & ret ...

GSR = Mitsubishi Evo , kalau x silap Evo3

masa crash tuh masih sedar...kluar kete sendiri thru driver window.
time tuh member ade kat belakang follow....die stop tahan orang mintak bawak ke hospital,lepas tuh die try round area tuh nak cari mamat gsr tu.

sampai hospital...masih sedar,masuk je hospital terus blank
sedar2 dah ade bunga sejambak dengan buah-buahan...heheheheee,prihatin betul majikan aku..yang bawak my own boss,berbakul2 kene bebel ngan die

Kluar spital...kene gi balai buat report investigation. Boleh plak si sarjan tun cakap aku mabuk...hampehnye orang
lepas tuh die issue surat saman pasal reckless driving dan seb baik tiang lampu TNB tuh leh claim insurans yg bayo
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 02:30 PM | Show all posts
Bawak kete 80km/j jer, xyah nak berdrift bagai


x reti nak bawak slow...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2015 03:14 PM | Show all posts
skyreds replied at 5-1-2015 02:25 PM
GSR = Mitsubishi Evo , kalau x silap Evo3

masa crash tuh masih sedar...kluar kete sendiri thru  ...

Prihatin sungguh bos sky siap lawat pastu bawa buah tangan & buah mulut sekali
Mane boleh sarjan tu ckp ko mabuk kalo xde wat alcohol test, tu fitnah nama nya..ke memang sky mabuk time tu?

Sib baik boleh claim insurans. Dulu time Ches accident, dorang suh gtau je self-accident sebab nak elak moto kat report. So, xyah panjang-panjang cite. Terus closed
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 03:22 PM | Show all posts
Chesire_Epilog replied at 5-1-2015 03:14 PM
Prihatin sungguh bos sky siap lawat pastu bawa buah tangan & buah mulut sekali
Mane boleh s ...

Mabuk nak berlumba ade la...hahahaaa

memang giler sarjen tuh...macam chess bagitau la, kalau mabuk mesti masa kat spital diaorang dah detect..nih report clear jek.

die suspek jek..pasal time tuh pukul 2 am..malam minggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2015 03:51 PM | Show all posts
skyreds replied at 5-1-2015 03:22 PM
Mabuk nak berlumba ade la...hahahaaa

memang giler sarjen tuh...macam chess bagitau la, kal ...

Normal la tu, kol 2 pagi masih aktif lagi kalo malam minggu. Ni sarjan sky memang xpernah lalui zaman mude2 ye tak? Keh keh

So, skrang ni masih lagi ke dgn aktiviti drift xmenjadi tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 04:09 PM | Show all posts
Chesire_Epilog replied at 5-1-2015 03:51 PM
Normal la tu, kol 2 pagi masih aktif lagi kalo malam minggu. Ni sarjan sky memang xpernah lalui za ...

kadang2 kalau drive sorang2 ade gak terdrift pasal nak cepat2 belok...kat traffic light

tapi tebiat nak bawak slow sampai skrang x reti2 ..
lagi2 kalau dah pakai kete kapasiti besau...tekan sket tau2 dah 120km/j...baru 2.5k rpm

memang dah ade kat gen family kitaornag rasenye, abah aku pun kalau bawak kete kat jalan biasa saje jek die tekan sampai 120km/j..kalau kat highway 110km/j die tido..hahahahahaaaa,ade skali tuh konvoi beraya 5 bijik kete ( family kitaorang jek) dari johor ke lumut,perak....x sampai 6 jam siap berenti makan kat seremban sejam,terkejut beruk pakcik aku kat lumut tuh



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2015 04:19 PM | Show all posts
skyreds replied at 5-1-2015 04:09 PM
kadang2 kalau drive sorang2 ade gak terdrift pasal nak cepat2 belok...kat traffic light

tapi te ...

Herm..patut la, dah segenetik memang jenis yg suka bawa kete laju nak wat cane. Kalo jenis yang laju tapi berhemah xpe, Ches ok je tumpang org macam tu. Kalo yg seat belt tah kemane, signal light xpernah nak gune memang cuak la

Ayah Ches kalo laju sikit memang die dah membebel suruh tekan brake. Pastu sebelum jalan dia pastikan semua siap pakai seat belt termasuk yang duduk belakang tu ha
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 04:28 PM | Show all posts
Chesire_Epilog replied at 5-1-2015 04:19 PM
Herm..patut la, dah segenetik memang jenis yg suka bawa kete laju nak wat cane. Kalo jenis yang la ...

...keep it up

betul..apa je safety device yg ade dalam kete tu penting dan perlu digunakan

abah aku...macam x nak percaya,tapi dah abah akukan..x pernah exciden walaupun die bawak laju,alhamdulillah
aku jek yg di excidenkan...

you pernah dengar defensive driving x? orang yang bawak laju2 nie...mostly they know about defensive driving...expect the unexpected.


Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 04:36 PM | Show all posts
xbyk pengalaman...tp ada 1 je
bw moto bergesel dgn lori yg sedang bergerak...time tu pakai helmet selit je xikat btol2...masa jatuh helmet dah tertanggal
hampir terpelosok bwh lori, sempat berganjak keluar dari tayar lori...kalo x mmg dah kene lenyek pecah kepala
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 05:15 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 5-1-2015 04:36 PM
xbyk pengalaman...tp ada 1 je
bw moto bergesel dgn lori yg sedang bergerak...time tu pakai helmet s ...

bawak lori...

alhamdulillah..panjang umoq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.111569 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list