CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nur_ieyfa

Hasad dengki adik beradik sendiri

  [Copy link]
 Author| Post time 3-11-2015 10:50 PM | Show all posts
mulutcomel replied at 2-11-2015 10:26 PM
hahaha.... kat situ ada sekolah menengah teknik...sekolah menangah muadzam shah... MRSM...sekolah  ...

rahsia laaa...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2015 11:08 PM | Show all posts
RinIna replied at 3-11-2015 11:32 AM
Kalau benda tu menyakitkan hati x payahla nak ingat2 nak kenang2.. asalkan tt ada bersama dgn org2 ...

aminn...doakan yang terbaik yeaaa...sekarang ni bz sangat nak sambung bercerita..stay tuned yeaa..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 09:25 AM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 3-11-2015 11:08 PM
aminn...doakan yang terbaik yeaaa...sekarang ni bz sangat nak sambung bercerita..stay tuned yeaa.. ...

Harussss.... aku mmg penunggu setia kat trid tt ieyfa tau..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 01:26 PM | Show all posts
Assalamualaikum wbt... berat betul ujian keluarga TT. Mudah2an Allah kurniakan hidayah & petunjukNya kepada kita semua ke arah jalan yang diredhaiNya..amiin.

Minta maaf ye TT, nak tumpang cerita..bile terbaca post pasal gangguan di bulan puasa..saya rasa saya pun ada alaminya..cumanya xde la penampakan..huhu..minta dijauhkan..

Alkisahnya, terjadi di rumah MIL..biasa la, weekend berbuka posa bersama family..lepas berbuka & solat maghrib tu, semua lepak depan tv..sementara nak tunggu waktu isyak & solat sunat terawih malam tu..surau kat rumah MIL tu diorg mula terawih lambt..pukul 9.00mlm baru mula..AJK & org taman tu dah setuju nak mula waktu tu..x nak tergesa2 sgt lepas berbuka tu.

Dalam kul 8.45 mcmtu.. semua dah get ready nak bergerak ke surau..huhu..saya je tinggal sorg coz tgh cuti2 M'sia..sebab dah biasa dari kecik, dah tahu bulan Ramadhan syaitan dibelenggu..so xde la takut sangat dok tinggal sensorg.. so x lama lepas mereka semua pergi..saya lepak dekat hall ngadap laptop..sambil tv pun buka..tapi perasaan takut tu ada la jugak..hehe.. rasanya lebih kurang 9.30 mcmtu kot..tetiba dengar pintu bilik air belakang ditutup dengan kuat..actually pintu dia jenis yang folding zigzag..mmg style klu tutup pintu bilik air tu, kena tarik agak kuat sikit dan hasilkan bunyi yg boleh dengar kalau duduk dekat hall..

Tengah khusyuk mengadap laptop tu..bile dah dengar bunyi tu tersentak la jugak..huhu..mana ada sesiapa lg dlm rumah time tu kecuali saya je..huhu..time ni mmg dah seriau dah..huhu..terus bukak youtube pasang bacaan2 ayat quran.. nak g belakang time tu tengok..memang idok ler..huhu..time tu doa mudah2an family yg pergi surau semua balik cepat...

Lama gak la..menahan rasa tunggu diorg balik..mlm tu diorg pun kebetulan buat 8 rakaat je..dengar je bunyi kereta masuk..baru rasa lega..huhu.. cerita kat husband..huhu dia senyap je..tapi..dia pulak bukak cerita lain..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2015 09:14 PM | Show all posts
une_fille replied at 4-11-2015 01:26 PM
Assalamualaikum wbt... berat betul ujian keluarga TT. Mudah2an Allah kurniakan hidayah & petunjukNya ...

seram tu kalau jadi... Degnar macam tu lagi syeram nak-nak kalau menyeru pulak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2015 09:23 PM | Show all posts
RinIna replied at 4-11-2015 09:25 AM
Harussss.... aku mmg penunggu setia kat trid tt ieyfa tau..

maceyyy...tapi serius sekarang busy sangat kerja.. Non stop pulak kerja masuk dengan macam2 masalah. So tu yang lame xdapat update cerita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2015 08:52 AM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 4-11-2015 09:23 PM
maceyyy...tapi serius sekarang busy sangat kerja.. Non stop pulak kerja masuk dengan macam2 masala ...

Sesama... eh, xpe. Take ur time dear... take care okeh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2015 10:55 PM | Show all posts
KONGSI

Hai semua, hari ni Ieyfa bagi satu lagi cerita baru jadi juga la.. Tapi ni kisah pendek jelah. Jadi kat Encik Tunang.

Tunang Ieyfa ni duduk sekali dengan mama dan adik dia. So mereka ni dah pindah rumah dari Ampang ke Puchong. Mereka bertiga duduk dekat townhouse. Bilik tunang Ieyfa tingkat bawah dan bilik mama dan adik dia kat tingkat atas. Tunang cakap memang dia sengaja nak kat bawah sebab dekat dengan hall tv dan dapur. So rasa macam rumah sendiri yang punya.

Satu hari tu, tunang tengah main Dota kat dalam bilik dia, dan memang dia pakai headset dia, masa tu mama dia kat depan tengah tengok tv. Tiba-tiba katanya ada bunyi bertukul kat dinding sebelah dia, betul-betul sebelah tempat dia duduk. Terkejut jugak lah dia sebab tengah malam kuat pulak tu bunyi tukul ketuk dinding.

So dia bukak headset dengar lagi kuat la, dia keluar bilik tanya mamanya, mama dia cakap tak ada dengar ape-ape pun. So dia pun acah-acah anak jantan buat tak tau fikir mungkin orang sebelah la. Tapi masalahnya dia duduk townhouse jadi umah sebelah dia adalah rumah atas yang dapat tingkat dua dan tiga. Bila check dari luar rumah pun memang sebelah bilik dia adalah kawasan luar. Faham kot kan...

Kali kedua kisah terjadi kat rumah yang sama. Lokasi bilik yang sama. Tunang Ieyfa la jugak mangsanya. Satu malam tu, dia tidur awal sebab katanya penat meeting semua. Dia tidur dalam bilik dia lah. Tapi bila dia tersedar dalam pukul 2-3 pagi, dia ada kat luar bilik dia dekat atas sofa kat ruang tamu. Dalam mamai-mamai dia pun bangun jalan balik masuk bilik.

Waktu tu dia cakap ingatkan dia tertidur time tidur. Tapi bila dia sedar segar bugar the next day, dia ingat dia tidur dalam bilik dan memang dia bukan jenis tidur berjalan. So dia tanya lah mak saudara dia yang ada pandai mengubat sikit-sikit. Mak saudaranya cakap dalam bilik dia memang ada sesuatu, kira malam tu, menda tu nak tuntut bilik tu lah.

Masa yang lain, ada kawan-kawan dia datang tidur kat rumah dia, dan kebetulan mamanya outstation ke China. So berpesta la mereka kat rumah tu.. Waktu tu dah lewat malam, tunang dengan kawan dia yang lain dalam bilik tengah tengok Dota match. Ada seorang kat depan tv kat luar, sebaris dengan hall adalah dapur, dan kat dapur tu gelap sebab dah tutup lampu.

Si budak yang tengah tengok tv ni tetiba nampak kelibat tunang jalan masuk dapur. Dia pun buat tak tau je mula-mula tapi bila dia fikir ape la si tunang Ieyfa tu buat kat dapur lama-lama dalam gelap, dia pun bangun tengok dalam bilik, nampak tunang Ieyfa tengah tengok Dota lagi, apa lagi mencicit la dia masuk bilik pucat muka.

Kami cakap kat dia, yang dia first time datang so menda tu mungkin nak say hi. Ieyfa pernah datang rumah dia, tapi Alhamdulillah tak pernah kena ape-ape. Just rasa tak best sebab kalau Ieyfa pergi situ, Ieyfa akan tidur bilik tunang, dan tunang akan tidur kat ruang tamu. Seram jugak la..So memang Ieyfa akan pasang lampu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2015 11:17 AM | Show all posts
mamapea replied at 15-12-2014 11:13 AM
BBNU tu apa?kt gosip slalu ada org ckp tp xtau apa maksud

BBNU = budak baru nak up mamapea
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 11:54 AM | Show all posts
meklalala replied at 12-11-2015 11:17 AM
BBNU = budak baru nak up mamapea

Huhu.. aku pon bru tau.. thanks bgtau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2015 03:26 PM | Show all posts
NYANYIANKU MERDU

Waa...Bukan main tajuk nya kan.. Okay lah kali ni Ieyfa nak cerita pasal kisah-kisah yang jadi waktu sekolah dulu-dulu. Kisah yang jadi time sekolah memang banyak tapi ingat-ingat lupa je..So Ieyfa cerita apa yang Ieyfa ingat jela yea..

Ada seorang kakak senior ni namanya Adawiyah tapi kami panggil Kak Ada je. Dia ni memang suka sangat-sangat ponteng PREP tak kira la PREP petang atau pun malam. Satu hari ni, macam biasa lah Kak Ada ponteng PREP lagi. PREP malam masa ni dia ponteng dengan kawan dia Ieyfa bagi nama Kak Masitah lah. So lepas makan petang, semua akan bersiap pergi solat Maghrib kat surau. Wajib tak ada sesiapa boleh berada kat asrama melainkan student yang sakit dan jugak dua kepala batu ni Kak Ada dan Kak Masitah.

So sebab diorang ni ponteng PREP malam, lepas je makan petang selalu student semua akan berebut nak mandi siap-siap pergi solat Maghrib la.. Diorang ni pulak still lepak-lepak atas katil. Lepas diorang solat Maghrib kat bilik, Kak Ada pergi la mandi sorang-sorang dan Kak Masitah ni kat bilik golek-golek.

Masa Kak Ada masuk shower nak mandi, dia tutup pintu bilik air tu then dia dengar bilik shower yang sebelah pun bunyi tutup pintu jugak, Kak Ada masa ni dah pelik sebab dia tau dia seorang je kat toilet tu. Tapi dia buat tak tau je. Dia bukak je shower dia dengar shower sebelah pun bunyi bukak shower macam betul-betul tiru sebijik-sebijik apa yang Kak Ada ni buat.

Untuk elakkan rasa takut, Kak Ada pun nyanyi-nyanyi kecil la. Tapi kat sebelah pun ada bunyi nyanyian jugak..Lagu dia lebih kurang macam ni,

Mataku yang merah..
Pipiku yang pecah..
Rambutku yang panjang mengerbang..


Kak Ada masa ni buat tak tahu jela walaupun memang cuak yang teramat. Lepas siap mandi, dia bukak pintu dan shower sebelah pun pintu terbukak, Kak Ada terus la tengok sebab nak lahar la dah takutkan dia. Tengok-tengok je apa yang berdiri kat situ sebijik macam ape yang dinyanyikan. Terus pengsan Kak Ada kat situ jugak. Tapi tak kena histeria lah. Kak Masitah kat dalam bilik yang pelik kenapa kat Ada lama sangat pergi toilet dan jumpa geng ponteng dia dah pengsan kat lantai toilet. Lepas kes tu insaf kejap la diowang nak memonteng ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 01:48 PM | Show all posts
walaweh..
seram giler
siap nyanyi cam tu lagi
kental jugak si ada tu nak ngintai lagi
kalau kay memang langkah beribu ribu dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2015 02:12 PM | Show all posts
miskay replied at 30-11-2015 01:48 PM
walaweh..
seram giler
siap nyanyi cam tu lagi

dia bukan nak intai sangat tapi sebab keluar je shower terus nampak bilik shower sebelah. Alang-alang kot tertengok terus
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 02:20 PM | Show all posts
Edited by RinIna at 2-12-2015 02:21 PM
nur_ieyfa replied at 28-11-2015 03:26 PM
NYANYIANKU MERDU

Waa...Bukan main tajuk nya kan.. Okay lah kali ni Ieyfa nak cerita pasal kisah-k ...

Mak Aaiiihhh... bole nyanyi pulak.. lirik pasal diri dia plak tu.. cabutllaaa wehh bole tengok.. huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 05:04 PM | Show all posts
HELLO

Hai, hari ni Ieyfa nak bercerita kisah pendek yang terjadi waktu di asrama Ieyfa sekolah dulu lagi. Time Ieyfa form 5 ada seorang warden ni yang sangat garang. Waktu ni warden ni bujang lagi so dia memang duduk sekali dekat asrama tu lah. Kita bagi namanya Cikgu Wati (bukan nama sebenar). Cikgu Wati ni memang garang dan kerek sampai semua student memang tak suka dia lah. Tapi yang jenis mengampu memang suka la kat dia.

Waktu sekolah dulu telefon ada dua je. Public phone la katakan. Satu kat asrama satu lagi kat sekolah. So biasa la jiwa tengah membara masa sekolah menengah kan jadi semua student selalu la bergayut malam-malam bercinta dengan yang tersayang la katakan. Tapi kami boleh guna phone sampai pukul 12 tengah malam je. Dan public phone tu terletak depan bilik warden aka Cikgu Wati untuk yang kat asrama la. Jadi kisah ni terjadi kat public phone asrama. Satu lagi lokasi public phone ni bawah tangga tau..

Satu malam yang sunyi tu, semua student dah tidur kiranya dah lebih pukul 12 malam la. Waktu ni mungkin dalam pukul 2-3 pagi di mana tinggal segolongan kecil student sahaja yang belum tidur disebabkan oleh homework tak siap atau nak basuh baju. Kebetulan malam tu kurang student yang stay up sebab lambat lagi nak exam.

Tapi malam tu, Cikgu Wati ni decide nak buat rondaan tengok kalau ada student yang fly ke atau kata lain lompat pagar. Baru je keluar bilik dia, dia nampak ada student tengah bergayut kat telefon tu tegak je rambut panjang sangat dan tak pakai tudung la sebab boleh nampak rambut panjang tu.

Jadi sebagai warden yang sangat garang bertambah la marah dia bila student tu bergayut lebih masa yang dibenarkan dan tambah tak pakai tudung, menjerit la dia marahkan budak tu. Mula-mula Cikgu Wati ni menjerit dari pintu je. Tapi tak ada reaksi so dia terus keluar bilik pergi pegang bahu student tu pusing kan badan nak marah lebik lanjut la..

Bila badan budak tu pusing je, Cikgu Wati nampak muka yang tak macam muka di mana tak ada mata hidung mulut semua. Terduduk Cikgu Wati kat situ, Makhluk tu bongkok kan badan muka bertentangan mata lepas tu terus terbang sambil mengilai. Cikgu Wati terus pengsan kat situ jugak.

Esok nya student form 6 yang duduk bertentangan dengan bilik warden bangun tidur ternampak Cikgu Wati still berbaring kat sebelah telefon tak sedarkan diri. Dan Cikgu Wati terus demam. Dan telefon tu sebenarnya rosak masa tu sebab coins dah penuh sebab tu tak ada yang bergayut malam tu. Kalau tak memang ada yang degil bergayut lebih pukul 12. Lepas pada kes tu, Cikgu Wati hanya tegur budak yang bergayut dari tingkap bilik dia je. Dah tak ada pergi sergah sebab takut sendiri kena sergah balik.

ENJOYYY
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian cikgu wati, ikut tingkap pun bolehlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2015 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
bluecheese replied at 8-12-2015 05:38 PM
Kesian cikgu wati, ikut tingkap pun bolehlah

Tu la kan..time tu Cikgu Wati baru je jadi warden so dia tak tahu sangat asrama kami ni keras.. Warden yang lain memang buat tak tahu je sebab dah pernah kena..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ceritalah lagi pasal asrama, life budak asrama ni memang exciting sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 11:39 AM | Show all posts
kisah tt ni best jugak..

nak tanya, tt bertunang dengan bf tt yg sama ke..

pepon moga berbahagia..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:04 PM | Show all posts
Edited by ninjago at 9-12-2015 01:06 PM
une_fille replied at 4-11-2015 12:26 PM
Assalamualaikum wbt... berat betul ujian keluarga TT. Mudah2an Allah kurniakan hidayah & petunjukNya ...

pintu camnie ke une? *** aku rasa dah attach, asal tak kluar? aaa tak reti nak tepek.. sory..  atau yg lagi zigzag tu? kat umah parents aku pun pintu bilik air semua yg jenis camnie.. penah satu malam tu, terkedu semua org dgr pintu nie cam ada org hempas kuat gila kat tingkat 2.. automatik meremang bulu roma time tu.. pastu bapak aku gi naik atas tengok.. takde pape.. nak kata angin, tingkap bilik air tu rapat, bukan terbukak besar.. terus dia azan kat umah tu.. dia cakap masa check tu pun dia meremang.. and benda tu bukan berlaku skali je.. banyak kali.. skrg nie buat bodoh je kalau dgr sbb dah biasa. lagi satu, penah skali bunyi cam ada almari yg sgt besar gedabak jatuh..nie kat tingkat 2 gak.. cek2 xde apa.. tanya jiran sebelah pun dia ckp umah dia takde pape and dia takde dengar pun bunyi gedebuk tu.. masa tu dahla aku tgh dalam pantang.. tapi duk kat bilik bawah la.. bunyi tu betul2 dengar atas bilik aku duduk tu.. kul 2pagi! sibbaik baby tak nangis..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.476437 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list