CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: luvAnne

Koleksi Kisah Mistik 3 dekad

[Copy link]
 Author| Post time 28-7-2015 04:12 PM | Show all posts
nenek_lampir replied at 9-7-2015 06:10 PM
Ala... siannye ke atuk.. kalau la betol betol belom meninggal masa tu, kan aniaya dia aje...

tu la pasal.. kesian atok tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2015 04:25 PM | Show all posts
Cerita kali ni bertajuk.. Ilmu halimunan untuk curi duit… Ada seorang manusia ni yang cukup sifat dan sihat  yang amat malas bekerja, tapi sangat sukakan duit. Kalau boleh si kawan ni mau duit datang bergolek ke pangkuannya. Setiap hari dia berfikir bagaimana caranya untuk dapat duit banyak, tanpa perlu bersusah2. Tapi dia tak mahu mencuri, nanti masuk lokap.

Satu hari ketika sedang berangan-angan tiba-tiba datang seorang lelaki tua pertengahan umur yang agak selekeh, meminta air kepada si kawan ni (bagi la dia nama Sio). Lepas minum lelaki tu cakap.. “Sio, nenek kau sedang sakit kan?” Sio terkejut besar sebab memang neneknya sedang sakit dan itu kali pertama dia nampak kelibat lelaki separuh umur tu. Sambil menghisap rokok dan tersengih2 lelaki tu berkata kepada Sio. “Saya tau kau perlukan duit, saya ada cara kau boleh dapat duit secara mudah. Tak lama lagi nenek kau akan mati, apa kau perlu buat nanti sebelum nenek kau kena kubur kau ambil bulu mata dia, bungkus pakai kain putih. Kalau kau pegang bungkusan tu nanti, orang tak akan nampak kau, kau boleh buat apa saja orang tak akan nampak. Kau boleh curi banyak duit” Sio terdiam mendengar kata2 lelaki tu.

Kemudian lelaki tu berlalu sambil berkata.. “ Halimunan Sio… tapi akibat tanggung sendiri.. hahahaha..Yang penting kau yakin.." Sejak hari tu Sio asyik terfikir ilmu yang telah diberi itu dan kebetulan pula beberapa hari kemudian nenek Sio meninggal dunia. Sio yang tamak itu telah mengambil bulu mata neneknya sendiri. Sampailah masa Sio mengamalkan ilmunya, dia test dulu bercampur dengan adik2nya dan mereka memang tak nampak kewujudan Sio. Jadi Sio test mencuri di mesin juruwang supermarket. Sio boleh ambil duit dari kaunter juruwang dengan selamba tanpa dapat dilihat. Senanglah hati Sio. Memang dasar cucu derhaka, nenek baru dikebumi dia dah buat jahat.

Menjelang malam tiba2 Sio menjerit2 ketakutan. Dia nampak jelmaan neneknya sedang marah minta dikembalikan bulu mata yang telah diambil. Sepanjang malam dia asyik menjerit2 ketakutan. Akhirnya, orang pandai terpaksa dipanggil untuk memulihkan keadaan.Bagaimana proses perawatan tidaklah saya ketahui secara jelas sebab ketika kes ni berlaku saya masih di bangku sekolah rendah.  Akhirnya Sio pulih semula dan bertaubat serta berjanji tidak akan mengambil atau mengamalkan ilmu secara sembarangan. Kisah benar ini berlaku di kampung uncle P. Sekian kisah kali ni.

p/s : setelah lebih kurang seminggu lebih tiada gempa, tiba2 kami dikejutkan sekali lagi gempa bumi pada waktu tengah malam27/7/15 pada 4.4sr.. diikuti dengan runtuhan batu2 gunung kinabalu.. Ya Allah.. lindungi kami daripada bencana alam yang lebih besar.. #pray4myhometown
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih tt atas ceritanya. Smoga kalian disana dilindungi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2015 04:39 PM | Show all posts
kookie92 replied at 28-7-2015 09:15 PM
Terima kasih tt atas ceritanya. Smoga kalian disana dilindungi

aamiiin....terima kasih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2015 04:42 PM | Show all posts
Pernahkah anda menerima rezeki yang tidak disangka-sangka? Dan pada ketika itu anda benar2 memerlukan seseorang untuk menolong. Kisah yang saya kongsikan kali ini berkaitan dengan perkara ini.. ok straight to the story.

Di awal cerita saya ada berkongsi mengenai Aunty Ha. Aunty Ha sakit dan perlu berjumpa doktor setiap bulan untuk mengambil ubat dan diberi suntikan. Kisah ini berlaku pada tahun 2010, ketika itu Aunty Ha mengikut suaminya Uncle Im ke tanah mereka yang jauh di pedalaman. Anak perempuan mereka J ikut serta untuk menjaga Aunty Ha. Beberapa bulan itu, hidup mereka amatlah susah. Keperluan dapur banyak yang habis. Anak2 lain yang bekerja langsung tidak mengirimkan wang belanja. Hasil buruan juga tiada untuk didagangkan. Aunty Ha sudah 2 bulan lebih terlewat mengambil ubat kerana ketiadaan wang tambang untuk ke hospital. Keadaan ini amat berbahaya kerana jika tidak makan ubat Aunty Ha akan menjadi tidak siuman, asyik merayau, lari dari rumah pada waktu tengah malam dan asyik bercakap merapu.

J sangat susah hati, bermacam cara yang dia buat untuk mencukupkan duit untuk tambang kereta. Untuk info, kawasan perkampungan ini amatlah jauh ke pedalaman. Perlu berjalan kaki selama 2 jam melalui jalan lorong merentasi hutan ke jalan besar dan tambang kereta adalah rm 40 sehala untuk ke hospital daerah. Akhirnya, setelah seminggu berusaha, cukuplah duit tambang. Pada hari itu, J dan aunty Ha gerak pada jam 3 pagi, memang kena gerak awal sebab kereta akan berada di jalan besar pada jam 6.30 pagi.

Cuaca awal pagi itu amatlah hening, dan sangat sejuk.Tiada langsung bunyi2 binatang hutan mengakibatkan J terasa berat hati untuk meneruskan perjalanan. Ditambah lagi pada waktu itu, musim bunga2 hutan berbunga. Keharuman bunga-bunga hutan pada subuh itu menambah lagi keseraman yang sedia ada. Sebenarnya J amat takut. Dia tidak pernah berjalan subuh2 hanya berdua sengan Aunty Ha, kerana kebiasaannya Uncle akan turut serta. Akhinya J dan Aunty sampai ke kawasan yang paling ditakuti oleh J, iaitu kawasan yang dikatakan keras oleh penduduk kampung tersebut. Kononnya tempat itu ada perkampungan makhluk halus, sebab penduduk kampung seringkali tercium bau wangi, bau masakan dan bunyi2 suara bersembang di kawasan tersebut. Malah ada yang pernah melihat kelibat manusia berada di kawasan tersebut. Mulut J asyik berkumat kamit membaca surah Al-fatihah, kerana dalam keadaan ketika itu, hanya surah Al-fatihah yang mampu diingatinya.

Tiba-tiba J tergelincir, lampu suluh terpelanting, namun dalam kegelapan J sempat  berpaut pada sesuatu. Tiba2 ‘sesuatu’ itu bergerak2 dengan kuat. J yang terperanjat semakin menguatkan pautannya. Rupa-rupanya sesuatu yang dipaut oleh J ialah seekor tenggiling. J berjaya menangkap haiwan eksotik tersebut. Pada waktu itu haiwan eksotik ini menerima permintaan yang tinggi dalam kalangan taukeh Cina. 1kg harganya mencapai ratusan ringgit. Tenggiling yang ditangkap oleh J beratnya 3kilo lebih, bernilai 400 lebih RM, berjaya dijual dengan pertolongan driver kereta tumpang. J amat bersyukur, dengan duit itu, J membeli barang keperluan dapur yang sudah habis. Alhamdulillah.. Sekian cerita kali ini. Tidak seram, namun semoga kita mendapat iktibar daripada cerita kali ini. Jika anda dalam keadaan yang  tersangsatlah susah, janganlah berputus asa. Teruskan berdoa dan yakinlah terhadap rezeki Allah. Sesungguhnya pertolongan Allah akan tiba di saat anda benar2 memerlukan. Tidak cepat dan tidak lambat. Kerana hanya Allah yang maha mengetahui yang terbaik untuk kita.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2015 12:24 PM | Show all posts
Imbas kembali sedikit pengalaman misteri zaman kanak2.... Dulu di rumah lama kami sering mengalami kejadian barang2 hilang. Biasanya alatan dapur yang sering hilang. Paling popular adalah kehilangan sudu secara misteri. Kadang-kadang sudu tinggal 4 batang. Cari merata-rata tempat tak jumpa. Bila sudah ada orang rumah yang mengamuk, tiba2 sudu timbul hingga berdozen-dozen. Kejadian yang paling misteri adalah kehilangan secara misteri cincin kahwin mak. Masa tu mak nak basuh kain, jadi mak tanggalkan cincin simpan atas papan bekas untuk simpan sabun. Bila dah siap basuh, Mak nak pakai balik tengok cincin dah dah tak ada. Mak sangka mungkin jatuh, cari-cari tak jumpa. Masa tu mak sangat sedih, yalah tu kan cincin kahwin, tapi akhirnya selepas dua hari, tiba2 cincin tu dah ada di tempat yang mula-mula mak simpan..

Pertengahan tahun 90 an kami masih memasak menggunakan dapur kayu. Jadi setiap dua minggu pasti ada aktiviti mencari kayu api. Satu hari masa berumur 8 tahun, saya ikut parents saya cari kayu api. lokasi kali ini di kawasan perbukitan. Saya ikut sebab nak main pondok2 dalam kawasan hutan. Masa Ayah dan Mak memotong kayu, saya merayau-rayau, masa sedang asyik merayau, tiba2 saya terdengar bunyi seruling. irama yang dimainkan amatlah merdu dan mendayu-dayu. saya terpesona dan tanpa disedari tiba2 air mata saya mengalir, sukar nak dijelaskan dengan perkataan. memang alunan yang dimainkan amatlah luar biasa merdunya. Saya dikejutkan dengan panggilan ayah saya menyuruh cepat2 balik. Bila saya ke tempat mereka, rupanya mak luka terkena kapak. Luka yang agak besar di paha Mak. Kami bergegas balik. Mak dihantar ke hospital, dapat 9 jahitan.

Balik dari hutan tu saya asyik terhidu wangian bunga orkid merpati.. siapa yang pernah terhidu tahu lah wangi dia macam mana. Memang agak harum. Bukan itu sahaja, irama yang saya dengar masih melekat dalam ingatan saya. Ada masanya saya humming irama tu namun berhenti sebab rasa seram. Masuk sekolah menengah baru la saya lupa irama yang saya dengar tu.

Satu hari saya baru lepas gaduh dengan abang, waktu tengah hari, dengan rasa merajuk saya menyendiri di luar rumah. Tiba2 saya ternampak seorang budak perempuan, rambut paras bahu, telanjang sambil menyeret dahan pokok, berlalu depan saya. Dia memandang saya dengan pandangan ramah, sambil melambai ke arah saya. Abang keluar dan bila saya tanya abang siapa budak tu, tapi abang tak nampak, abang asyik tanya, mana.. mana? Sehinggalah budak tu hilang dari pandangan saya.

Ketika berumur 11 tahun, saya berjalan kaki seorang diri balik dari sekolah. Beg sekolah saya disorokkan budak nakal, jadi kawan2 tinggalkan saya seorang diri cari beg di kawasan sekolah. Dalam perjalanan balik, tiba2 saya ternampak sebuah rumah batu, ala2 western style, bercat putih bumbung biru, siap berpagar di satu kawasan bukit. Saya agak hairan sebab sebelum ni tiada sebuah rumah pun di kawasan tu. Sambil berjalan saya asyik tengok rumah tu hinggalah rumah tu tak kelihatan sebab terlindung dengan pokok. Saya tahu tempat tu memang tak ada rumah, jadi saya ada general idea yang saya nampak tu mungkin rumah orang halus. Bila saya tanya ayah dia cuma diam. Sejak hari tu setiap kali melalui kawasan tu saya cuba cari balik rumah tu, tapi hampa, memang dah tak pernah nampak. Sekian kisah untuk kali ni..





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2015 04:18 PM | Show all posts
bestnya baca kisah @luvAnne ni...
banyak yang boleh dijadikan iktibar.
teruskan update cerita ye..
kipidap!
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2015 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sgt menarik cerita2 tt..... byk pengajaran jua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 05:22 PM | Show all posts
menarik cerita tt ni....mohon ada sambungannya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2016 11:20 AM | Show all posts

Lama tak jengah benang ni dah bersawang nampaknya.. ok untuk cerita kali ni saya nak cerita sikit tentang kisah saya sendiri masa first sem di uni. Masa mula2 belajar saya mengalami simptom bebal, sukar nak tumpukan perhatian. masa belajar tak boleh nak fokus, memang ternganga ja tak faham apa. Masa tu saya andaikan mungkin kejutan, sebab semua nya baru, persekitaran baru, kaedah belajar baru.. lagi satu saya ada penyakit mengantuk yang amat teruk. balik bilik ja memang rasa nak tidur ja. setiap hari memang asyik tidoor ja.. selalu terponteng kelas sebab terlajak tidur.. solat entah ke mana, study entah ke mana. lagi teruk saya mula mengalami masalah penampakan dan pendengaran serta deria hidu yang pelik. saya mula nampak benda2 pelik, dengar bunyi2 pelik dan yang terhidu perfume2 pelik.. kadang2 wangi, kadang2 busuk. lagi satu, roomate saya memang tak tahan tidur bilik, sebab dia cakap setiap malam saya akan mengigau, bangun sambil marah2 kat dia. lepas tu asyik merungut2 butir bicara yang tak difahami. lepas tu sering menggerinyit gigi waktu tidur. macam2 yang saya alami masa tu dan saya memang rasa down sangat, sebab kawan2 roomate saya tu pun pandang semacam ja ke saya, seolah2 saya ni ada pendamping.

Masa midsem, saya balik kg mengadu ke mak, jadi mereka nak bawa saya berubat. Bomoh.. bukan ustaz. xtau sapa yang suggest masa tu. bomoh tu kata, kononnya saya ni ada makhluk halus yang nak berkawan. Cara berubatnya, bomoh tu pegang belakang saya sambil mulut kumat kamit, masa tu tiba2 saya rasa telinga berdesing kuat, sakit. pas tu bomoh tu cakap, jangan lawan..biarkan saja..tapi saya tak tahan, saya takbir dalam hati, pastu bomoh tu cakap, jangan lawan la, macam mana saya nak cakap dengan benda tu klu kau lawan.. lepas tu saya dengar bunyi aliran air sungai dan terus rasa lemah..lepas berubat tu memng rasa penat sangat. Balik uni, masih sama keadaannya..

Cuti sem 1, mak bawa pula berubat ke seorang pengamal perubatan islam. dia tengok ja saya and cakap.. ala.. xda apa tu.. bukan teruk pun. pastu saya cakap la yang saya ada nampak entiti dan terdengar dan terhidu.. tau apa ustaz tu cakap.. "awak tu tak sakit, cuma ada gangguan jiwa…yang awak nampak tu cuma, dengar dan hidu tu cuma imaginasi saja.." whattt??? memang hangin ja masa tu. pastu ustaz tu pegang ibu jari.. adoi.. sakitnya masa tu. rasa jari ustaz tu ada duri2 halus dan terus melekat di ibu jari saya. dia pegang pula jari kaki telunjuk.. sakit, jari tengah sakit.. semua jari kaki yang dia pegang sakit sangat sampai saya menangis kesakitan. lepas tu ustaz tu cakap.. something mengenai aura.. saya pun dah lupa apa. pastu suruh rendam kaki di ais, sambil makan ibu garam. pastu siap… Memang geram ja masa ingat pasal masalah jiwa tu, tapi lepas sesi tu memang dah tak nampak lagi benda2 pelik. Badan pun rasa fresh.. jadi saya assume mungkin ada kemungkinan la.. lagipun masa tu saya memang down sangat sepanjang sem.. sekian..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2016 02:41 PM | Show all posts
Hatida replied at 29-8-2015 04:18 PM
bestnya baca kisah @luvAnne ni...
banyak yang boleh dijadikan iktibar.
teruskan update cerita ye.. ...

tq..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2016 02:44 PM | Show all posts
zeetacunn replied at 29-8-2015 11:47 PM
Sgt menarik cerita2 tt..... byk pengajaran jua...

thanks sudi baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2016 02:47 PM | Show all posts
toyaq_03 replied at 3-9-2015 05:22 PM
menarik cerita tt ni....mohon ada sambungannya..

thanks da ada sambunganya.. susah nak sambung ada writer block. kisah ada tapi susah nak terjemah dlm btk tulisan..hoho
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2016 02:54 PM | Show all posts
Edited by luvAnne at 22-2-2016 02:55 PM

Di awal penceritaan saya ada kongsikan mengenai air terjun di kampung kami (cerita dikejar hantu kepala panjang tu). Kawasan air terjun tu sebenarnya kawasan keras. Sebabnya ketika awal perkampungan kami dibuka (kg ayah) tempat tu dijadikan tempat pemujaan kepada semangat hutan agar semangat hutan menjaga penduduk kampung daripada musibah. Maklumlah masa tu penduduk masih pagan. Tiap2 tahun akan diadakan acara korban untuk menjamu semangat tersebut. Menjelang tahun 70an.. lepas agama islam dan kristian masuk ke kampung, ritual tidak dijalankan lagi. Jadi semangat hutan yang dipuja tu mula mengganas.

Cerita ni saya dengar dari ayah. Setiap individu yang lalu di kawasan itu akan disakat. Penampakan yang paling popular adalah hantu jadian (duharung  : istilah tempatan) lembaga binatang yang boleh bertukar2 bentuk, dan lembaga putih a.k.a bentuk karung @ kain putih melintang di jalan atau tergantung di pokok. Pemandu kereta pun turut disakat, Kereta akan jadi berat @ langsung tidak dapat bergerak jika lalu di kawasan tersebut. Padahal jalan raya tidaklah curam sangat. Ada banyak cerita yang saya dengar tapi saya hanya kongsikan cerita pengalaman diganggu first hand yang saya dengar sendiri.

Cerita 1 : Ayah, penghujung 70-an ayah masih bujang..masa tu ayah balik lewat dari kebun. Dalam samar2 cahaya bulan ketika lalu kawasan air terjun tu tiba2 ayah nampak ayam berwarna putih elok berdiri di tengah jalan raya. Ayah suspek itu gangguan. Ayah kuatkan hati tetap ja teruskan langkah.. tiba2 ayam putih tukar jadi kambing putih juga. Ayah mara dengan langkah tegap sambil mulut kumat kamit baca apa2 ayat yang diingati, apabila hampir, lembaga tu lenyap. Baru ja menarik nafas lega, tiba2 muncul lembu putih bermata merah mendengus2 mengejar ayah. Ayah lari lintang pukang.

Cerita 2 : Tahun 80 an , Uncle M. Uncle M lewat balik dari menziarah rumah ayah mertuanya. Masa balik ketika melalui kawasan air terjun, uncle nampak karung putih berikat elok di pinggir jalan raya. Uncle suspek penduduk kampung sengaja tinggalkan getah kentalan di kawasan tersebut. Makin hampir uncle nampak karung tu bergerak2. Tak tau la kenapa masa tu uncle blur, mungkin sebab mind set dah kata karung tu berisi getah kentalan. Uncle p periksa, elok ja uncle pegang nak check, tiba2 karung yang kembung tu jadi kempis, kemudian melayang2, Uncle pengsan sebab terlalu terkejut. Keesokan harinya barulah Uncle ditemui penduduk kampung. Uncle demam agak lama selepas kejadian tu.

Cerita 3: Kak S , tahun 90 an.. sebelum kami diganggu ketika mandi di musim kemarau. Tiba2 kami dikejutkan berita kak S hilang dari rumah. Kakak S ni memang terkenal dengan tebiat berjalan ketika tidur a.k.a sleep walking. Seluruh pelusuk kampung dicari namun tak jumpa. Akhirnya terpaksa check kawasan air terjun. Bila sampai kawasan tu elok ja nampak kakak S terselit di celah2 batu, terkebil2 macam orang tak betul. Lepas kejadian tu,beberapa kali Kak S hilang namun tetap ditemui di kawasan sama. Orang kg mula cadangkan upacara ritual tapi imam Sim tak setuju. Beliau kata nak pagar kawasan kampung. Akhirnya kawasan kg dipagar.Keluarga Kak S pindah ke kg sebelah.

Sekian kisah kali ni.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2016 04:08 PM | Show all posts
Pernah tak dengar mitos orang yang akan meninggal dunia akan bagi petanda kepada orang2 yang rapat dengannya bahawasanya dia akan pergi selama-lamanya? Orang2 sini percaya akan perkara macam tu. Saya tak pasti la perkara ni valid dalam islam @ tak. Harap yang ahli boleh jelaskan. Kisah ni saya alami sendiri. Masa tu form 5. Bila diingat2 kembali saya betul2 rasa terkilan. Nenek A, jiran saya menghidap penyakit 3 serangkai, nenek ni selalu bertandang ke rumah (Rumah keluarga Ayah). Jadi agak rapat dengan keluarga kami. Asal bertandang memang nak makan macam2 (saya layan sebab masa tu tak tau tentang penyakit nenek ni). Lagipun nenek-nenek saya dah lama meninggal dunia. Sampailah satu hari, Nenek A sakit tenat lalu terpaksa dikejarkan ke hospital jam 2 subuh, ditahan di wad selama hampir seminggu. Keluar ja dari wad, suami nenek A p marah mak depan semua orang, claim disebabkan mak bagi nenek A makan macam2 la nenek tu sakit dan ditahan di hospital. Mak memang tak melawan tapi saya masa tu agak sakit hati. Lepas kejadian tu tiap kali Nenek A datang ke rumah memang saya akan marah2. Nenek A nak minta makan @ minuman saya akan membebel2. Kalau dia nak minum air saya sengaja bagi tambah air supaya tawar sambil kata “ Nenek ada kencing manis tak boleh minum manis, ni saya tambah air biar tak manis, nanti ada apa2 suami nenek mengamuk lagi”. Kalau dia nak makan kuih saya tak kasi, kalau kasi pun saya belah dua sambil mulut membebel2. Nenek A selalu komplen yang saya ni garang dan kedekut tapi saya tak kisah.

Sampailah satu ketika tu saya mula mengalami perkara2 aneh. Masa tidur, paha atau kaki ditepuk. Tengah nak tukar baju lepas mandi tiba2 telinga ditiup dari belakang . Tengah syok nak masak tiba2 dengar orang berbisik ke telinga. Setiap kali ada gangguan saya report ke family tapi diorang tak percaya. Ayah kata itu hanyalah mainan perasaan saya semata2. Memang teruk masa tu, tidur malam tak lena. Tidur siang pun sama. Setelah hampir seminggu mengalami gangguan, akhirnya Ayah panggil orang pandai untuk buat bacaan doa. Beberapa hari lepas tu Nenek A sakit, dalam jam 2 pagi, suami nenek tu p ketuk rumah jiran yang ada kereta nak hantar nenek tu ke hospital tapi jiran tu menolak. Jiran tu kata tunggu esoklah, sekarang ni pagi buta nak tidur. Saya rasa jiran tu pun menyampah juga ke nenek tu sebab dah lebih 3 kali dia dikejutkan waktu subuh untuk hantar nenek tu ke hospital. N nenek tu claim dia tak dapat nak berjalan so terpaksa nak diusung, yang menyakitkan hati masa nak diusung boleh pula la nenek tu tersengih sengih tengok orang yang mengusung, memang la orang menyampah kat dia .

Esoknya dalam jam 7 pagi nenek tu nak dihantar ke hospital, kebetulan saya nak sidai kain, masa tu dari beranda rumahnya, Nenek A jenguk2 kan kepala nak tengok saya sambil mulut tak habis 2 mengadoi dan merintih kesakitan. Memang itu feel Nenek A asal sakit, jadi saya tak hairan. Saya cepat2 menyorok muka di sebalik kain sebab rasa menyampah sangat. Akhirnya nenek tu dihantar ke hospital. Perkara pelik terakhir yang berlaku ialah telefon mainan adik bungso saya asyik berbunyi tanpa ada orang yang tekan. Kami sangkakan mungkin mainan tu dan rosak. sebab tu buat hal. Jadi kami buat tak tau ja lah. Menjelang petang telefon mainan tu berbunyi lagi, Uncle J (adik mak), yang kebetulan ada di rumah tiba2 berubah jadi pucat, rupanya uncle dah buka bateri mainan tu, sepatutnya dah tak bunyi dah..Kami semua berlari ketakutan dan kebetulan juga jiran sebelah rumah sampaikan berita yang Nenek A dah meninggal. Semua terdiam. Saya kesal sangat masa tu sebab selalu garang.. . Bila dah berusia ni, kadang2 termimpi arwah Nenek A, asal mimpi dia mesti mimpi2 yang  menakutkan. Tapi saya anggap arwah nak minta doa, jadi saya hanya sedekahkan Al fatihah untuk arwah.. Sekian..





Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2016 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk pengalaman tt..ade cie sambung lagi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2016 09:38 AM | Show all posts
Edited by luvAnne at 15-6-2016 11:23 AM

Kisah Kak Has

Awal Ramadan hari tu saya ada balik kampung. Dapat cerita fresh dari kak J. Alkisah mengenai salah seorang kakak kak J, iaitu Kak Has (cousin sy juga), lepas melahirkan anak sulung terus sakit. Saya memang tahu berita Kak Has sakit, tp sejauh mana sakitnya tidaklah saya ketahui secara jelas sebab masa tu sy tak berada d kampung. Kami suspek meroyan.  Sebab masa tu Kak Has berpantang sendirian di luar negara (rahsia), suami Kak Has kerja di luar negara dalam sektor minyak. Menurut suaminya,  Kak Has jadi sangat agresif dan cemburu hingga setiap hari pun nak pukul suaminya, tuduh suaminya curang. Jadi suami kak Has hantar balik rumah ibunya. Masa tu kami belum tahu yang kak Has sakit.

Masa tu Fil Kak Has yang ubatkan kak Has, tapi masalahnya Kak Has jadi makin teruk,  bercakap seorang2, sering marah2, jadi Mil usaha ke hospital untuk rawatan psikiatri sebab diorang suspek penyakit keturunan, maklumlah maknya Kak Has, iaitu Aunty Ha kan ada sakit jiwa. Tapi Kak Has tak makan ubat, sebab masa tu baby menyusu badan.  2 bulan sakit, keluarga mertua surrender terus hantar kampung kami. Jadi kak J la yang jadi penjaga. Masa tu Kak Has dah teruk, Kak J yang menjaga masa tu hari2 dimaki dan dituduh merampas suami nya, curi2 minta duit dari suami nya, dan paling teruk, pakcik2 dan abang kandung dituduh cuba untuk merogolnya. Kak Has dengar suara2 yang kononnya dia sudah diceraikan suami.

Lama Kak Has sakit, hampir 6 tahun, berubat dengan ramai perawat tapi sembuh sekejap,  lepas tu sakit lagi. Ada perawat yang cakap sihir perempuan Indonesia,  bini rakan sekerja suaminya. Kebanyakan perawat cakap sihir orang dengki rumahtangga mereka suami isteri. Akhirnya ada seorang perawat nasihatkan mereka suami isteri untuk keluar dari rumah Mil, jangan tinggal solat insyaallah sembuh.

Lupa pula nak cerita,  sakit Kak Has akan jadi lebih teruk kalau dia tinggal di rumah Mil. Kak Has memang susah nak solat sebab setiap kali solatnya akan terbatal sebab menyahut suara2 yang dia dengar. Setiap kali nak angkat takbir terdengar suara2 mengejek yang cakap Kak Has dah Kristian jadi buat apa nak solat.  Kadang2 Kak Has akan ulang solat sampai 3, 4 kali. Kadang2 kalau tak tahan Kak Has tak solat,  pernah sampai habis waktu subuh akibat bersoal jawab dengan suara yang didengarinya.

Berbalik kepada saranan perawat, akhirnya suami Kak Has buat rumah baru. Memang sebelum ni tak terfikir nak keluar dari rumah ibunya sebab mereka adik beradik dah buat rumah besar untuk satu keluarga dan suami kak Has la yang banyak menyumbang pembinaan rumah tu. Jadi sementara menunggu rumah siap, Kak Has tinggal di kampung kami, kadang2 balik rumah Mil, tapi tak bermalam. Masa tu Kak Has dah mula sihat. Ok, masa awal penceritaan ada cerita tentang Fil yang mengubat Kak Has. Kak J cerita, cara perawatan Fil Kak Has guna sajin.  

Sajin istilah orang sini, perawatan menggunakan (jin/khadam). Ada satu bilik dalam rumah yang dikosongkan (tingkat atas), berkunci, Fil selalu hantar biasanya telur dan makanan dalam bilik tu, dan bilik Kak Has terletak di bawah bilik tersebut.  Satu hari, masa tu Kak Has dah sihat, nak bermalam di rumah Mil,  masa nak solat,  tiba2 terdengar bunyi bising dari bilik tersebut.  Bunyi seolah sedang bertumbuk dan melempar barang2. Lepas siap solat Kak Has bertanya dengan Kakak2 ipar tapi tiada yang terdengar bunyi tu.

Setiap kali solat, memang akan ada bunyi bising dan kemuncak masa Kak Has nak solat maghrib,  lepas solat tiba2 Kak Has perasan ada kesan darah pada telekungnya, bahagian kepala ke belakang, seolah darah jatuh dari siling.  darah tu bukan darah Kak Has. Kak Has claim darah betul, masa nak cuci kesan darah tak hilang jadi Kak Has buang telekung tu. Agaknya benda yang ada di rumah Mil tak suka Kak Has solat. Sekarang Kak Has dah sihat, rumah pun dah siap, Mil ikut berpindah ke rumah baru untuk menemani Kak Has dan anak2, sebab suami Kak Has jarang balik. Tamat kisah Kak Has.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2016 09:42 AM | Show all posts
Edited by luvAnne at 15-6-2016 11:15 AM

Kali ni saya nak cerita pasal individu yang saya tahu mengamalkan sajin ni. Salah seorang Arwah Ketua Kampung (Kk) kami(cerita dari ayah). Beliau antara orang terawal yang masuk islam satu batch dengan arwah atuk saya. Arwah atuk pun dulu merawat orang.

Ok berbalik kepada Kk kami, ramai yang datang berubat dengannya,  tapi bila diingat balik, keadaan kg kami masa tu memang sangat kasihan. Kesedaran terhadap amalan ajaran islam sebenar agak kurang. Mcm yang saya pernah mention dalam post2 belakang, puasa cuma 3 kali sebulan,  iaitu hari pertama, ke15, dan ke30. Pagi raya tak boleh makan sekiranya belum lepas jam 8 pagi. Sini siang awal, jam 6 pagi dah terang. Jadi amalan masih belum bebas sepenuhnya dari amalan sewaktu pagan/animisme dahulu.

Awal 90an ketika imam Sim dah bersara dari polis dan mula buka kelas agama, arwah Kk pun ada belajar,  dan masa tu beliau sedar yang ilmu sajin yang beliau amal ni menyimpang dari ajaran islam, jadi beliau nak buang. Sebaik saja Kk buat keputusan nak buang, petang tu juga tiba2 Kk terjatuh dan tidak dapat berdiri dan dihantar ke hospital. Sebagai Kk hidupnya memang agak mewah dari yang lain, beliau ada kereta sendiri.

Beberapa hari di hospital Kk akhirnya pulih dan dibenarkan balik. Ayah antara orang yang datang menjemput di hospital. Depan mata ayah, masa Kk nak berjalan ke kereta,  tiba2 Kk bagaikan ditolak seseorang,  kemudian melayang dan terhempas di lantai hospital.  Akhirnya meninggal dunia. Ada seorang lagi pengamal sajin, Kg lain pada penghujung usia, waktu nak buang ilmu tu, pun mengalami nasib sama, terjatuh, lumpuh dan akhirnya meninggal dunia. Berbalik kepada arwah atok, arwah tak mengamalkan sajin. Tapi mengamalkan doa2 syifah tapi ada mantera2 lain. Tak tergamak nak kata atok ada amalan syirik. Atok mulanya tak percaya sembahyang Jumaat,  tapi di penghujung usia, Atok tak pernah terlepas peluang menunaikan solat Jumaat. Alhamdulillah.

Saya bukan nak kata ilmu sajin ni syirik, sebab ada pengamal yang hanya bersahabat dan masih berpegang teguh pada ajaran islam. Cuma pada pendapat saya kalau bersahabat dengan jin, minta pertolongan jin sampai bagi jin tu makan dah jadi cerita lain. Apatah lagi masyarakat kg kami yang kurang pengetahuan agama waktu itu, mana kita tahu kalau jin yang datang tu jin islam atau bukan. Alhamdulillah.. Sekarang ni pengetahuan tentang islam dah semakin baik, tapi kami masih harus terus belajar. Insyaallah. Sekian.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2016 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kali ni mengambil berkat bulan Ramadan, saya nak cerita sikit tentang bagaimana agama islam mendapat tempat di kampung ayah. Menurut ayah, sebenarnya dari silat. Dulu Muhammad Ali (tokoh penyebar islam Ranau) ada buka gelanggang silat di Lohan (sebuah kg di ranau). Jadi siapa yang nak belajar silat, hendaklah masuk islam dulu.

Arwah Atok berminat sebab ada ilmu pendinding rumah, dikhabarkan pada waktu tu, rumah orang islam ada botol yang digantung berhampiran pintu rumah, dan sesiapa yang datang dengan niat buruk, pasti akan muntah darah sebelum sempat melaksanakan niat tersebut. Ada juga ilmu merawat,  jadi atok berminat. Kalau sesiapa yang pernah ke Ranau yang majoriti suku kaum dusun, pasti akan hairan ramai suku dusun yang beragama islam.

Semuanya atas usaha Muhammad Ali, diceritakan pada masa mubaligh Kristian bergerak ke Ranau, Muhammad Ali dan pengikutnya bertahan di Bundu Tuhan dan berbincang dengan mubaligh agar tidak masuk menyebar agama ke Ranau, sebab penduduk dah islam.

Mubaligh bersetuju penyebaran Kristian hanya sehingga ke Bundu Tuhan, jadi kawasan Kundasang ke pekan Ranau hingga ke kg Lohan, kebanyakan adalah dusun islam, manakala selepas kawasan Lohan ke pedalaman, majoriti Kristian sebab mubaligh Kristian lebih agresif dalam menyebar agama mereka. Mereka dibantu kerajaan Australia dan lengkap dengan Helikopter untuk masuk ke kawasan yang tiada kemudahan jalan raya berbanding Muhammad Ali dan pengikutnya yang hanya bergerak menggunakan kuda pada waktu itu.

Masalahnya kebanyakan yang masuk islam tidak habis menuntut, sebab kekangan masa dan jarak yang jauh untuk belajar agama. Sebab tu la masih ada sisa2 pegangan lama dalam masyarakat dusun islam pada waktu itu.

Sekarang ni alhamdulillah kebanyakan dah celik islam. Tapi masih memerlukan bimbingan berterusan (termasuk saya) agar sentiasa berada dalam landasan islam, insyaallah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 02:48 PM | Show all posts
Tahniah TT. Seronok dengar cerita tt. Saya sempat kerja di sabah 3 tahun, tak berapa sempat nak study ttg adat2 kaum2 di sabah. Cuma pernah dgr lah, kalau masuk rumah orang nampak je di lantai ada air ataupun basah jgn berubah duduk di tempat lain. Kalau berubah tempat tuan rumah akan kenakan sihir sbb akibat tak hormat tuan rumah. Betul ke tt?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.111839 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list