CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6931|Reply: 7

4U2C - Sejarah penubuhan

[Copy link]
Post time 15-1-2015 09:54 AM | Show all posts |Read mode
4U2C merupakan sebuah kumpulan pop/rap yang aktif di Malaysia pada era 1990-an.



Penubuhan

Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Mizal Zaini (lebih dikenali sebagai AC Mizal) [1] bersama dua kenalannya yang berkongsi minat yang sama dalam bidang music iaitu Nor Azam bin Mohamed (Azam) dan Mohamad Johari Mohamad Noor (Joe).

Pertemuan dengan produser Man Senoi dan isterinya Ramziah Bte Mohamed Noor (lebih dikenali sebagai Mama Rap) untuk menubuhkan satu kumpulan berkonsepkan genre rap telah mendorong ketiga-tiga anggota terawal 4U2C tersebut untuk mengundang empat lagi anggota lain iaitu Mohd Fazril Harun (Adik), Razlan Ramdan (Lan), Mohd Suffian Muda (Yanz) dan Raja Azrin Shah Raja Zaini Ismail (Rin).

1992 - 1993 : Era Fiona

Di bawah bimbingan Man Senoi dan Mama Rap yang bertindak selaku penerbit album dan pengurus, album pertama 4U2C yang berjudul “4U2C” telah diterbitkan di bawah Zman Production pada Ogos 1992. Pada masa era rock kapak telah sampai ke penghujungnya pada awal era 90an, pihak media telah memberikan publisiti yang begitu meluas kepada generasi kumpulan yang mempelopori genre rap yang baru bertapak dalam industry muzik di Malaysia kerika itu, terutama sekali 4U2C yang dianggap sebagai kumpulan rap yang pertama di Malaysia.

Album pertama 4U2C mendapat sambutan yang sangat luar biasa dari peminat-peminat di Malaysia. Menjelang tahun 1993, album tersebut terjual sebanyak 70,000 unit. Lagu “Fiona” yang dicipta dan ditulis lirik oleh Joe telah menjadi lagu yang mendapat sambutan yang paling hangat di kalangan pendengar dan dianggap lagu ‘trademark’ kumpulan 4U2C sehingga lah ke hari ini. Antara lagu lain di dalam album pertama yang menaikkan nama 4U2C adalah “Darling I Love U”, “Kami Rappers” dan “Video Game”. Susulan dari sambutan hangat album tersebut, 4U2C telah memenangi anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular pada Anugerah Bintang Popular tahun 1993.

Pada Mac 1993, 4U2C telah muncul dengan album mini yang berjudul “Love 2CU” yang mengandungi 3 lagu lama yang diadun semula dan 3 lagu baru termasuk lagu “1 Syawal” bersempena dengan sambutan Aidilfitri 1993 yang tiba sejurus selepas terbitnya album tersebut.



1994 - 1995 : Penguasaan Genre Rap

Pada tahun 1994, 4U2C telah menerbitkan album kedua mereka yang berjudul “2BD#1” yang juga mendapat sambutan yang menggalakkan dengan menampilkan lagu-lagu seperti “2BD#1” dan “Simfoni”.

Antara tahun 1992 sehingga 1994, genre pop rap di Malaysia menjadi trend utama industri muzik di Malaysia dengan munculnya kumpulan-kumpulan yang mengetengahkan muzik rap termasuk KRU, Nico, Krash Kozz, City Kids dan Les Enfant serta kumpulan rap wanita Feminin, Res2 dan M’steen. Lagu “2BD#1” dianggap sebagai lagu yang melaungkan penguasaan 4U2C dalam genre rap yang menguasai popularity mengatasi kumpulan-kumpulan lain. Ini jelas dalam sebahagaian lirik lagu tersebut yang menyatakan “Pada rappers lain, jangan cuba bersaing, nanti kamu jatuh, runtuh dan terus lumpuh”.

Dominasi kumpulan 4U2C tidak dapat disangkal apabila sebuah syarikat pengeluar minuman tin, SBM Trading Sdn Bhd telah mengikat kontrak dengan 4U2C untuk mewakili jenama baru minuman dalam tin yang bernama “RAP”.

Selain daripada itu, populariti 4U2C juga telah membawa mereka ke bidang lakonan di mana kesemua anggota kumpulan 4U2C ditawarkan untuk membintangi sitkom bersiri yang berjudul "Cuit-cuit 4U2C". Sitkom ini turut dibintangi oleh aktres Kartina Aziz yang melakonkan watak "Mummy" iaitu ibu angkat/penjaga kepada anggota-anggota kumpulan 4U2C dalam sitkom tersebut.



Perpecahan

Menjelang penghujung tahun 1995, berlaku pergolakan dalam kumpulan 4U2C yang melibatkan pihak pengurusan mereka sendiri. Beberapa ibu bapa anggota kumpulan 4U2C menyedari bahawa anggota 4U2C tidak diberikan bayaran yang sepatutnya oleh pihak pengurusan seperti yang termaktub di dalam kontrak pengurusan. Bahagian bayaran yang diterima adalah tidak setimpal dan timbul spekulasi bahawa pihak pengurusan telah mengambil sejumlah bahagian yang sepatutnya diperuntukkan kepada anggota 4U2C. Akibat daripada pergolakan itu, 4 anggota telah membuat keputusan untuk menarik diri dari 4U2C iaitu Adik, Yanz, Azam dan Joe.

Pada penghujung 1990-an, kumpulan ini telah berpecah dan membawa haluan masing-masing selepas melancarkan album terakhir mereka, Kembalilah Fiona.

Keanggotaan baru

Dengan penarikan diri Adik, Yanz, Azam dan Joe, AC telah mengambil inisiatif untuk mengekalkan kewujudan 4U2C di persada seni tanah air dengan mengambil 4 anggota baru yang dikenali sebagai Adiex, Aren, Charlie dan One II.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2015 11:00 AM | Show all posts
Nice infoo..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 11:13 AM | Show all posts
baru pagi tadi sebut dekat anak pasal kumpulan 4u2c..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 02:30 PM | Show all posts
Legend beb 4u2c ni..pioneer rap in malaysia after K.R.U..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2015 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Fiona.. lagu hangat d pasaran..time ku remaja
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 08:42 AM | Show all posts
gantung cd kt leher tu mmg rare...............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2015 04:17 PM | Show all posts
derang lebih famous dari kru dulu
asyik kena serbu jek
sampai mama rap tepaksa buat dlm seminggu ada satu hari khas utk
peminat dtg ofis beramah mesra dgn derang ni
setiap hari jumaat jek, beduyun lah bdk2 pempuan pegi plaza yow chuan
kat mz floor jenguk ofis mama rap nih
and kalo takde show, mmg jadual derang hari jumaat lepas lunch
wajib ada kat ofis tuh haa tunggu aweks dtg bagai hysteria
every week ok
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 07:04 PM | Show all posts
fiona
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.081199 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list