CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

  [Copy link]
 Author| Post time 5-2-2015 09:12 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 4-2-2015 11:39 PM
errkkk.... ko jangan tercirit kat situ conan!

terberak la tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2015 09:13 AM | Show all posts
yipun_78 replied at 5-2-2015 06:48 AM
jangan kata Amir pon jadi bahan ujikaji?

mungkin..juga..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2015 09:26 AM | Show all posts
Terasa kakinya seperti dihempap batu, malah bukan saja dihempap batu, sudah seperti ditambat dengan tali kapal siap dengan sauh! Memang kejung dibuatnya. Perut yang memulas tadi masih 'berlagu' riang di dalam. Aduh! Masa nilah perut aku nak buat hal! Conan hanya mampu berkata dalam hati. Mulutnya sudah terkunci rapat.

Matanya masih menghala ke arah benda itu. Ya, benda yang dia nampak ketika di rumahnya dulu. Suara mendengus makhluk itu jelas kedengaran kasar dan merengus. Dalam ketakutan itu, sempat juga dia bedahsiasat rupa paras mahkluk yang sedang meratah sesuatu di atas lantai dapur. Makhluk itu seperti tidak sedar kehadirannya di situ. Malah, sewaktu lampu dipasang tadi pun, makhluk itu seperti begitu leka dengan makanannya. Dengan kuku tajam dan panjang, ada sedikit bulu yang agak runcing tumbuh di kulit. Bentuk muka pula seperti rupa seekor singa atau mungkin kucing hutan. Mata merah tajam merenungnnya.

Conan masih memerhati tingkah makhluk itu yang kedudukannya mencangkung sambil lahap mengoyak daging. Dia mengundur selangkah bila makhluk itu mula mendongak. Darah meleleh dari mulut dan taring. Bulat mata Conan ketika ini. Sungguh dia sudah merasa berada di alam fantasi. Dunia khayalan! Cerita 'Werewolf' dan 'Manimal' yang pernah ditontonnya dulu seolah muncul di dunia nyata. Dia undur lagi selangkah bila melihat makhluk itu sudah mula menghala ke arahnya.

Kumat kamit Conan membaca entah ayat apa yang terlintas di benaknya. Kakinya terhenti. Kini dia sudah tersekat di tepi dinding. Masa inilah pula dia tidak jumpa cari pintu keluar. Sambil memandang ke arah pintu, Conan jeling makhluk itu yang ternyata semakin menghampirinya. Dengan sekuat tenaga yang ada, dia mengatur langkah seribu ke arah bilik dan terus saja pintu dikunci. Bunyi cakaran jelas di telinganya. Berpeluh seluruh badan. Conan pandang ke arah katil.

"Dia orang ni tidur mati ke?" Conan membebel. Matanya kembali ke arah pintu. Bunyi cakaran itu masih jelas. Bermakna makhluk itu masih berada di luar bilik.

Conan menuju ke arah katil dan mengejutkan Nicki dan Ipo yang masih tidur lena di situ. Tubuh keduanya digoncang kuat. Masih tidak sedarkan diri kedua lelaki itu.

"Memang sah tidur mati!" Tanpa banyak fikir, Conan tendang tubuh Nicki dan Ipo sehingga terjelepuk jatuh ke lantai bak nangka busuk!

"Woi! Kau ni apa hal??" Nicki gosok punggungnya yang terasa kebas.

Ipo pula buka mata. "Apasal aku tidur kat sini?"

Conan pandang satu persatu. Oh..aku dah nak terberak, korang seronok tidur!. "Kat luar tu ada makhluk tu!"

"Makhluk? Makhluk apa?" Melilau Nicki mencari kelibat makhluk yang dimaksudkan oleh Conan tadi.

"Bukan kat bilik ni!" Kepala Nicki jadi mangsa luku Conan.

Kriiikkk!! Kriiiiiiiikkkk!!

Terdiam mereka seketika. Bunyi cakaran jelas di telinga.

"Tu! Itu bunyi makhluk tu!" Conan tuding ke arah pintu. Rasa memulas tadi sudah hilang.

"Err...kau pasti?" Ipo pandang tepat ke muka Conan. Conan dilihat mengangguk.

Mereka bertiga bersama berjalan perlahan ke arah pintu. Tiba di situ, langkah mereka terhenti. Bunyi cakaran itu tidak kedengaran lagi. Perlahan tombol pintu dipulas. Terjongol tiga kepala melihat ke arah luar melalui pintu yang hanya dikuak sedikit.

"Tak ada apa pun?" Ipo terus buka luas pintu itu setelah pasti tiada apa-apa berlaku di luar.

"Aik?? Aku tak rabun la! Korang pun dengar tadi kan?" Conan pertahankan dirinya. Segera dia menapak ke ruang dapur dan terus melaung memanggil Ipo dan Nicki.

"Tu!! Darah penuh atas lantai!!"Conan menuding ke arah lantai yang penuh dengan darah dan ada sedikit cebisan daging.

Ipo dan Nicki terdiam. Mereka saling berpandangan. Perlahan Ipo menapak ke ruang dapur. Berhati-hati dia memijak lantai agar tidak terkena darah. Memang sah, ada darah pekat dan juga cebisan daging. Bau hanyir begitu menusuk hidung.

"Mana Alif??" Nicki baru teringat pada tuan rumah.

Conan segera ke bilik Alif. Pintu yang tidak berkunci itu dikuak. Alif nyenyak tidur di atas katil, siap berselimut lingkup. Alif dikejutkan segera.

"Ada apa? Pukul berapa ni?" Alif genyeh mata. Terkebil-kebil dia melihat Conan di sebelah katilnya.

"Ikut aku!" Conan terus saja tarik tangan Alif dan menuju ke dapur. Ipo dan Nicki masih berada di situ.

"Hah??" Alif menelan liur. Dapurnya sudah bersepah dan penuh dengan darah.  Dia tersandar di tepi dinding. Terasa lemah seluruh anggota badannya ketika ini. Muka diraup lama.

Ipo, Conan dan Nicki bingung melihat tingkah Alif. Selepas memgambil sampel darah dan cebisan daging, mereka semua mula membersihkan dapur. Bau hanyir darah masih kuat melekat.

"Nota?" Nicki capai satu nota pelekat berwarna kuning yang ditampal di peti sejuk.

Ipo, Conan dan Alif turut sama melihat nota di tangan Nicki.

"Burung?" Serentak mereka bersuara. Sungguh apa yang tertulis dalam nota kaki itu langsung tidak boleh dikaitkan dengan pembunuh atau apa-apa jua.

"Pelik aku...nota apa macam ni? Mula-mula, 'permulaan', lepas tu 'Engkar', nota ketiga pulak 'Mungkir' dan ni..'Burung'??" Nicki garu kepala.

Mereka yang lain turut bingung. Ipo mengambil nota kaki itu dari Nicki dan disimpan dalam poket seluar. Mereka menyambung membersihkan dapur semula.
Malam itu, mereka berjaga di ruang tamu sehingga ke subuh. Masing-masing melayan perasaan. Ipo syak itu makhluk itu mungkin Alif. Alif sendiri mengaku yang dia tidak sedar bila dirinya bertukar rupa. Conan dan Nicki masih tidak tahu hal itu. Apa yang menjadi tanda tanya, Alif masih tidur di dalam bilik ketika itu. Dia jeling jam. Sepuluh minit lagi masuk waktu subuh. Mereka berempat mula menunaikan solat subuh berjemaah.



KOPI PANAS dihirup perlahan. Pagi itu, Alif hanya menyediakan roti bakar dan telur separuh masak untuk tetamunya. Masing-masing diam menikmati hidangan ringkas itu. Tiada bicara. Mungkin terkejut dengan kejadian malam tadi. Alif pula, sarat memikirkan kejadian di dapur malam tadi. Darah dan cebisan daging. Apakah dia yang melakukannya? Buntu dan bingung! Amir pula  tidak pulang. Bilik adiknya masih berkunci.

"Lif..baik kau berterus terang." Ipo mula berbicara, memecah keheningan pagi itu. Sunyi.

"Aku tak tahu..apa yang korang nampak malam tadi tu..aku pun tak tahu.." Alif letak mug di atas meja setelah menghirup beberapa teguk.

"Makhluk tu sama dengan makhluk yang datang rumah aku dulu. Takkan makhluk itu ikut kita?" Conan pandang pula Nicki dan Ipo.

"Aku benar-benar tak tahu. Aku betul-betulkan ingin  pulih. Tolong aku.." Alif merayu. Kalau benar malam tadi adalah dirinya, bermakna dia memang perlukan pertolongan yang serius!

Telefon bimbit Ipo berdering kuat. Panggilan dari Hanna dijawab sebentar. Dalam sepuluh minti berbual, talian diputuskan. "Hanna..dia dah jumpa antidot.."

"Hah? Serius?" Alif sudah teruja.

"Kita kena pergi ke makmal Hanna. Korang macam mana?" Ipo pandang pula Conan dan Nicki.

Serentak mereka mengangguk. Kebetulan hari itu hari Ahad, jadi mereka gunakan sepenuhnya masa yang ada untuk menyelesaikan hal itu. Usai sarapan, mereka pulang ke rumah untuk menukar pakaian dan terus saja menuju ke makmal.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 09:31 AM | Show all posts
Ipo replied at 5-2-2015 09:12 AM
adeh..tak habis lagi tucing ni

Tucing kan comey. So boleh le kasi tukor...instead of werewolf

tukor ke werecat.....






Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 09:34 AM | Show all posts
Kumat kamit Conan membaca entah ayat apa yang terlintas di benaknya.

Duk terbayang si Conan meratib alifbata...alifbata...alifbata...alifbata...alifbata...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 10:43 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 5-2-2015 09:34 AM
Duk terbayang si Conan meratib alifbata...alifbata...alifbata...alifbata...alifbata...

bukan.. die dok meratib nicki ngan ipo..

"awak kat mana...awak kat mana... awak awak kat manaaaaaaa"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2015 10:44 AM | Show all posts
ganasnya conan oiiiii
nasib tak sepak kuar tingkap tingkat 8 tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2015 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan replied at 5-2-2015 10:44 AM
ganasnya conan oiiiii
nasib tak sepak kuar tingkap tingkat 8 tu

Dah tido mati kekdahnya, kena penendang lerr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2015 03:56 PM | Show all posts
BAB 11



DI MAKMAL, Hanna masih sibuk menyelidik dan mengubahsuai enzim yang diekstrak dari bakteria Clostridium botulinum. Enzim tulen yang siap diesktrak kemudiannya dipadankan dengan enzim yang diekstrak dari sampel air liur yang dibawa Ipo dulu. Berhati-hati Hanna menjalankan proses ujikaji agar tidak terkontaminasi dengan bakteria lain.

"Hmm..memang sama." Hanna meneliti keputusan ujikaji itu.

"Hanna, ada klien nak jumpa." Seorang pembantu makmal muncul di muka pintu.

Hanna mengangguk. Dia mengagak klien yang dimaksudkan oleh pembantunya tadi mungkin Ipo. Baru tadi dia menghubungi lelaki itu tentang hasil kajian yang diperolehinya. Dia bingkas bangun dan berjalan ke arah ruang legar makmal berdekatan dengan makmal kimia. Namun langkahnya terhenti. Bukan Ipo yang muncul di situ. Pen di tangannya hampir terlepas.

"Hai Hanna. Kau masih ingat aku?" Ryan menguntum senyum. Wajah yang sejak dulu menjadi impiannya namun impian itu musnah bersama perasaan benci dan cemburu di hati.

"Ryan? Kau..kau buat apa di sini?" Hanna menelan liur. Terkejut dengan kehadiran lelaki itu yang rasanya sudah hampir tujuh tahun tidak menjejakkan kaki di makmal itu, malah tujuh tahun juga tidak pernah bersua muka.

Ryan semakin lebar senyumannya. Perlahan dia mendekati Hanna yang ternyata masih cantik dan langsing walaupun sudah mempunyai anak. Ya..anak yang sepatutnya dimiliki bersamanya tetapi Kurt terlebih dahulu merampas Hanna darinya.

"How are you doing?" Ryan semakin menghampiri Hanna yang kelihatan kaget dan masih tercegat di tepi sofa tetamu di ruang legar makmal yang cukup luas itu.

"Kau nak apa?" Hanna mengetap bibir. Dia cuba menepis tangan Ryan yang cuba mengelus rambutnya.

"Kau masih cantik seperti dulu. Kalaulah kau milik aku.." Ryan cuba mengelus lagi rambut Hanna yang ditocang satu. Dia hanya senyum bila sekali lagi Hanna menepis kasar.

"In your dream! Kau khianati Kurt dan kau tikam belakang kawan baik kau sendiri! How could you!" Hanna menggenggam tangan dengan kuat. Bibir diketap semakin kejap.

"Just relax sayang. Aku tak rampas apa-apa dari Kurt dan aku tak pernah khianati dia. Kau sendiri tahu yang Kurt sudah jual formula tu kepada pasaran gelap. Bukan salah aku. Jadi..sekarang ni, siapa yang tikam belakang siapa?" Ryan senyum sinis. Wajah Hanna ditatap penuh tajam.

"Kau yang perangkap dia! Kurt hilang tujuh tahun sebab kau kan?" Rengus Hanna, semakin kuat tangannya digenggam.

Ryan ketawa sinis. "Anyway, aku datang sini bukan nak bertekak pasal ni. Aku datang sebab aku nak bagi ni.."

Hanna pandang sekeping kertas yang dihulur Ryan. Melihatkan kertas itu tidak bersambut, Ryan letak di atas meja sofa tetamu.

"Kau tak ada pilihan lain.Pilih aku atau kau dibuang kerja dan Kurt akan kekal hilang ingatannya." Ryan ketawa lagi sebelum beredar dari situ.

Hanna lempar pen yang berada di tangannya ke arah Ryan yang sudah berlalu pergi dari situ. Matanya jatuh pula pada kertas yang berada di atas meja sofa tadi. Perlahan kertas itu dicapai dan dibaca isi kandungannya. Sebaik sahaja selesai membaca, kertas itu dironyok dan dilempar ke dinding.

"Aku tak akan mengalah Ryan!! Tidak!!" Hanna terduduk di sofa. Mukanya ditekup lama. Air mata menitis laju.



IPO yang baru sampai bersama Conan, Nicki dan Alif tergamam melihat Hanna tersedu-sedu di sofa. Mereka saling berpandangan. Ipo mulakan langkah mendekati Hanna yang masih menekup muka di situ. Kakinya terpijak sesuatu. Kertas yang sudah ronyok itu dibuka dan dibaca. Tadi, dia sempat melihat Hanna melemparkan kertas yang dironyok ke dinding. Dia melangkah ke arah Hanna.

"Hanna..." Lembut Ipo menegur.

Hanna mendongak. Air matanya disapu dengan jari. Dia mengukir senyum. Tidak sepatutnya dia lemah dengan ugutan Ryan tadi. Dia kemudian bingkas bangun.
"Maaf..bila kau sampai?"

"Baru saja..kertas ni..dari Ryan kan?" Ipo pandang Hanna, mengharapkan jawapan jujur dari Hanna.

"Err..kau ada bawa sampel tu?" Hanna tidak menjawab pertanyaan Ipo. Soalan lain pula dilontarkan kepada lelaki itu.

Ipo masih memandang Hanna. Dia tahu hati perempuan mudah rapuh. Apa yang dilihat tadi jelas menggambarkan riak sayu dan rapuh seorang wanita.

"Ya..aku ada bawa dan aku bawa sekali Alif. Kau boleh beri antidot tu pada dia.." Ujar Ipo, sedaya mungkin dia cuba mengambil hati Hanna. Tujuh tahun Hanna menderita seorang diri dan melahirkan zuriat Kurt seorang diri.

Hanna kemudian mengajak tetamunya masuk ke dalam bilik analisa. Hasil keputusannya diterangkan serba ringkas kepada tetamunya dan akhirnya suntikan antidot diberi kepada Alif.

"Antidot ni akan buat awak rasa tak selesa sikit. Mungkin awak akan merasa panas badan dan menggigil. Tak apa..itu hanya kesan sementara dan lepas tu ia akan kembali normal." Jelas Hanna lagi.

"Err..awak pasti yang saya sudah pulih?" Alif merasa sangsi dengan kata-kata Hanna.

"Ya..awak akan sembuh sepenuhnya selepas awak melalui simpton tu nanti. Enzim yang ada dalam tubuh awak sudah saya neutralkan dengan antidot ni. Awak jangan bimbang." Hanna mengukir senyum.

"Assalamualaikum!"

Semua yang ada dalam bilik itu berpaling ke arah muka pintu. Terdiam seketika saat melihat tetamu yang tiba di situ.


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 05:01 PM | Show all posts
#kunyahpopcorn


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 06:08 PM | Show all posts
siapa pulak yang muncul? Nayla ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 06:17 PM | Show all posts
Assalamualaikummmmm!!!!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2015 11:14 PM | Show all posts


DETEKTIF HANI melangkah masuk ke dalam bilik analisa bersama dua orang pegawai polis yang lain. Mereka yang ada di situ tercengang melihat ketiga pegawai polis itu mendekati Alif. Ipo bingkas bangun dan berdiri di sebelah Detektif Hani. Kedua pegawai polis lelaki yang bersama Detektif Hani siap memakai pakaian seragam polis.

"Err...ada apa sebenarnya ni?" Ipo pandang Hani dan kedua polis lelaki itu silih berganti.

"Ya..apa yang saya boleh bantu? Kalau nak hantar sampel untuk ujian DNA, makmal ni tak buat semua tu." Hanna pula mencelah. Dia turut sama mendekati Detektif Hani yang masih diam.

"Maaf..kami datang sini kerana ingin menahan Alif sebagai suspek utama dalam kes pembunuhan Benjamin." Ujar Hani, matanya terarah pada Alif yang sudah terpinga-pinga.

"Ta..tapi saya tak bunuh Ben..sumpah!" Alif semakin pucat mukanya.

"Hani..kau ada bukti yang Alif adalah suspek dalam kes ni?" Ipo pula semakin serius. Tidak sangka Alif yang dituduh.

"Ya..dari rakaman cctv, jelas Alif sudah masuk ke rumah tu dan beberapa minit kemudian dia kembali ke situ dengan menyapu kesan cap jari di gril pintu dan juga pintu rumah mangsa." Jelas  Hani, mata tidak lepas dari memandang Alif yang semakin kebingungan.

"Tunggu dulu, aku rasa kau tak boleh menahan Alif disebabkan bukti dalam cctv tu saja. Kau ada lihat rakaman cctv sebelum Alif masuk ke rumah tu?" Ipo senyum sinis. Baginya begitu mudah pihak polis membuat andaian tanpa menyiasat secara terperinci.

"Aku belum tuduh Alif sebagai pembunuh. Alif adalah suspek utama. Jika terbukti dia yang membunuh, dia akan dihukum. Buat masa sekarang ini, hanya Alif saja yang menjadi suspek utama. Selain Alif, kami juga menahan beberapa orang lagi dalam kes ini tetapi Alif adalah orang terakhir dilihat berada di tempat kejadian." Jelas Hani lagi. Nampaknya Ipo cuba mencabar kewibawaannya dalam soal penyiasatan.

"Tunggu! Sebelum tu, saya nampak seorang perempuan berpakaian jaket hitam dan memakai topi naik ke tingkat 8 masa saya tunggu lif untuk turun ke bawah. Lepas tu, bila saya naik, saya bertembung lagi dengan perempuan yang pakai topi tu. Barulah saya masuk ke rumah Ben dan Ben sudah mati. Mawar hitam tu buktinya!" Alif cuba pertahankan diri.

"Awak boleh beri keterangan semasa di balai nanti. Buat masa ni kami terpaksa menahan awak sebagai suspek utama. Awak akan ditahan reman seminggu tanpa ikat jamin." Hani memberi isyarat kepada kedua pegawai polis lelaki yang datang bersamanya supaya menggari tangan Alif.

Ipo tidak dapat berbuat apa-apa. Dia hanya menepuk bahu Alif dan menyuruhnya bersabar. Bukti belum pasti lagi menuding kepada Alif. Nicki pula masih keliru dengan semua itu. Memang dia tidak percaya Alif sanggup membunuh. Setahunya, bunuh binatang pun Alif tak sanggup! Apa lagi manusia!

"Ipo..aku rasa Alif difitnah. Aku kenal Alif. Dia bukan seperti yang pegawai polis tu sangkakan." Nicki meraup muka. Bagai dalam mimpi bila melihat rakan sekerja sendiri dituduh membunuh.

"Ya la..aku pun tak percaya. Tentu ada orang yang perangkap Alif." Conan turut menyokong kata-kata Nicki.

"Kita harus tolong Alif. Kita kena cari siapa pembunuh sebenar Benjamin tu. Mawar hitam tu..itu petunjuk penting. Aku pun hairan, Hani sudah lama siasat kes Mawar Hitam tu tapi mudah saja dia tuduh Alif.." Ipo juga sudah buntu.

"Macam nilah..aku boleh bantu korang dalam kes DNA." Hanna mula menyampuk.

"Tapi tadi kau cakap..makmal ni tak buat ujian DNA?" Ipo berkerut kening.

"Aku bohong. Sebenarnya ujian DNA memang ada di makmal ni dan aku lakukan ujian tu secara sembunyi. Kau kan tahu makmal ni milik seorang ahli perniagaan yang ternama." Hanna senyum.

"Hmm..kalau macam tu, senanglah kerja kita. Aku harap Alif tidak mengalami masalah di lokap nanti. Mana tahu antidot kau tu tak menjadi..atau tubuh Alif sudah imun dengan semua tu.." Ipo melepaskan keluhan seketika.

"Kau jangan bimbang. Alif tak akan berubah lagi. Dia akan kekal sebagai Alif..." Hanna senyum lagi, mata menjeling Nicki dan Conan yang terpinga-pinga.

Ipo kemudian minta diri bersama Conan dan Nicki setelah berbincang serba sedikit tentang kes yang mengejutkan itu. Mereka kemudian beredar dari situ.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 11:20 PM | Show all posts
makmal tempat hanna kije ni, makmak dlm cter arissa daniel tu ka?
nampak sgt si hani nak cover diri sendiri..

soalan: mana pegi si amir??
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 08:38 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 5-2-2015 11:20 PM
makmal tempat hanna kije ni, makmak dlm cter arissa daniel tu ka?
nampak sgt si hani nak cover d ...

Makmak tu apa?

Kaum ibu?
Makmal?
Kedai mamak?





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 08:56 AM | Show all posts
DI BALAI POLIS, Hani memeriksa fail kes pembunuhan Benjamin yang ditikam bertubi-tubi. Lama dia memerhati maklumat dan foto yang diambil dari tempat kejadian. Dua hari lepas, selesai bedahsiasat dan laporan autopsi sudah berada di tangannya. Tikaman ke atas tubuh mangsa memang secara rambang. Bermakna pembunuh tidak profesional dalam melakukan tugas itu dan itu bermakna pembunuh itu bertindak dengan perasaan emosi yang bercelaru walaupun mungkin pembunuhan itu sudah dirancang lebih awal.

Fail lain pula dibuka. Satu demi satu kes mawar hitam itu diteliti. Memang semua mangsa adalah lelaki-lelaki yang pernah membuat onar dengannya sepuluh tahun dahulu. Bermula dengan Joe, Rizal dan sekarang ini Benjamin.  Kalau mengikut senarai dalam ingatannya, hanya tinggal dua orang saja lagi yang masih berseronok di luar sana. Memang ikutkan hati dia ingin menghapuskan satu persatu lelaki keparat itu tetapi baginya bukan dengan cara itu. Dia hanya perlu membuatkan lelaki itu seolah sudah melakukan jenayah dan disabitkan kesalahan lalu dihukum penjara. Namun apa yang sudah berlaku adalah di luar pemikirannya. Jelas semua lelaki yang dalam senarainya dibunuh kejam dan sekuntum mawar hitam yang diletakkan di sisi mayat itu seolah ingin memberitahu pihak polis, itu adalah petunjuk.

"Hai...macam nak tembus kertas tu?"

Hani mendongak. Tuan Muaz tersenyum di depannya sambil kedua tangan menyeluk poket seluar. Segak dengan pakaian rasmi polis yang berpangkat tinggi. Hani kemudian bangun dan memberi tabik hormat.

"Macam mana kes mawar hitam tu?"

"Masih dalam siasatan tuan. Kes terbaru, malam tadi, Benjamin." Jawab Hani dengan nada tegas dan yakin.

"Setakat hari ni, apa petunjuk yang awak dapat selain mawar hitam tu? Dah soalsiasat suspek utama?" Tuan Muaz melontar pertanyaan lagi.

Hani diam sejenak. Memang dia tidak ada petunjuk lain selain mawar hitam dan penangkapan Alif pula adalah berdasarkan rakaman cctv yang diambil pada malam kejadian dari bilik penyelenggaraan kondominium itu.

"Tak ada tuan! Suspek utama sudah disoalsiasat dan dia tidak mengaku bersalah. Hasil forensik, tiada cap jari suspek di tempat kejadian tetapi rakaman cctv jelas menunjukkan suspek terlibat. Kesan cap jari itu mungkin sudah dipadamkan malam itu juga, bukti juga ada dalam rakaman cctv itu." Hani menjelaskan hasil penyiasatannya.

"Hmm...apa motif suspek bunuh mangsa? Suspek kenal mangsa?" Tuan Muaz capai fail dan dibaca seketika.

"Setakat ini, tiada motif yang boleh mengaitkan suspek dalam kes pembunuhan ni tapi suspek kenal mangsa kerana suspek dan mangsa tinggal di tingkat yang sama ." Balas Hani lagi. Dari riak ketuanya itu, dia pasti Tuan Muaz lebih arif tentang itu.

"Mungkin suspek ingin menolong mangsa." Tuan Muaz masih memerhati maklumat dalam fail.

"Kalau dia ingin menolong mangsa, kenapa dia tidak call polis saja masa tu? Kenapa dia cuba hapuskan cap jarinya di gril dan pintu rumah mangsa?" Soal Hani menjawab pertanyaan Tuan Muaz yang masih ralit meneliti maklumat.

"Hmm...ada suspek lain?" Tuan Muaz mula mengangkat muka, dari tadi dia asyik melihat maklumat dalam fail itu.

"Ya..ada seorang perempuan yang memakai topi dan berjaket hitam berada di tingkat lapan pada malam kejadian. Kami belum dapat mengesan di mana perempuan itu berada untuk ditahan reman." Balas Hani.

"Tugas awak, cari perempuan tu dan soalsiasat." Fail diletakkan di atas meja semula dan Tuan Muaz terus berlalu pergi.

Hani duduk setelah memberi tabik hormat sekali lagi. Dia meraup muka. Tugas berat yang terpaksa dilaksanakan secepat mungkin. Benar apa yang Alif beritahu, dari rakaman cctv itu, memang ada seseorang seperti itu menuju ke rumah Benjamin tetapi hanya setakat itu saja. Tiada rakaman orang itu masuk ke dalam rumah mangsa. Rakaman yang diambil dari pihak pengurusan kondominium itu seperti ada sesuatu yang tidak kena. Dan apa yang pasti, dia juga berpakaian sama pada malam itu walaupun dia tidak masuk ke bangunan itu dan ke tingkat lapan. Alif nampak dan lelaki itu saksi semua itu. Sekali lagi Hani meraup muka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2015 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 6-2-2015 08:38 AM
Makmak tu apa?

Kaum ibu?

Tanya kibod aku.. die yg bengong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa dh pening nk sudahkan citer huru hara ni....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 04:46 PM | Show all posts
Ipo replied at 6-2-2015 04:22 PM
Aku rasa dh pening nk sudahkan citer huru hara ni....

sapa tah berangan nak jadi hero



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 09:53 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 6-2-2015 04:46 PM
sapa tah berangan nak jadi hero

boleh apa berangan..tambah HERO..dah  BOD ni pun semuanya kaki berangan..kalau tak berangan..tak yah sibuk nak tepek citer
jadi SR atau komen je la

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.080753 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list