CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

  [Copy link]
 Author| Post time 28-1-2015 09:45 AM | Show all posts
aylanins replied at 27-1-2015 01:34 PM
Kenapa aku rasa macam sangat sweeeeetttttttt

...walaupun dengan gigihnya aku m ...

betul..Aylanins tu detektif undercover gitu  oppsss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2015 09:46 AM | Show all posts

terima kasih baca citer ipo ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 10:26 AM | Show all posts
Arisha berkerut kening. Lelaki di depannya kelihatan terkejut seolah melihat hantu lagaknya. "Maaf..saya bukan Nayla."

Nicki tidak mengalih matanya dari wajah gadis itu. Lama wajah itu ditatap. Seolah cuba mencari raut wajah itu yang padanya sungguh keliru ketika ini. Telefon bimbit di tangannya berdering.

"Siapa Nayla?" Arisha juga tidak lepas dari memandang lelaki itu yang ternyata sudah kelihatan bingung. Mungkinkah gadis yang disebut lelaki itu tadi adalah teman wanita. Ah...aku terserempak dengan mamat ni pun kebetulan saja.

"Err...sekejap ya." Nicki mula menjawab panggilan telefon. Sepuluh minit kemudian talian putus. "Err...maaf, awak Nayla kan?"

Arisha semakin berkerut kening. "Siapa Nayla?"

Nicki garu kepala. Bingung seketika. Memang sah yang dia jumpa di tasik siang tadi adalah Nayla, gadis itu sendiri perkenalkan diri sebagai Nayla. "Err..tak apalah. Muka awak macam seseorang.."

"Boleh saya duduk?"

Nicki angguk. DIlihatnya gadis itu yang sopan berbaju kurung dengan rambut melepasi bahu. Diamati pula seraut wajah lembut itu. Memang sama dengan Nayla tetapi kenapa pula gadis itu seperti menafikan? Atau..apakah gadis ini kembar? Atau..adakah ada  'split personality'? Atau..adakah sengaja Nayla berlakon? Ah pening!!

"Maaf...saya sebenarnya nak minta maaf pasal hari tu. Kebetulan saya jumpa awak kat sini, jadi saya nak minta maaf sekali lagi. Tak sepatutnya saya berkasar dengan awak kat tasik tadi. Anyway, saya Arisha." Arisha mula kenalkan dirinya.

Arisha?? Nicki diam seketika. Dia cuba mencari riak gadis itu. Mana tahu gadis itu berlakon atau berpura-pura. Ternyata tiada riak seperti itu. Nampak kejujuran gadis itu.

"Tak apa. Saya Nicki.."

"Nicki?" Arisha pelik. Nama mat saleh.

"Oh..tak..tak. Itu nama yang selalu saya guna. Nama betul saya, Nik Mohamad." Nicki sengih. Terbiasa dengan panggilan itu membuatkannya lupa dengan siapa dia bercakap sekarang ini.

Arisha anguk-angguk.

"Boleh saya tanya sikit?" Nicki mula berminat. Dia tahu, mungkin dia boleh jejak gadis bernama Nayla yang sudah tiba-tiba menghubunginya dan meminta nota yang diterima. Pelik..

"Apa dia?"

"Awak ada kembar ke?"

Arisha berkerut kening dan kemudian dia ketawa. Soalan lucu rasanya dari lelaki itu. Sempat dia menatap wajah lelaki itu yang ada rupa artis Kpop. Handsome juga mamat ni."Kenapa awak ingat saya ada kembar?"


"Siang tadi..lepas awak pergi dari tasik tu, ada seorang gadis datang jumpa saya. Wajahnya sebiji macam awak. Namanya Nayla..sebab tu saya ingat awak adalah Nayla tapi minah tu perangainya tak macam awak." Nicki sengih. Memang jauh beza kedua gadis yang seiras itu.


Arisha senyap. Apa yang dikatakan oleh Nicki tadi sudah banyak kali dia dengar dari orang lain juga. Malah, ada yang menegurnya dengan nama Nayla. Bingung seketika. Hendak bertanya pada mak ayah, mereka sudah lama meninggal dalam kemalangan dua puluh tahun dulu. Sejak itu dia dibesarkan di rumah anak yatim dan dia tidak pernah ada adik beradik lain.


"Tak apalah kalau awak tak kenal. Hmm..dah kebetulan jumpa ni. Awak dah kahwin?" Nicki senyum sengih. Malu sebenarnya nak mulakan ayat seperti itu. Bimbang dituduh gatal!


"Kenapa?"


"Tak adalah..awak ni cantik, takkan tak ada bf lagi. Saya tanya ni sebab nak pastikan awak ni single. Kalau awak dah ada yang punya, saya tak nak dituduh perampas. I dont like to mess around with other people's life...like this.."


"Saya faham. Sebenarnya saya tak ada bf pun." Arisha cuba kawal diri bila menyentuh hal itu. Dia sedar kini yang dia hanya bertepuk sebelah tangan. Cintanya pada Azri tidak berbalas. Dia sedar, lelaki itu anak orang berada dan ternama. Memang jauh darinya yang hanya dibesarkan di rumah anak yatim saja.


"Hmm..ok. Lega.." Nicki semakin senyum. Sebenarnya ada juga dia peluang untuk kenal gadis itu. Jika benar gadis itu sudah berpunya, awal-awal lagi dia akan jauhkan diri. Bukan dirinya untuk bertumbuk semata-mata nak merebut perempuan!


Nicki dan Arisha mula berbual mesra di situ. Usai menjamu selera, Arisha minta diri untuk pulang. Pelawaan Nicki untuk menghantarnya pulang ditolak dengan baik. Dari penampilan lelaki itu, dia boleh agak yang Nicki adalah orang berada. Tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 11:20 AM | Show all posts
gedik ko Nicki

err.. Nicki dlm ni bukan playboya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 11:28 AM | Show all posts
Patutlah meriah, macam-macam nama ada.
Tumpang lalu...
HAHAHAHA... dan tumpang gelak ya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 11:45 AM | Show all posts
Adoilah. Motiiippp jejaka pemalu very straight to the point?

Ko silaplah Po. Patutnya guna ayat berkias, contoh:  "Saya lepak dengan awak ni, tak ada sesiapa yang marah ke?"

Gitewwwww.....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2015 11:46 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 28-1-2015 11:20 AM
gedik ko Nicki

err.. Nicki dlm ni bukan playboya kan?

Aku takde awek macam ko, nak manja-manja. Apa salahnye nak gedik-gedik?










Adoi. Celaru sungguhlah aku rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 11:55 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 28-1-2015 11:46 AM
Aku takde awek macam ko, nak manja-manja. Apa salahnye nak gedik-gedik?

ada rasa2 mcm nak jadi sotong tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2015 12:04 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 28-1-2015 11:55 AM
ada rasa2 mcm nak jadi sotong tak?



Sluurrrpppppp.....




Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 12:36 PM | Show all posts
wipers81 replied at 28-1-2015 03:28 AM
Patutlah meriah, macam-macam nama ada.
Tumpang lalu...
HAHAHAHA... dan tumpang gelak ya.

Gelak..jgn tak gelak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 28-1-2015 08:30 AM
tinggi melangit tu Zam...ipo cerita apa yang dah ada saja..just sambung dari cerpen simpanan ipo j ...

Bukan pujian tp inilah kenyataannya @Ipo... Susah tau nak masukkan watak2 dr cerita berbeza tp flawless... Sampai tak dpt nak detect kesalahannya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 03:37 PM | Show all posts
Aku tahu ni cter straight. Ipo pon kbo, nicki dan conan ialah lelaki.

Still.

.aku anggap diorang perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 03:51 PM | Show all posts
Ipo replied at 26-1-2015 02:48 PM
Papp!!
Ipo terkejut. Tepukan kuat dari tapak tangan Conan tadi di bahunya menyedarkannya dari lamun ...

oh..ala2 parody gitu.. Phm2. Teringat skeri punya cter.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 03:53 PM | Show all posts
Ipo replied at 27-1-2015 12:49 AM
SUDAH setengah jam Conan menunggu Nicki di pondok pengawal di bangunan pejabat dua tingkat itu. Jenu ...

kpopper. poop.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 03:59 PM | Show all posts
Ipo replied at 27-1-2015 10:49 AM
"Mana nota tu?"

Conan dan Nicki saling berpandangan. Sekali lagi perempuan yang tiba-tiba muncul  ...

Mungkin pembunuhnya manusia. Bukan bende lain. Maybe bkn.

Maybe, Nayla tu ada kembar atau ada magik boleh tukar rupa.

Ada hint time perbualan Nicki dengan si tua.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 04:04 PM | Show all posts
Ipo replied at 28-1-2015 12:31 AM
PULANG dari Tasik Titiwangsa tadi, Aylanins terus saja pulang ke rumah. Sebentar lagi, selepas solat ...

aku suka watak Aylanins
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2015 11:10 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 28-1-2015 11:19 PM

BAB 4



SEBULAN berlalu. Nicki lega kerana tiada lagi nota kaki diselitkan di bawah pintu rumahnya. Sepanjang sebulan itu juga, tiada kes pembunuhan berlaku namun kata-kata Nayla tempohari cukup membuatnya merasa tidak senang duduk. Jika benar apa yang dikatakan oleh Nayla, bermakna dia dan Conan dalam perhatian pembunuh itu. Gila! Memang gila!  Kopi ais diteguk perlahan. Sesekali dia melihat jarum jam. Sudah sepuluh minit dia menunggu di situ.

"Weh! Kau mengelamun apa?" Belakang Nicki ditepuk kuat dari belakang.

Tersembur kopi ais yang diminum Nicki. Pantas Nicki berpaling. "Lahabau kau Nan! Habis baju aku!"

Nicki mengesat sisa air kopi yang terkena baju kemeja jenama Polo yang baru dibeli minggu lepas. Dia menjeling Conan yang sudah tersengih di depannya sambil melambai ke arah pelayan restoran. Sikit pun tidak kisahkan semua itu.

"Alah..setakat baju Polo tu, berlambak kat bundle tu ha!" Conan sengih lagi. Bukan dia tak tahu yang Nicki suka beli baju bundle. Nak bergaya punya pasal.

"Syy...bundle kau sebut slow sikit." Nicki letak jari telunjuk di atas kedua bibir Conan.

Sengih lagi Conan melihat gelagat Nicki yang sudah melingas sekitar restoran itu. Entah apa yang disorokkan. Dia mula teguk Nescafe ais sebaik pelayan restoran bawa ke meja.

"Ni, mana Ipo?" Nicki mula bertanya. Malam tadi beria Conan pesan nak jumpa Ipo di restoran mamak.

"Kau tahulah Ipo tu. Janji pukul sepuluh, pukul dua belas dia datang. Sebab tu aku cakap kat dia, datang pukul lapan. Jadi.." Conan lihat jam sekilas. Menghampiri sepuluh pagi.

"Ha! Panjang umur! Tu dia dah sampai! Betul tak apa aku cakap?" Conan angkat kening sambil tersenyum.

Ipo yang baru keluar dari perut kereta mula menapak ke meja rakannya dan melabuhkan punggung di situ. Sempat dia pesan minuman dan roti canai dua keping. "Ada apa korang ajak aku jumpa ni?"

"Ni pasal nota kaki tu. Kau kenal Nayla?" Nicki mula bertanya.

"Ya..aku dah siasat. Dia pernah bekerja di makmal ABC bersama Kurt dulu dan dia adalah adalah pembantu Kurt dalam projek Formula CB tu. Aku rasa dia cari nota tu sebab dia juga sedang siasat siapa sebenarnya pembunuh tu..maksud aku..pembunuh lelaki ke tiga tu yang dirobek badannya." Jawab Ipo sambil menyalakan sebatang rokok. Asap dihembus perlahan setelah disedut penuh nikmat.

"Formula CB?" Conan pula berkerut kening.

"Ya..formula tu dinamakan CB sempena nama sejenis bakteria, Clostridium botulinum. Bakteria ni sudah dibuat kajian dan diekstrak enzimnya untuk dibuat ubat penegang kulit. Senang cerita bahan kosmetik yang mahal harganya." Ujar Ipo lagi. Asap dihembus lagi.

"Aku tahu! Botox kan?" Nicki petik jari sambil tersenyum lebar.

Conan jeling Nicki. "Kau ada pakai ke?"

"Ish!! Nak buat apa aku nak pakai benda tu semua?" Nicki mencebik.

Conan ketawa saja. Muka Kpop macam Nicki mungkin orang ingat disuntik botox! Ipo pula hanya sengih. Rokok dihisap sampai separuh dan ditenyeh di dalam bekas habuk rokok.

"Untuk apa sebenarnya formula tu?" Tanya Conan lagi. Dia betul-betul 'buta' semua itu. Kalau Ipo kelentong sekali pun, dia bukan tahu pun!

"Kurt dah berjaya ekstrak enzim dan dilakukankemudian dia lakukan GMO. Lepas tu, dia gunakan hasil GMO tu ke atas kucing yang boleh mengubah minda kucing menjadi cerdik dan mengikut arahan. Kemudian, dia suntik benda tu kepada manusia yang sukarela dijadikan bahan kajian. Ternyata hasilnya memberangsangkan. Otak manusia itu boleh menafsir dan menyimpan data dengan cepat. Dia mulakan dengan data yang ada dalam hard disc. Segala data itu dapat dibaca dan dihadam dengan mudah." Jelas Ipo seterusnya.

"Wah! Bravo tu! Kalau dapat kat student, lagi bagus! Tengok je buku, semua data yang ada dalam buku tu terus masuk otak! Aku pun nak cuba!" Nicki sudah teruja. "Err..GMO tu apa?"


"Ha'ah..apa ke jadah GMO tu?" Conan turut bertanya walau kedengaran soalannya seperti budak darjah satu lagaknya.


"GMO tu Genetic Modified Organism. Genetik dari organism atau mikroorganisma diubahsuai. Macam orang kacuk pokok tu tapi yang ini genetik diubah. Kau tengok sekarang macam-macam dah dihasilkan. Pisang warna ungu la, lembu kacuk dengan seladang la, cili panjang dikacuk dengan cili api la, banyak la. Kalau istilah sains, genetic engineering. Tapi yang Kurt kaji ni, dia ubahsuai genetik bakteria CB tu dan diuji ke atas minda haiwan." Panjang lebar Ipo menjelaskan kepada Conan dan Nicki yang nampak terkebil-kebil mendengar semua itu.

"Tapi..Ryan dah tikam belakang. Aku tahu dari Hanna. Hanna ada sumbernya sendiri. Dia tahu sejak dulu Ryan cemburukan Kurt. Dia curi formula CB dan diubah lagi dengan kaedah GMO.Sekarang ni, aku dan Hanna syak yang kes pembunuhan itu ada kaitan dengan semua ni." Ipo geleng.

Conan dan Nicki turut diam.

"Sekejap lagi, aku nak jumpa Hanna. Korang nak ikut?" Ipo pandang Conan dan Nicki yang masih diam di situ.

"Eh..boleh je!" Conan senyum lebar.

Nicki hanya angguk.

"Ipo! Tu!" Conan muncungkan mulutnya ke arah seseorang.

"Apa?" Serentak Ipo dan Nicki bertanya.

"Tu!  Buah hati yang tak jadi tu ada kat situ!" Conan tuding pula kali ini.

Ipo terus saja mengalih matanya ke arah kiri di satu sudut salah satu meja. Pretty Sofea sedang menikmati roti canai seorang diri di situ. Mana Zamzam?? Selalunya dia nampak berkepit saja Pretty dan Zamzam walau ke mana pun mereka pergi. Kali ini Pretty seorang diri pula.


"Ipo! Weh!" Conan panggil Ipo yang ralit melihat ke arah Pretty.


"Sharipuddin!!!"


"Hah! Apa?" Ipo pantas menoleh ke arah Conan yang sudah ketawa mengekek bersama Nicki.


"Tak payahlah kau nak berangan. Minah tu dah  pilih orang lain." Conan ketawa lagi.


Ipo diam. Dia jeling Conan yang tidak henti mengusiknya.


"Bunga bukan sekuntum. Berkuntum-kuntum kat luar sana tu. Kau pilih je.." Celah Nicki pula yang masih ketawakan Ipo.


"Sudahlah! Dah lambat ni!" Ipo bingkas bangun.


Mereka bertiga mula beredar dari situ dan menaiki satu kereta  menuju ke makmal tempat Hanna bekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 11:29 PM | Show all posts
Ipo.. Sharipuddin????
Dasat giler nama komersial karakter2 neh.. berangan tak hengat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 08:01 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 28-1-2015 11:29 PM
Ipo.. Sharipuddin????
Dasat giler nama komersial karakter2 neh.. berangan tak hengat {:1_ ...

Nampak tak berangan aku tu?  ...pinjam ayat Nicki
Penulis memang kena berangan...
Kalau tak..tak jadi cerita fiksyen macam ni
Lainlah kalau tulis sejarah ke...motivasi ke..takleh nak berangan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 08:02 AM | Show all posts
Esmiria replied at 28-1-2015 03:59 PM
Mungkin pembunuhnya manusia. Bukan bende lain. Maybe bkn.

Maybe, Nayla tu ada kembar atau ada m ...

Es ..akhir nanti baru tahu siapa pembunuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.091666 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list