CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: qqOfficial

[Edisi Penafian]3 @ 4 Anak TS Jins Shamsudin??-wajah terbaru TJS makin uzur #643

  [Copy link]
Post time 16-4-2015 03:22 PM | Show all posts
Test DNA boleh memastikan keturunan tetapi kalau nak buktikan Tuah tu anak sah taraf atau tidak sah taraf,  minta Tuah tunjuk tarikh  surat  nikah emaknya S Zamila dengan Jins lepas tu bandingkan dengan tarikh lahir Tuah. Kalau 3  atau 4 bulan nikah dah lahir sahih anak luar nikah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2015 03:46 PM | Show all posts
ira_229 replied at 16-4-2015 12:40 PM
agak pasal harta..tuah anak yg tua kan dgn arwah seniwati tahun 60an? warganegara singapore...?
k ...

Ahaa...logik2

sian, TSJS blm lagi arwah, dah berperang bagai pasal harta...kalau dh arwah lagi teruk gamaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 03:50 PM | Show all posts
dalima replied at 16-4-2015 12:31 PM
hahaha, edisi kejam.

betul, ada member i, sijil lahir dia binti AA, tp akak lain ibu, berbinti  ...

KIHKIHKIH.............aku adik beradik pun, ejaan nama
bapak aku berbeza-beza dalam surat beranak kami. Kalau Jins
sendiri yang pegi daftar, tentu anak-anak dia dibinkan dengan
ejaan yang betol. Kalau orang lain, yang dia orang tahu, itu
JINS SAMSUDDIN tentulah ini nama yang dieja dalam surat
beranak si anak! Kesian Jebat & Nadim dibinkan dengan JINS....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 03:56 PM | Show all posts
Sabar saja lah Tuah, Allah tu Maha Adil... Kalau memang tu hak mu, kebenaran akan tersela....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 03:57 PM | Show all posts
kalwawi65 replied at 16-4-2015 03:22 PM
Test DNA boleh memastikan keturunan tetapi kalau nak buktikan Tuah tu anak sah taraf atau tidak sah  ...

Ikut undang-undang, asalkan dia dibinkan dengan nama
bapa dan ibu bapa itu sudah bernikah, itu anak sah tarap.
Yang tak sah tarap, kalau mak bapak tak bernikah langsung.
Ini pendapat mazhab yang berbeza. Apa pun, anak itu mesti
dibinkan dengan nama bapa, same EJAAN macam yang tercatat
dalam IC dan sume sijil atau surat hak milik reta si mati.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 04:33 PM | Show all posts
NAT_11 replied at 16-4-2015 03:57 PM
Ikut undang-undang, asalkan dia dibinkan dengan nama
bapa dan ibu bapa itu sudah bernikah, itu an ...

http://drmaza.com/home/?p=488
Menasabkan Anak Kepada Suami Ibu Sekalipun Perkahwinan Kurang Daripada Enam BulanDisiarkan pada November 11, 2008

MENASABKAN ANAK KEPADA SUAMI IBU SEKALIPUN PERKAHWINAN KURANG DARIPADA ENAM BULAN
Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang bermesyuarat pada September 2008 telah memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibubapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut;
“Anak yang lahir kurang daripada 6 bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”
Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn DYMM Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.

Maksud Fatwa:
Seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang kurang daripada tempoh 6 bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya.
Senario:
Di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di ‘bin’ kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam ertikata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.
Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut.
Pihak ibubapa pula, amat sukar untuk menerangkan masalah tersebut kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibubapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini dibincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis. Setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai, maka keputusan tersebut dibuat.
Antara Asas Alasan:
Dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi s.a.w.: “Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini disebutkan oleh Nabi s.a.w apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya. Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi s.a.w, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d. Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut) ”.
Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah s.a.w memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina. Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi s.a.w yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti berbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.
Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).
NAMUN: Keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan, dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.
Kebaikan Fatwa Ini:
  • Menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat.
  • Menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurang tempoh perkahwinan.
  • Membantu ibubapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.
Kesannya:
Pihak pendaftaran hendaklah memberikan hak berbinkan suami ibu (bapa) kepada anak yang lahir sama ada kurang atau lebih daripada enam bulan tempoh perkahwinan ibunya, dengan syarat si suami tidak membantah.
Yang benar,
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2015 08:35 PM | Show all posts
aireen24 replied at 16-4-2015 12:46 PM
arwah atuk saya, nama bapak lain2, bin Hasin, bin Yasin, Yaasin.

arwah atuk lagi satu bin Hasan ...

agree...  dulu masa nak bahagikan peninggalan arwah atuk, semua adik beradik ayah aku kena angkat sumpah...  sebab ejaan berbeza2...  ada mat noor, ada md noor, ada mad nor...  lagipun peguam tuah dah tunjuk kan surat pengesahan daripada JPN yang mohd zain shamsudin dan jins shamsuddin adalah orang yang sama...  aku rasa patutnya dah takde issue kat situ...

ni lebih pada konflik dalaman...  nak plak yang si bongsu sendrik ada cakap ngan wartawan yang selama ni ok jek cuma semenjak 4 tahun tu tuah tak balik...  so, terang2 kat situ yang mak dia cakap takde anak lain tu lebih pada nak sound/sindir...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 08:41 PM | Show all posts
Changa replied at 16-4-2015 03:14 PM
abg akak yg sulung ber bin kan nama lain, kaedah nya ejaan nama bapa weols mmg out drp adik beradi ...

nanti masa pembahagiaan harta pusaka ((tak kira la mak or ayah akak punya), semua adik beradik kena buat akuan sumpah...  nanti bila dah dapat surat akuan tu, baru la pembahagian harta boleh berjalan...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2015 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 16-4-2015 08:41 PM
nanti masa pembahagiaan harta pusaka ((tak kira la mak or ayah akak punya), semua adik beradik ken ...

Macam takde masalah jah sis, tak tahu kautim lagu mana namun setahu kakak,.semua.rumah yg under nama.arwah ibu kakak, telah transfer nama abg akak.so boleh di jual kan. Sebelum ni tak dpy jual sebab under nama.arwah ibu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 08:50 PM | Show all posts
Changa replied at 16-4-2015 08:44 PM
Macam takde masalah jah sis, tak tahu kautim lagu mana namun setahu kakak,.semua.rumah yg under na ...

dah dikawtim dengan pejabat tanah kali...  sebab masa atuk aku meninggal, semua adik beradik kena pegi buat akuan sumpah...  baru la pejabat tanah layan...

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Duta lover replied at 15-4-2015 02:59 PM
dalam video finas ni pun cakap
nama sebenar mohd zin bin samsudin

so celah mana nadim kata xde dalam pendaftaran negara...

malu la hang nadim oii.. ni banyak arkib lama bukti nama sebenar...


kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dalima replied at 16-4-2015 11:52 AM
satu tindakan yg bagus utk pastikan anak diasuh dlm surroundings agama.  



Motif sgt dalima kan tetiba berabg bagai ni hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Duta lover replied at 16-4-2015 12:31 PM
haahhhhh
YANG NILA


Akak setuju dgn komen DL...

Berbeza sungguh cara tuah dan nadm menjawab...

Apapun, kita doakan semuanya selesai dgn baik..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
awiena replied at 16-4-2015 01:51 PM
Baru dapat 1 lagi artikel.. Haih.. Bercanggah dari link aku bagi tadi.. Ape kesahnya Jefri ni? Kerat ...

Double standard tu, Makcik Lijah oiii...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Nafikanlah hak tuah tu...menjwblah ko disanaaa...disaaannnaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
awiena replied at 16-4-2015 01:51 PM
Baru dapat 1 lagi artikel.. Haih.. Bercanggah dari link aku bagi tadi.. Ape kesahnya Jefri ni? Kerat ...

Mcm ada sesuatu yg tak kena je
Antara tuah & keluarga ni
Dgn jeffrey elok aje depa ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2015 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
ridz09 replied at 16-4-2015 03:46 PM
Ahaa...logik2

sian, TSJS blm lagi arwah, dah berperang bagai pasal harta...kalau dh arwah lagi  ...

I dun think pasal harta laa
Si jeffrey tu elok je
Dorang terima dia as anak tsjs
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 01:49 AM | Show all posts
dalima replied at 16-4-2015 02:26 PM
bukanlah nak kata kannnn.. apa yg uols kata tu, "kalau dia ungkit akan memalukan si Tuah ni nanti" ...

itu la sis.
tuah tak bersalah apa2 pun,
kalau heshe anak luar nikah sekalipun mak bapak heshe yg salah.
buat apa heshe nak malu dgn benda yg heshe tiada kontrol?
nak salah kan elohim azzawajalla lahirkan heshe ke duniawi ini?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 03:23 AM | Show all posts
NAT_11 replied at 16-4-2015 03:50 PM
KIHKIHKIH.............aku adik beradik pun, ejaan nama
bapak aku berbeza-beza dalam surat beranak ...

happens to family kita orang. nama ayah lain sikit. adik beradik lain ejaan "O". My mom "U".

my cousin ayah "wab" adik beradik lain "wan".

my dad ayah "md" adik beradik lain "mohd".

bila documentation wise jadi sikit problem sebab nama ayah lain lain.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa ni bukan masalah anak haram anak halal.... spekuan aku 2nd marriage tu tak didaftar di negara ni... kkalau perkahwinan yg tak didaftar,  bini dan anak2 pun takde hak pada harta suami kalau suami mati sbb perkahwinan tu dianggap tak wujud ikut undang2 negara walaupun sah ikut agama.... sbb tu dlm pc tuah ada cakap  dia tak nak harta jins tspi kalau diwasiatkan dia terima... (aku tak ingat ayat dia, tapi maksudnya lebihkurang macam tu).... seolah2 dia sedar  yg dia takde hak pada harta jins sedangkan dlm masa sama dia claim dia anak jins yg sah... kalau anak yg sah dan berdaftar tak perlu tunggu wasiat, tak kisah mak tiri cakap apa pun dan tak kira datang jenguk bapak ke tak datang jenguk otomatik dia akan mewarisi harta bapak tu kalau bapak mati.... tapi tuah ni macam bergantung pada wasiat kalau wasiat tu ada... kalau takde, dia takkan dapat apa2 kecuali kalau jins ada tukarksn nama harta dia pada tuah masa dia waras sebelum ni....

dan aku rasa semua ahli keluarga termasuk tuah maklum pasal ni... jadi tindakan mak tiri kata anak jins cuma tiga takde kena mrngena dengan takut tuah dapat harta, tapi memang sbb dia kecik ati tuah tak jenguk bapak... korang bayangkanlah selama ni jins cari nafkah krluarga, tiba2 dia jadi oku.... dia mungkin ada aset beku juta2 ringgit tapi duit kslau dah brrtahun2 takde income harapkan pencen senator, financial mesti sikit sebsnyak terjejas... duit ubat lagi....nak buat urusan mencairkan aset beku pun tak boleh dgn keadaan mental dia skrg.... kecuali kalau jins mati,barulah harta diurus oleh pewaris.... sebelum sampai masa tu dorang terpsksa hidup sekadarnya.... nak minta derma tsk boleh nak jaga nama baik jins... lagipun dorang bukan org miskin.... saat2 macam ni sepatutnya tuah hulurkan tsngan beri bantuan sbb dia mampu... tapi mungkin sbb dia sendiri pun tidak dibesarkan dgn kasihsaysng, anak terbuang jadi hati kental boleh jer tak gi jenguk bertahun2....

tindakan tuah peram isu ni bbrp bulsn sebelum wat pc pun menggambarkan dia paham knp mak tiri dia meroyan.... cuma bila isu jadi makin panas dan timbulkan spekulasi lain anak haram anak halal bagai, tambah lagi diasak oleh kawan2 baru dia tampil..... memang dia patut wat penjelasan pun sbb kalau dia diam banysk spekulasi buruk lain akan timbul...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.140142 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list