CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2612|Reply: 2

MSA sasar senarai 16 pelayar ke Sukan Sea 2015

[Copy link]
Post time 11-2-2015 07:21 AM | Show all posts |Read mode
                            PERSATUAN Pelayaran Malaysia (MSA) menyasarkan untuk menghantar sekurang-kurangnya 16 pelayar mewakili negara pada Sukan Sea 2015 di Singapura, dari 5 hingga 16 Jun.

        Presiden MSA Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata dengan jumlah berkenaan, Malaysia bakal mempunyai sekurang-kurangnya seorang wakil bagi setiap kategori dalam acara berkenaan pada temasya itu.

        Beliau berkata proses pemilihan kini sudah memasuki fasa kedua dengan persatuan tersebut melihat kepada prestasi atlet ketika latihan dan beberapa kejohanan sebelum menyenaraikan mereka.

        "Kejohanan Regatta Antarabangsa Langkawi Perdana 2015 di Langkawi Rabu ini, akan turut menjadi medan menilai atlet untuk Sukan Sea nanti," katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi perarakan Piala Monsun Malaysia edisi ke-10, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

        Kamaruzzaman yang juga Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation,  berkata Kejohanan Regatta Antarabangsa Langkawi Perdana itu, bakal disertai lebih 70 pelayar negara.

        Dalam pada itu, konvoi perarakan Piala Monsun Malaysia itu turut melalui empat lokasi di bandaraya ini iaitu Plaza Kotaraya, bangunan Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB), bangunan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Terminal Bas Larkin sebelum bergerak ke Country Garden.

        Mengenai Piala Monsun Malaysia kali ini, beliau berkata kejohanan pertama kali diadakan di Johor itu, dapat memberi peluang kepada peminat sukan pelayaran tempatan untuk memberi sokongan kepada wakil negara yang menyertai perlumbaan tersebut.

        Jeremy Koo daripada Koo Racing Team bakal menggalas cabaran negara, bersama-sama empat anggota di bawah pasukan Sime Darby Foundation-1Malaysia Match Racing, dan bakal bersaing dengan 11 pasukan lain pada kejohanan berkenaan.

        Piala Monsun Malaysia akan berlangsung dari 10 hingga 14 Februari di Country Garden, Danga Bay di sini, dan akan disertai 12 pasukan dari seluruh dunia. - Bernama
               

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2015 09:30 AM | Show all posts
Takde lagi ke senarai nama atlet pelayar yang mewakili negara ke Sukan Sea 2015?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 09:53 AM | Show all posts
Pelayar cilik optimist (U16) dapat pingat emas pertama pelayaran, tahniahhh

Si Nizam Pelayar Laser yg disebut2 bakal menyumbang emas negara nampaknya akan kecundang disebabkan persembahan yang tidak konsisten
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.166100 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list