CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2058|Reply: 7

[Tempatan] Tiada kemudahan internet untuk Anwar

[Copy link]
Post time 16-2-2015 10:08 AM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM - Jabatan Penjara menjelaskan tiada kemudahan internet diberikan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.
       
        "Sesiapa (sahaja) boleh (kendali akaun) Facebook/Twitter beliau (Anwar) dari luar," menurut Jabatan Penjara melalui akaun Twitter rasminya, semalam.
       
        Kenyataan itu dikeluarkan dipercayai selepas terdapat penulis blog yang mempersoal sama ada Anwar diberikan akses internet di penjara kerana Facebook rasmi ketua pembangkang itu dilihat masih aktif walaupun selepas beliau mula menjalani hukuman penjara pada 10 Februari lalu.
       
        Antara status di Facebook Anwar selepas beliau ke penjara ialah: "Cuma minta sedikit ihsan untuk beri sedikit penghormatan tetapi apakan daya. Dari jauh doa dan sentiasa dalam kenangan."
       
        Status dimuat naik pada 13 Februari itu, dipercayai merujuk kegagalannya mendapatkan kebenaran Jabatan Penjara untuk menziarahi Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia, Khamis lalu.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2015 10:50 AM | Show all posts
kalau dah masuk penjara tu kenalah ikut peraturan penjara...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau macam tu ketum tak dapatlah nak update kan status FB beliau untuk menagih simpati orang ramai lagi.:
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 11:00 AM | Show all posts
doa dari jauh pon sampai. banyak pulak songeh bnduan sorang ni. ko pikir kjo g melancong kah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 11:12 AM | Show all posts
KALAU ADA INTERNET..SERUPA DIA X DIPENJARA...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 11:13 AM | Show all posts
bang non.. bang non...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2015 11:32 AM | Show all posts
Bang Non dah masuk dalam pun maseh kene serang lagi ...cai cai ... lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari jauh ku pohon doa

Dalam dingin subuh
Dalam penjara Sg Buloh
Ku Rela walaupun terpaksa
Ku mahu pergi melawat Walau dituduh melewat Sesuatu yg sungguh berat Namun ku tetap terima tidor atas lantai beralaskan tilam 2 inci  Apa pun x ada  x kisahla hilang segala janji lawan tetap lawan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.046814 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list