CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3642|Reply: 1

[Edisi Sains Am] Kajian: Haiwan jadi lebih besar semasa jalani proses evolusi

[Copy link]
Post time 21-2-2015 10:52 PM | Show all posts |Read mode




AMERIKA SYARIKAT: Sedang haiwan-haiwan menjalani proses evolusi, begitu juga dengan keadaan saiznya dari masa ke masa.

Demikian menurut para penyelidik yang membuat kesimpulan dalam satu kajian menyeluruh yang melakukan tinjauan ke atas ribuan haiwan sepanjang tempoh setengah bilion tahun.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Amerika Syarikat, Sains, saiz badan secara purata haiwan marin, misalnya, meningkat sebanyak lebih 150 kali sepanjang 542 juta tahun lalu. Kajian itu juga mendapati bahawa peningkatan dalam saiz badan haiwan sudah berlaku sejak haiwan pertama kali dicatat dalam rekod fosil, sekitar 550 juta tahun lalu.

Namun demikian, masih tidak diketahui adakah saiz purata haiwan berubah dari masa ke masa dan sama ada ini mencerminkan trend evolusi berhubung saiz badan.

Fenomena itu tidak boleh digunakan bagi semua keturunan haiwan, tetapi para penyelidik mengatakan ia paling ketara dalam haiwan-haiwan terbesar dan paling pelbagai yang dicatat dalam rekod evolusi awal.  

- Agensi berita/nd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2015 01:56 AM | Show all posts
Perubahan saiz badan melalui evolusi mengambil masa berjuta-juta tahun.

Tapi zaman sekarang ni orang masih percaya manusia zaman dulu tingginya 90 kaki. Zaman Neolitik cuma bermula kira-kira 12,000 tahun dahulu. Sangat tak logik kalau org cakap dalam masa 12,000 tahun manusia boleh berubah saiz daripada 27.4 meter (90 kaki) ke <2 meter.

Orang Melayu mungkin tak sedar banyak cerita-cerita dari negara Arab mempunyai asal usul dari tamadun kuno Mesopotamia. Dalam Epic of Gilgamesh ada menceritakan tentang manusia-manusia yg tinggi. Gilgamesh sendiri dikatakan mempunyai ketinggian 16-18 kaki.

Setahu saya, tiada manusia yg hidup pasca-zaman Neolitik mempunyai ketinggian melebihi 3 meter. Epic of Gilgamesh adalah kisah ciptaan manusia zaman Mesopotamia. Pada pendapat saya, mana-mana cerita yg berasal dari zaman tamadun kuno Mesopotamia perlu dikaji dengan teliti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.064572 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list