CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4076|Reply: 17

Pak Nil Duta Cukai!

[Copy link]
Post time 2-3-2015 05:53 PM | Show all posts |Read mode
Aznil Nawawi Ikon 'Saya Cinta Malaysia' LHDN


Aznil dilantik sebagai ikon 'Saya Cinta Malaysia' iaitu kempen yang dibangunkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).



PUTRAJAYA: Pengacara Datuk Aznil Nawawi pada Isnin dilantik sebagai ikon 'Saya Cinta Malaysia' dalam kempen terbaharu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bagi menyebarkan kesedaran tentang pembayaran cukai. Aznil, 53, berkata, kempen tersebut akan menggunakan cara mudah difahami iaitu melalui konsep perkongsian dan kasih sayang dalam memberikan pemahaman kepentingan cukai dalam pembangunan negara.

"Peranan saya adalah untuk menyemarakkan rasa cinta terhadap negara dan pada masa sama menyedarkan masyarakat tentang kewajipan membayar cukai.
"Tetapi kaedah yang digunakan bukan secara terus tetapi memilih cinta terhadap negara sebagai tema utama bagi memastikan masyarakat dapat benar-benar memahami konsep sebenar cukai itu," katanya kepada mStar Online.

Aznil berkata demikian pada majlis Sambutan Hari Hasil 19 yang diadakan di Dewan Bangsawan, Menara Hasil di sini.Turut hadir pada acara berkenaan adalah Timbalan Menteri kewangan 1, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pegawai Ekskutif LHDN, Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar. Dalam pada itu, Aznil berkata, beliau akan melakukan siri jelajah bersama LHDN terutamanya diperingkat sekolah dan universiti bagi memberikan pendedahan sebenar kepada generasi baharu tentang cukai dalam cara paling ringkas dan mudah difahami.

Aznil bersama Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Ahmad Maslan (kanan) dan Ketua Pegawai Ekskutif LHDN, Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar.

"Selama setahun kontrak sebagai ikon saya akan bergiat melakukan siri jelajah untuk mendekati masyarakat terutamanya golongan muda dan cuba untuk menyemai rasa cinta mereka terhadap negara dan secara tidak langsung memberikan maklumat mengenai cukai," ujarnya. Sementara itu, Aznil berkata, beliau turut menyasarkan untuk menghebahkan maklumat mengenai cukai kepada golongan artis memandangkan ada segelintir daripada mereka enggan atau takut untk melunaskan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.
Kata Aznil, beliau berharap dapat menganjurkan sebuah perjumpaan dengan pihak LHDN pada masa hadapan bagi memberi peluang kepada golongan selebriti dalam mendapatkan penerangan tentang perkara itu.

"Golongan artis tidak seharusnya takut untuk membayar cukai kerana ia sebenarnya adalah sebahagian daripada cara untuk kita menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada negara. "Saya mahu menjadi 'jambatan' di antara golongan selebriti dan LHDN dalam memastikan mereka mendapat maklumat yang betul selain khidmat nasihat berhubung pembayaran cukai mereka," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2015 05:58 PM | Show all posts
NEXTTTTTTT!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
waahhh.. kemain lg bapak mertua si oshin.. makin glamer pokcik.. perlu ke lantik paknil?? apa org mesia masih x ckup kesedaran kah?? tansri xyah la nk gilo glamer sgt.. duhhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 06:05 PM | Show all posts
Pak Nil weyh tu suku sakat Ameno yg suka sorok duit di bank2 luar jgn lupa tarbiyahkan juga la yeeeek, demi menyemai rasa centung pada negara.. ye dak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 07:55 PM | Show all posts
pelik la muka heshe
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 09:16 PM | Show all posts
dengan ahmat maslan ke tuh kikiki
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2015 09:22 PM | Show all posts
kossserrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 09:23 PM | Show all posts
kibodwatriuh replied at 2-3-2015 06:05 PM
Pak Nil weyh tu suku sakat Ameno yg suka sorok duit di bank2 luar jgn lupa tarbiyahkan juga la yeeee ...

sorok di kepulauan Cayman kah ala 1MDB tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2015 10:17 PM | Show all posts
dia duta kementerian kesihatan jgk kn? ada nmpk gmbr dia kt notis psl denggi
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 10:36 PM | Show all posts
muka bengkak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 10:45 PM | Show all posts
pak nil so yesterday
kadang2 dia punya over kalah budak yang baru nak akil baligh
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 11:06 PM | Show all posts
paknil jgn lupa bgtau definisi cukai tue ape
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 11:14 PM | Show all posts
net_level replied at 2-3-2015 09:23 PM
sorok di kepulauan Cayman kah ala 1MDB tu?

Itu salah satu. Ada di Switzerland, ada di Bermuda, Jersey Island. U name it.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 07:55 AM | Show all posts
Kat Planet Zargus ada tak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_baby replied at 2-3-2015 07:55 PM
pelik la muka heshe

Botox kot...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 01:20 PM | Show all posts
pak nil ni graduan apa ye?..lupa lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 02:55 PM | Show all posts
Aku saspek ramai retis tak bayar income tax even declare sekalipun, kalau org makan gaji mmg tak leh lari....harap-harap depa bayar zakatlah tiap-tiap tahun..takut duit tak berkat, hidup belakang hari pikiaq2lah sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 03:05 PM | Show all posts
Pak Nil dah x relevant kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18280 Replies : 18
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24369 Replies : 71
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3931 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 08:15 AM GMT+8 , Processed in 1.373890 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list