CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1242|Reply: 3

[Dunia] Di Britain, kopi KFC dihidang dalam cawan boleh dimakan

[Copy link]
Post time 3-3-2015 12:25 AM | Show all posts |Read mode


Tidak lama lagi pengunjung restoran KFC di seluruh Britain bukan saja boleh menikmati secawan kopi malah boleh memakan cawan kopi tersebut.

Rangkaian restoran makanan segera yang dikendalikan oleh Yum Brands itu bakal menjalankan ujian terhadap cawan diperbuat daripada wafer yang dilapisi kertas gula dan coklat putih tahan panas.

Cawan baharu tersebut bakal diperkenalkan buat pertama kali semasa restoran KFC melancarkan Seattle’s Best Coffee, iaitu sebahagian daripada Starbucks.

“Kami telah melakukan eksperimen kepada cawan-cawan tersebut untuk melihat sama ada ianya boleh di bawa ke pasaran dengan kuantiti yang terhad,” kata Pengurus Jenama operasi antarabangsa Yum’s dalam satu kenyataan.

Pengenalan cawan baharu itu bakal menangani beberapa isu semasa di dalam perniagaan makanan hari ini termasuk kebimbangan pelanggan terhadap impak pembungkusan terhadap alam sekitar selain keinginan mereka kepada perkara-perkara yang lebih ringkas.

Restoran dan perniagaan-perniagaan yogurt dan kopi mencari jalan untuk mengurangkan sisa buangan pembungkusan sehingga menyebabkan lebih banyak restoran dan perkhidmatan makanan menggunakan bahan boleh kitar semula di dalam operasi harian.

Cawan Scoff-ee yang bakal digunakan di KFC adalah hasil kerjasama dengan Robin Collective yang dikenali sebagai pembekal acara berbeza dan eksperimental makanan.

Lapisan coklat putih tersebut akan cair manakala wafer rangup itu akan semakin lembut sama seperti biscotti dicicah kopi.

“Cawan boleh makan itu bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap malah baunya juga harum,” kata seorang pereka di Robin Collective, Brandy Wright dalam satu kenyataan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 12:28 AM | Show all posts
malaysia bila lagi???
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 12:54 AM | Show all posts
lamenye x mkn fast food.. rinduuu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ermmmm...
Nyum.. Nyumm...
Enaknye bekpes cenggini...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.062509 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list