CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 936|Reply: 0

[Dunia] Mesir gantung penyokong pertama Ikhwanul Muslimin

[Copy link]
Post time 8-3-2015 12:32 AM | Show all posts |Read mode
KAHERAH, 7 Mac:

Mesir pada Sabtu melaksanakan hukuman mati pertama terhadap penyokong Ikhwanul Muslimin, kerana terbabit dalam satu pembunuhan, ketika rusuhan berlaku pada Julai 2013, selepas Presiden ketika itu, Mohamed Morsi digulingkan.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan di Facebook miliknya memaklumkan, Mahmoud Hassan Ramadan digantung, kerana didapati bersalah menolak remaja dari sebuah pangsapuri, ketika protes terhadap penggulingan Morsi diadakan pada 2013.

Sumber-sumber keselamatan menyifatkan Ramadan adalah penyokong radikal, namun bukan ahli Ikhwanul Muslimin.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Hani Abdel Latif yang dipetik AFP sebagai berkata, Ramadan yang digantung pada jam 7 pagi (waktu tempatan), adalah individu pertama yang dihukum mati, kerana terbabit dalam pertempuran ganas.

Sebuah mahkamah di Iskandariah menjatuhkan hukuman mati terhadap Ramadan pada 2014, selepas dia didapati bersalah menolak beberapa remaja dari sebuah pangsapuri, sehingga menyebabkan seorang daripadanya maut.

Dia adalah antara berpuluh-puluh tertuduh yang dibicarakan dalam kes keganasan maut di kawasan penempatan Sidi Gaber, pada 5 Julai 2013, dua hari selepas Morsi digulingkan Panglima Angkatan Tentera ketika itu dan kini adalah Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.

“Pihak berkuasa penjara melaksanakan hukuman gantung ke atas Ramadan yang didapati bersalah menolak remaja dari bumbung sebuah bangunan di Iskandariah, ketika pertempuran ganas dianjurkan Ikhwanul Muslimin,” demikian menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang dimuat naik ke Facebooknya.

Rakaman video amatur protes itu telah menjadi viral di Internet dan pendakwa raya menggunakan rakaman terbabit sebagai bukti untuk mendakwa Ramadan.

Usaha pihak berkuasa menghentikan rusuhan yang tercetus selepas Morsi digulingkan, pada Julai 2013, telah meragut ratusan nyawa, dengan ribuan lagi ditahan dan dibicarakan.

Morsi sendiri berdepan beberapa pertuduhan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Sumber: http://bm.therakyatpost.com/glob ... imin/#ixzz3TiavYbL2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.062333 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list