CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1683|Reply: 0

Saingan lebih menarik, mencabar

[Copy link]
Post time 16-3-2015 10:10 AM | Show all posts |Read mode

Roslin (tengah) antara bekas pemain kebangsaan yang mengambil bahagian Kejohanan Badminton Sinar Harian edisi ketiga, tahun lalu.                                                                                                                                   


SINONIM
tagline Kami Mencari Juara,  Kejohanan Badminton Sinar Harian edisi keempat di T Angle Sport Badminton Puchong bakal menampilkan kelainan berbanding edisi lalu apabila membuka penyertaan kepada semua rakyat warganegara Malaysia dalam usaha melahirkan lebih ramai jaguh badminton negara di peringkat akar umbi.
       
        Pengarah kejohanannya, Lailatun Khalilah Nasir berkata, penganjur memutuskan membuka penyertaan kepada semua rakyat Malaysia bagi memastikan persaingan lebih mencabar dan sengit edisi kali ini sejajar dengan usaha pencarian juara yang berkualiti seiring tagline Kami Mencari Juara.
       
        "Ini objektif sebenar Kejohanan Badminton Sinar, kami mahu mencari juara dan untuk mencari juara, cabaran perlu ditempuh.
       
        "Oleh itu, kami membuka penyertaan ini kepada semua tidak kira pemain negeri, negara mahupun mewakili Malaysia. Apa yang kami mahu ialah menjadikan kejohanan ini lebih menarik dan mencabar.
       
        "Pada masa sama, ia turut akan membuat penonton terhibur dengan aksi sengit yang bakal dipertontonkan nanti," katanya.
       
       
        Peluang sama rata
       
        Sementara itu, Lailatun menafikan penyertaan terbuka kepada semua pemain menyekat peluang pemain bertaraf amatur memenangi kejohanan berkenaan pada kali ini.
        "Kita kena ingat, ini bukan satu kategori sahaja, tapi ia melibatkan kumpulan. Mungkin dalam kumpulan itu hanya satu dua sahaja pemain senior selebihnya tidak.
       
        "Jadi, kita kena fikir rasional, lagipun tak semestinya pemain kebangsaan tidak mampu ditundukkan. Buktinya tahun lalu bekas pemain negara, Roslin Hashim mampu dikejutkan pemain biasa.
       
        "Jadi, dalam hal ini bukan isu sebaliknya kita mahu melihat aksi mencabar dalam kejohanan itu nanti," katanya.
       
       
        Hadiah lebih lumayan
       
        Selain memberi kelainan dari segi penyertaan, penganjur turut menaikkan hadiah keseluruhan kepada pemenang kejohanan itu nanti.
       
        Menurut Lailatun , ini salah satu langkah untuk menarik penyertaan daripada orang ramai.
       
        "Kejohanan kali ini turut istimewa apabila turut menawarkan hadiah yang lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu wang tunai sebanyak RM5,000 termasuk barangan Fleet bernilai RM5037,60 kepada juara.
       
        "Malah hadiah keseluruhan yang ditawarkan bernilai RM30,000 turut meningkat berbanding edisi lalu.
       
        “Harapan saya, semoga program ini mendapat sokongan semua pihak sekali gus dapat menyatukan mereka dalam sukan badminton,” katanya.
       
       
        PKNS kekal penaja utama
       
        Sekali lagi, PKNS menjadi penaja utama untuk Kejohanan Badminton Sinar edisi keempat ini dengan kerjasama Fleet sebagai pengeluaran produk dan juga barangan sukan yang berkualiti.
       
        Bagi Lailatun, kejohanan tahun depan akan lebih meriah dengan membuka lebih banyak kategori dan penglibatan daripada pihak penaja.
       
        “Terima kasih kepada semua, terutama dari pihak PKNS, Fleet dan 100Plus sebagai penaja minuman rasmi.
       
        "Tak lupa juga kepada Persatuan Badminton Kuala Lumpur yang sama-sama memeriahkan kejohanan kali ini," katanya lagi.

sumber:sinar harian



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.050828 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list