CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1647|Reply: 0

Saiful harapkan ikhsan Kim Swee

[Copy link]
Post time 26-3-2015 01:02 AM | Show all posts |Read mode


Enam tahun bersama pasukan Harimau Muda tidak menjamin tempat ke Sukan Sea. Situasi sukar itu dilalui pemain tengah pasukan bawah 23 tahun negara, Saiful Ridzuwan Selamat yang mengharapkan peluang untuk beraksi di Sukan Sea Jun ini.

                Sukan Sea di Singapura nanti merupakan Sukan Sea terakhir buat Saiful yang kini sudah berusia 23 tahun dan ia sudah semestinya pemain tengah Selangor ini mengharapkan ikhsan Datuk Kim Swee untuk menyenaraikannya dalam senarai akihir 20 pemain ke temasya itu Jun nanti.

Saiful berkata, persepsi peminat sebelum ini menjangkakan sesiapa sahaja yang beraksi dengan pasukan Harimau Muda, tempat mereka dalam pasukan bawah 23 tahun negara lebih terjamin dan ianya salah sama sekali apabila dia turut terpaksa membuktikan kemampunya terlebih dahulu terutamanya dalam perlawanan antarabangsa.

Bagaimanpun, Saiful akui peluangnya untuk mengisi bahagian tengah pasukan bawah 23 tahun negara tampak begitu sukar apabila pemain seperti Nazmi Faiz Mansor,Adam Nor Azlin, Akram Mahinan, serta beberapa pemain lagi memiliki corak pemainan lebih fleksibel yang digemari pengendali pasukan Kim Swee.

Perlawanan pertama bertemu skuad bawah 22 tahun Korea utara, skuad Ong Kim Swee diikat seri dan seterusnya mereka akan diuji Air Force United pada esok diikuti Police United.


sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.052940 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list