CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1721|Reply: 0

Harapan tinggi buat Malaysia

[Copy link]
Post time 30-3-2015 07:34 AM | Show all posts |Read mode


        Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) meletakkan sasaran yang lebih tinggi kepada skuad negara untuk merangkul kejuaraan sulung Piala Sultan Azlan Shah 2015 biarpun dengan kehadiran juara dunia Australia dan juara Asia, India.   
    Presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata selaku tuan rumah, skuad negara sepatutnya tidak berdepan masalah besar untuk muncul juara pada kejohanan berprestij yang diperkenalkan sejak 1983.

"Sayangnya kami tidak pernah menang piala ini tetapi kali ini, kami berharap untuk menjuarainya pada tahun ini," kata Tengku Abdullah, yang juga Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF), kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama ahli majlis AHF di sini, hari ini.

Edisi ke-24 Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak, dari 5 hingga 12 April ini menyaksikan pertarungan enam pasukan iaitu India, Korea Selatan, New
Zealand, Kanada, Malaysia serta juara bertahan, yang juga pasukan ranking pertama dunia, Australia.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan itu ialah gelaran naib juara sebaganyak kali pada edisi 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.
  
Dalam pada itu, Tengku Abdullah meminta skuad negara tidak menyandarkan kepada nasib semata-mata untuk melakar keputusan positif pada pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Belgium dari 20 Jun hingga 5 Julai ini.

Baginda sebaliknya menuntut skuad negara mempamerkan aksi mantap pada kejohanan berkenaan yang menjadi platform bagi pasukan bersaing merebut tiket ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

"Kita tidak boleh pandang rendah kemampuan pasukan lain tidak kiralah mereka dari kumpulan atau ranking mereka tetapi lebih penting adalah persediaan pasukan kita sendiri," tegas Tengku Abdullah.

Malaysia yang layak beraksi ke kejohanan berkenaan selepas muncul juara pusingan kedua di Singapura, Jan lepas diundi dalam kumpulan B bersama Great
Britain, Ireland, China dan tuan rumah, Belgium.

Australia mengetuai cabaran kumpulan 'A' bersama India dan pemenang pingat perak Sukan Asia 2014, Pakistan selain Poland dan Perancis.

Tujuh pasukan terbaik daripada kejohanan berkenaan layak ke pusingan akhir Liga Hoki Dunia di India, November ini.

sumber:www.stadiumastro.com
   



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.123477 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list