View: 1369|Reply: 0
|
LG Memperlihatkan Antaramuka LG UX 4.0 Yang Akan Digunakan Pada LG G4
[Copy link]
|
|
Edited by Nusantara77 at 7-4-2015 07:59 AM
LG G4 bakal dilancarkan secara rasminya pada bulan ini, dan bersempena dengannya, pihak LG mempunyai kaedah promosi mereka tersendiri. Sebagai langkah awal untuknya, kini mereka telah menerbitkan sebuah video ringkas, memperlihatkan beberapa perkara baru yang akan dibawakan oleh antaramuka LG UX 4.0 kelak.
Seperti umum sedia maklum, selain daripada rekabentuk peranti, antaramuka dan perisian yang disertakan juga menjadi salah satu fokus utama para pembeli. Pelbagai pengeluar mempunyai antaramuka mereka tersendiri, sebagai contoh HTC dengan Sense, Samsung dengan TouchWiz, Asus dengan ZenUI – dan LG memanggil antaramuka mereka dengan nama LG UX.
Melalui video teaser yang diterbitkan oleh LG< mereka lebih memfokuskan kepada sokongan kamera. Salah satu fungsi yang diperlihatkan adalah termasuk kebolehan merakamkan gambar terus tanpa membuka skrin dan hanya menekan butang pada bahagian belakang sahaja.
Disamping itu, pelbagai antaramuka diperkemas lagi, selain turut memaparkan notifikasi pintar melalui widget khusus. LG juga turut dilihat memperlihatkan animasi khusus pada galeri seumpama HTC Zoe.
Antaramuka ini dijangka akan digunakan pada LG G4 terlebih dahulu, dan mungkin kita akan dapat melihat ia turut diperluaskan pengenalannya pada beberapa peranti LG yang lain.
Sumber Rujukan: LG
kredit:www.amanz.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|