CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1885|Reply: 0

Suram Tanpa Chong Wei

[Copy link]
Post time 7-4-2015 08:31 AM | Show all posts |Read mode


        Cantik gelanggang badminton di Stadium Putra Bukit Jalil. Karpet kuning bersama gelanggang hijau. Jenama baru yang menaja BAM tidak kurang hebatnya dengan produk-produk yang berwarna-warni.
   
    Seperti biasa setiap tahun kehadiran para pemain ternama antarabangsa di Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia dinanti-nantikan oleh peminat sukan badminton termasuklah saya.

Lee Chong Wei selalunya menjadi tumpuan utama. Juara 10 kali ini seperti magnet yang menarik beribu penonton ke stadium untuk menyaksikan perlawanan berperingkat dunia.

Ramai yang akur bahawa Terbuka Malaysia kali ini perlu diteruskan tanpa Chong Wei yang masih dalam penggantungan Badminton World Federation (BWF) di atas isu doping beliau.

Para peminat risau. Di All England baru-baru ini, berita buruk 1970 di mana tiada wakil Malaysia yang layak ke pusingan utama dalam perseorangan lelaki diulangi.
Edisi 2015 Terbuka Malaysia pemain perseorangan lelaki utama Chong Wei Feng, Liew Daren, Mohamad Arif Abdul Latif dan Zulfadli Zulkifli terpaksa bermain di pusingan kelayakan dan Zulfadli sahaja yang layak ke pusingan utama namun ditundukkan oleh pemain muda China Tian Houwei 5-21, 7-21 di pusingan pertama.

Tahun lepas Goh V Shem dan Lim Khim Wah melakar kejutan sebagai pasangan bergu lelaki bukan pilihan untuk merangkul kejuaraan pertama Terbuka Malaysia mereka.

Walaubagaimanapun,  Khim Wah yang keluar daripada program BAM, membuka ruang kepada V Shem dan Tan Wee Kiong berpasangan secara tetap namun tiada berita menarik apabila mereka terkandas kepada pasangan China di pusingan awal.

Para penonton yang datang ke stadium agak berkurangan apabila satu persatu wakil Malaysia tersungkur.  Satu-satunya harapan Malaysia adalah bergu wanita Woon Khe Wei dan Vivian Hoo yang mara ke suku akhir tetapi tewas juga dengan mudah.

Pengkritik sukan memberi pandangan ini adalah prestasi terburuk sukan badminton di kejohanan ini.

India sudah memiliki pemain no.1 dunia wanita, Saina Nehwal. Sepanyol yang terkenal dengan kehebatan bola sepaknya juga telah melahirkan Carolina Marin, Juara Dunia, All England dan Terbuka Malaysia.

Takkan Malaysia tak boleh?!

Morten Frost, Pengarah Teknikal BAM memberi harapan bahawa dalam 3 tahun Malaysia akan kembali ke tahap terbaik. BAM juga mengambil langkah positif untuk bekerjasama dengan Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia dalam program remaja untuk mengenengahkan dan memberi pendedahan kepada bakat-bakat baru.

Apapun kemeriahan stadium tidak sama tanpa Chong Wei.

sumber:www.stadiumastro.com

   



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.327696 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list