CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1665|Reply: 0

Karathu mahu ulangi kejayaan 1990

[Copy link]
Post time 8-4-2015 09:23 AM | Show all posts |Read mode


Skuad Perak kendalian Karathu yang berjaya menjulang Piala FA pada tahun 1990 merupakan kenangan yang tidak akan beliau lupakan dan optimis skuad bimbingannya musim ini mampu ulangi kejayaan The Bos Gaurus.
                M. Karathu menyifatkan barisan pemain perak yang menggabungkan tonggak muda dan berpengalaman serta banyak melakukan serangan pantas menjerat pasukan lawan merupakan aset utama dalam cabaran Piala FA musim ini.

"Saya percaya skuad kali ini mempunyai kualiti yang hampir sama dengan skuad kendalian saya pada tahun 1990 yang berjaya menjulang Piala FA pada tahun itu," kata Karathu.

"Walaupun kekurangan pengalaman beraksi di pentas yang lebih tinggi, saya berharap kemahuan daripada pemain saya untuk berikan yang terbaik untuk perlawanan suku akhir ini."

Perak berdepan tugas getir pada perlawanan suku akhir Piala FA apabila berdepan Terengganu, pengendali pasukan Abdul Rahman yakin kehadiran pemain import yang berbisa seperti Paolo Rangel adalah kunci untuk kejayaan skuad Peteh.

"Kami memandang tinggi untuk kejayaan di Piala FA musim ini kerana untuk menamatkan kemarau empat musim tanpa sebarang piala," ujar Abdul Rahman.

"Saya telah menemui formula terbaik untuk pasukan saya dan kami akan cuba yang terbaik untuk meneruskan perjuangan kami."
   






                                                                                                                                               
sumber:www.stadiumastro.com


            
        
   
                       


   
            


        
   

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.049721 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list