CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1620|Reply: 0

TMJ cadang Piala Malaysia guna format Piala FA

[Copy link]
Post time 8-4-2015 09:25 AM | Show all posts |Read mode


Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan supaya kejohanan Piala Malaysia menggunakan format kalah mati Piala FA.

                Baginda berkata ia penting dalam memastikan jadual bola sepak tempatan tidak begitu padat selain memberi lebih masa kepada pemain yang dipilih mewakili skuad kebangsaan untuk membuat persiapan.

"Persembahan yang kurang memuaskan daripada pasukan senior pula adalah disebabkan oleh jadual liga yang terlalu padat, membuatkan para pemain yang terlibat terlalu letih," demikian menurut Tunku Ismail seperti dipetik dalam laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim; Johor Southern Tigers, hari ini.

Pada masa sama, baginda turut menyarankan agar pemain skuad Harimau Muda (B-22) negara kembali ke pasukan asal masing-masing supaya sentiasa dapat bermain dalam perlawanan bola sepak kompetitif.

Skuad B-22 negara kendalian Razip Ismail sebelum ini mendapat kritikan hebat daripada peminat tempatan kerana gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2016 setelah menduduki tangga ketiga dalam kumpulan I pusingan kelayakan.

Tunku Ismail menegaskan cadangan yang diutarakan baginda dibuat berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pasukan teknikal PBNJ dalam memastikan kemajuan  pasukan bola sepak kebangsaan meningkat
.

sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.229600 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list