CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36677|Reply: 103

Kisah Pyanhabib (Osman Tikus) Yang Menolak Anugerah Di Depan TPM

[Copy link]
Post time 8-4-2015 09:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by HangPC2 at 8-4-2015 09:18 PM

KISAH PYANHABIB MENOLAK ANUGERAH FFM-6 (1986) DI DEPAN TIMBALAN PERDANA MENTERI.







Tan Sri SM Salem yang menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dalam APBH semalam telah berkata “ penyanyi baru jangan rasa hebat hanya dengan 2 atau 3 lagu popular, yang kamu menyanyi itu bukan lagu melayu kerana lagu melayu itu lembut bukan menyerit nyerit macam kamu ”

Selain dari Shaheizy Sam yang betul betul layak menerima anugerah boleh di katakan kesemua yang menerima anugerah pada malam semalah adalah semata mata popular di kalangan peminta mereka sendiri dan bukan kerana nilai seni yang ada pada mereka.

Adalah amat malang di Malaysia ini apabila istilah “artis” di salahgunakan dengan sewenang wenangnya kerana pengertian artis bagi rakyat Malaysia ialah penyanyi, pelakon walaupun mereka bukan di kalangan orang seni asalkan boleh menyanyi dan masuk TV terus mendapatkan gelaran artis.

Lalu mereka merasakan merekalah seninam walaupun semua lagu yang mereka nyanyikan bukan kata lagu malah lirik pun orang yang tuliskan dan lebih celaka lagi ada juga di kalangan mereka yang mengelar diri mereka ini seniman sanggup mencuri hasil ciptaan orang lain lalu di masukkan nama mereka.

Lalu aku teringat aku tentang bagaimana Pyanhabib Rahman seorang penyajak, pelakon, penulis lirik, pelukis pada satu ketika dulu pernah menolak anugerah yang di terimanya di hadapan Timbalan Perdana Menteri kerana prinsip seorang seniman walaupun beliau sememangnya layak untuk menerima anugerah tersebut.

Kejadian yang berlaku pada tahun 1986 dalam Festival Filem Malaysia ke 6 di mana beliau telah di calonkan sebagai penerima anugerah “pelakon Pembantu Lelaki Terbaik” dalam filem Kembara Seniman Jalanan.

Sebenarnya aku sendiri pun Cuma hanya pernah mendengar cerita tapi tidak tahu akan cerita sebenar kerana masa ni aku baru darjah 6 sekolah atap maka aku telah bertanya terus dengannya dan di bawah adalah kisah sebenar apa yang telah berlaku.

Dalam Festival Filem Malaysia ke-6, tahun 1986, satu Malaya sudah tahu gua dicalon untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Kembara Seniman Jalanan. Gua tak ambil tahu pun hinggalah beberapa jam sebelum majlis berlangsung di PWTC, dia dinasihatkan kawan wartawan supaya hadir tanda hormati majlis (hingga sekarang gua tidak tahu gua dijemput atau tidak).

Sekitar satu jam sebelum majlis, gua putuskan hadir. Gua naik teksi dari CM ke `Pusat Dagangan Dunia Putra' kata gua kepada driver teksi dengan was-was sebab gua pun tidak tahu di mana `Pusat Dagangan Dunia Putra'. Keh keh keh!

Majlis sudah bermula masa gua sampai tetapi gua masih terpimga-pinga sebab gua jenis tak reti masuk majlis yang berlampu lip-lap. Dengan berseluar jeans dan jaket askar ...

Gua tercengang-cengang duduk di satu meja bersama Uji Rashid (yang kebetulan gua sudah kenal sebelum itu). Belum lama gua tarik nafas, gua dikejutkan oleh Uji Rashid dan orang sebelah meja minta gua naik pentas.

Panik gua tak habis, gua hendak tidak hendak terus ke pentas di mana Jins Shamsudin menunggu. Gua naik dan memberi salam pada semua. Gua ambil kertas keputusan dari Jins untuk tahu keputusan sebenar.

Gua lagi terpinga-pinga bila keputusan pada kertas yang gua baca menunjukkan gua diberi award pelakon pembantu untuk filem Tsu Feh-Sofiah (dua filem gua lakon masuk final festival sebenarnya) tentulah gua panik tak habis sebab gua dicalon untuk filem KSJ dan bukan untuk Tsu Feh-Sofiah. Gua berpegang dengan apa yang telah dicalonkan iaitu untuknfilem KSJ.

Jins mendesak gua terima tetapi gua tetap menolak hinggalah gua ambil award dan bercakap di microfon begini: “Terima kasih untuk award ini, sebagai pelakon saya terima tetapi sebagai peribadi, saya tolak.

Ok, saya pegang award ini untuk.bergambar. Selepas itu.gua letak award di rostrum, Jins tak terkata bila tengok gua tinggalkan award.

Hadirin apatah lagi, panik tengok gua atau tidak gua tak tahu.

Yang gua tahu, sebaik turun pentas gua diserbu Nasir Jani dan gengan KSJ, gua dipeluk dan diangkat lonjak mereka.

Hadirin terus tertumpu kepada kami, gua syak mereka mencemuh. Kenapa gua dipeluk diangkat lonjak kawan-kawan secara beramai-ramai di depan majlis yang dihadiri TPM Ghafar Baba ?

Rupanya, Nasir Jani dan kawan-kawan meraikan gua bukan kerana gua menang award tetapi kerana tolak award, sebab?

Sebab filem KSJ rupanya ditolak saat akhir dan ia diumumkam di atas pentas. Patutlah gua ditunjuk menang award untuk Tsu Feh-Sofiah rupanya filem KSJ ditendang oleh panel saat akhir.

Gua yang tidak tahu apa-apa, panik tak sudah. Dan dua tiga hari hingga minggu.berikutnya gua kena bantai dek paper.

Mereka berkata, gua bikin antiklimak, gua bikin sabotaj, gua tak hormati majlis Melayu, tak hormati majlis yang dihadiri TPM Ghafar Baba dan bla bla bla ..

Kesah selanjutnya berlarutan hingga Nasir Jani mengamuk di Finas di tv, bertshirt fuck Mahathir malah hingga masuk penjara. Huhu!

Begitulah berprinsipnya perjuangan anak seni terdahulu kerana pada diri mereka ada nilai seorang seniman berbanding pada hari ini lawak tak berapa lawak macam Abam pun dan boleh dapat anugerah....


Sumber Cerita : Rosly Yusof & Pyanhabib


https://www.facebook.com/wargamiskinkotaII

https://www.facebook.com/pyanhabib.rahman







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Perghhh, tak pernah tau pun kisah ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2015 09:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 09:50 PM | Show all posts
yang nasir jani bertshirt f uck mahathir tu kenapa?kenapa KSJ kena tolak waktu ffm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bergantung jugak niat apa dia nak jadi artis/seniman.

Kerana seni kah atau wang dan populariti kah  

Mak aih 1986 iols tak jadi apa2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 10:42 PM | Show all posts
owhh..baru tau kisah detailnya....tau dia penah tolak tapi tak pasti sbb apa.sblm ummah hencap tak bersyukur ke hapa...marlon brando pun penah tolak oscar okehh.protes terhadap sesuatu bukanlah sesuatu yg amat luar biasa ya.org yg takde prinsip mmg tak akn penah faham
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2015 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak paham .yang nasir jani puckkan tun m tu dah knpa? Harap buku bergerak akak @sepitsiput bg pencerahan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 11:08 PM | Show all posts
dulu dan sekarang adalah dua zaman yang berbeza...nilai seni yang dihasilkan juga berbeza
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 11:21 PM | Show all posts
dulu xkan sama macam sekarang ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu malaysia di arus pembangunan. skrg malaysia di ambang pemodenan..org nak pakai duit lebih la ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 11:32 PM | Show all posts
perasan osman tikus neh ms tgk citer rock mamat khalid.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 11:39 PM | Show all posts
suka filem dulu2. Amatlah berseni. Sekarang mcm sampah
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.. Kutip kacang jap
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
baru 1st time tgk KSJ di astro prima tempoh hari. memang wow.filem yg melangkaui zaman.

rasanya minda org2 masa tu masih xboleh terima filem yang berseni. almaklumlah zaman dulu org2 semua fikiran straight forward je.

lakonan pyan habib overshadow m nasir dlm filem ni. sedih sgt scene bila dia bawa diri lps m nasir dh glamor.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
satu lg scene yg best ialah m nasir ajar pyanhabib nyanyi lagu keroncong utk ana pakai gerak mulut.. sdgkan pyanhabib tu pekak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 12:37 AM | Show all posts
enchikfitz replied at 8-4-2015 11:39 PM
suka filem dulu2. Amatlah berseni. Sekarang mcm sampah

filem2 z.lokman, badol, julie dahlan memang amat tinggi nilai seninya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2015 02:05 AM | Show all posts
sekali lagi ungku katakan, shaheizy tk layak menang, mamat ni kedekut nk tunjuk muka kat tv, nak berlakon filem sahaja, tapi box ofis 2 3 juta, ada hati nak perasan popular, kalau filem pula, tak kepanjangan sfx dan bgm, naik benci ungku tengok filem2 lakonan shaheizy sam yg sedang ditayang free kat astro ria, korang cuba tengok tv series lakonan ungku mail tlu, ada banyak bgm dan ost tk? semua masuk ikut time, masa scene tak bercakap dan menangis, huhuhu, jangan sentap plak ye geng2 peminant shaheizy sam yg tk seberapa tu sme,
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 06:18 AM | Show all posts
Yg i ingat sgt dgn Pyan Habib ni adalah dia berlakon jadi gagap? nama filem apa mmg tak ingat.


Definisi seni dulu dan skrg mmg berbeza.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 06:37 AM | Show all posts
Entah, tak penah minat Suhaizy Sam.

Tah pe pe.

Eh teringat pulak Zizie Ezettetek tu sepertinya memohon untuk mendapatkan job masa abpbh..kenapa yuols, diambang kemuruduman kah?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasir jani tu semua org difucknye.even life dlm tv pun.kat mn dia? Mereput dah ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.118811 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list