CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1651|Reply: 0

Lions XII peroleh bekalan selesa

[Copy link]
Post time 9-4-2015 10:32 AM | Show all posts |Read mode


Peluang pasukan Lions XII semakin cerah untuk mara ke separuh akhir Piala FA selepas menundukkan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 2-0 pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Jalan Besar di Singapura malam ini.

                Pasukan tuan rumah membuka jaringan seawal minit kelima apabila Khairul Amri Kamal yang mendapat umpanan Faritz Hameed, berjaya mengelecek pertahanan lawan sebelum menewaskan penjaga gol JDT II Mohd Anis Faron.

Perlawanan babak pertama tamat dengan kedudukan 1-0.

Babak kedua menyaksikan JDT II mula mengatur serangan kemas ke arah gawang tuan rumah, namun ketangkasan penjaga gol Lions XII berjaya menangkis percubaan berbahaya pasukan pelawat itu.

JDT II memperoleh peluang pada babak kedua perlawanan menerusi Akram Mahinan pada minit ke-67, namun beliau gagal menyempurnakan hantaran Baihakki Khaizan di depan pintu gol lawan.

Pada minit ke-70, pasukan pelawat berpeluang menyamakan kedudukan namun Shahril Ishak yang berada di hadapan pintu gol gagal menguis masuk hantaran lintang Mohd Syafuan Reduwan.

Dalam usaha mencari gol penyamaan, pasukan pelawat kemudian dihukum bermain dengan 10 pemain apabila Baihakki dilayangkan kad merah pada minit ke-81 kerana mengasari pemain tuan rumah.

Anak buah Fandi Ahmad mencuri peluang atas kekurangan pasukan pelawat itu untuk menjaringkan gol kedua menerusi rembatan kaki kiri pemain gantian Christopher Van Huizen pada minit terakhir perlawanan.

Lions XII bakal bertandang ke Stadium Pasir Gudang, Johor untuk perlawanan suku akhir kedua pada 22 April ini.


sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.481791 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list