CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10853|Reply: 54

[Tempatan] Mangsa simbahan asid tuntut pembelaan

[Copy link]
Post time 9-4-2015 08:59 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa simbahan asid tuntut pembelaan
Oleh Salman Hamat
[email protected]

Butterworth: Mangsa serangan asid Azri Abdullah, 47, yang kini buta, berterima kasih kepada Pejabat Peguam Negara kerana membuka semula kes membabitkan dirinya selepas ia diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya (NFA) sejak enam tahun lalu.

Peguam Azri, Anbananthan Yathiraju berkata, menyedari perkara itu dia kemudian menghantar surat kepada pejabat peguam negara supaya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar membuka semula kes itu.

"Hasilnya suspek kes itu dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 25 Mac lalu.

"Selepas pertuduhan dilakukan hakim kemudian memutuskan 23 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes," katanya.

Selain itu mangsa turut merayu bantuan orang ramai bagi mengumpul dana RM160,000 untuk menjalani pembedahan.


MANGSA simbahan asid oleh ahli keluarga sendiri menunjukkan wajah asalnya sebelum tragedi itu. FOTO Amir Irsyad Omar


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2015 @ 7:41 PM

hmetro.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2015 09:01 PM | Show all posts
siannya...


apa cer kes ni..

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
@Syd mintak pencerahan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Astagfirullah.. Sedihnya..ni ke kes yg buat2 ajak keluar lps tu kena simbah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
citenye gaduh ngn famili sebab mintak geran motor.kne simbah ngn asid oleh ahli krluarga.aku pun bce kt fb
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 09:46 PM | Show all posts
Ibu dan adik lelaki dia yang buat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2015 09:51 PM | Show all posts
vespa_oren replied at 9-4-2015 09:46 PM
Ibu dan adik lelaki dia yang buat

Kasihnya ibuuuuuu.....

Harap azri ini berjaya dibantu utk pembedahan dia. Giler lah, sebab moto adja simbah asid bagai. Mana deme cari asid begini punya power?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 09:51 PM | Show all posts
vespa_oren replied at 9-4-2015 09:46 PM
Ibu dan adik lelaki dia yang buat

gilenya main simbah asid.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2015 09:52 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 9-4-2015 09:06 PM
citenye gaduh ngn famili sebab mintak geran motor.kne simbah ngn asid oleh ahli krluarga.aku pun bce ...

psl moto pun berebut..... tgk sutun pengutip cek.... relaks je kutip cek kat mydin guna reta company...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 09:53 PM | Show all posts
nagapompuan replied at 9-4-2015 09:51 PM
Kasihnya ibuuuuuu.....

Harap azri ini berjaya dibantu utk pembedahan dia. Giler lah, sebab mot ...

Cuka getah mungkin...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 9-4-2015 09:03 PM
@Syd mintak pencerahan.

kena hujan lebat balik kije td... ni nak tido dah. esok ai cari ye bang
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 10:03 PM | Show all posts
Mohd Ikmal Hazizi Junaidi KUALA LUMPUR – Seorang pekerja kilang buta dan melecur hampir seluruh badan sejak setahun lalu akibat disimbah asid, tetapi yang lebih menyedihkan, perbuatan itu dilakukan ahli keluarga sendiri.

Mangsa, Azri Abdullah, 42, berkata, kejadian berlaku 22 Disember tahun lalu di rumah ibunya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, iaitu kira-kira tiga bulan selepas kematian bapanya.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia pergi ke rumah ibunya untuk mengambil salinan asal geran motor milik arwah bapanya kerana mahu memperbaharui cukai jalan kenderaan itu.

Katanya, sebaik tiba di rumah, dia mendapati pintu dan tingkap rumah berkunci, malah ibu dan adik-beradiknya tidak menyahut panggilannya.

“Mereka enggan buka pintu, jadi saya cuba intai melalui lubang dinding rumah dan dapati emak serta semua adik-beradik saya berada dalam rumah.

“Saya panggil mereka, tapi mereka buat tak tahu. Saya nampak seseorang pegang bekas kecil dan terus simbah melalui lubang tempat saya mengintai,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA, semalam.

Azri berkata, mata dan mukanya berasa panas dan sakit apabila terkena cecair itu, sebelum menjerit meminta bantuan ibu dan adik-beradiknya.

“Mereka tidak peduli, menyebabkan saya terpaksa mendapatkan bantuan daripada ibu saudara yang tinggal berdekatan. Saya tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya,” katanya.

Menurutnya, dia koma selepas kejadian dan dipindahkan ke tiga hospital dan terbaru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

“Hampir 11 bulan saya menanggung kesakitan ini. Saya sukar bernafas, harapan untuk kedua-dua mata pulih juga tipis. Lebih menyedihkan, sepanjang terlantar sakit, tidak sekalipun ibu atau adik-beradik datang bertanya khabar,” katanya dalam nada sebak. :

Ketika ditanya, kenapa ada orang sanggup bertindak kejam terhadapnya, Azri berkata, dia sendiri tidak mengetahui punca sebenar, namun tidak menafikan ada yang mungkin berdendam atau tidak berpuas hati terhadap tegurannya.

Azri, adalah anak sulung daripada enam beradik dan sejak kematian bapanya dia bertindak sebagai ketua keluarga dan kerap menegur kelakuan adiknya.

“Biar apa pun layanan adik-beradik terhadap Azri, Azri tetap sayang dan maafkan mereka. Azri redha dan sangat rindukan mereka,” katanya teresak-esak

p/s: Sebak, sedih tgk azri ni kat BERSAMAMMU TV3 semalam. Tergamak seorang ibu dan saudara kandung melakukan sedemikian pada anak sendiri. Anak sulung pulak tu. Kalau ye pun marah jangan la simbah asid pada muka si anak. Tak terfikir ke pembalasan Allah kelak. Walaupun anda sebagai ibu, tidak menghalalkan anda menyimbah asid kepada sang anak. Salahke kalau maafkan je kesalahan anak tu..berat sungguh pada si anak, dahla syurganya di bawah tapak kaki ibu, ibunya pulak menyimbah asid padanya. Mesti arwah ayahnye tengah bersedih dengan apa yang berlaku pada keluarga ini di alam sana. wallahu alam
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 10:05 PM | Show all posts
Mohd Ikmal Hazizi Junaidi ALOR STAR: Ekoran berebutkan geran motosikal arwah suami, seorang ibu berusia 58 tahun, menyimbah anak lelakinya dengan asid.

Perbuatan ke atas Encik Azri Abdullah, 42 tahun, itu turut disertai adik lelaki mangsa.

Mangsa kini cedera parah di seluruh muka, kedua-dua tangan dan dada.

Beliau malah berkemungkinan buta seumur hidup ekoran kejadian yang berlaku sekitar 3 petang pada 22 Disember lalu.

'Hang (awak) tengok la apa depa (mereka) dah buat kat aku,' kata Encik Azri kepada adik perempuannya, Cik Aniza Abdullah, 38 tahun, sambil menunjukkan kecederaan dialaminya dalam kejadian di Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Ketika ditemui, Cik Aniza berkata, sebelum kejadian, Encik Azri bertandang ke rumah ibunya untuk mendapatkan geran motosikal milik bapa mereka, Allahyarham Man, yang meninggal dunia Ogos lalu, selain membincangkan mengenai harta keluarga.

Cik Aniza, yang kebetulan datang ke rumah ibunya sejurus kejadian itu terkejut apabila melihat keadaan abangnya yang disimbah asid.

'Ketika itu saya lihat beliau merintih kesakitan dan meminta pertolongan ibu saudara kami bersebelahan rumah ibu.

'Saya juga terkejut melihat keadaannya yang parah dengan mukanya pucat seperti mayat, kulit menggelupas dan tertanggal di muka serta badan manakala bajunya pula hancur,' katanya ketika ditemui kelmarin.

Cik Aniza, anak ketiga daripada enam beradik, berkata beliau bertanya kepada Encik Azri apa yang berlaku dan diberitahu ia angkara ibu serta adik lelaki mereka sendiri.

Selepas kejadian, Cik Aniza tidak nampak kelibat ibu serta adiknya di rumah kerana mereka dipercayai sudah melarikan diri.

Cik Aniza bersama suaminya kemudian membawa Encik Azri ke hospital.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Penolong Pesuruhjaya Zulkifli Alias, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, polis menahan ibu dan adik lelaki mangsa, 27 tahun, pada hari kejadian dan kedua-dua mereka direman seminggu. -- Harian Metro.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kabar pembuat tu? Harap hukuman simbah asid dibalas sama jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya, bertabah lah cik abang azri
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 10:20 PM | Show all posts
bodoh sangat2..

berebut motor je pun sampai sanggup buaat macam tu..

mak tu,sebagai ganti ketua keluarga,damaikan lah anak2 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2015 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak ngan anak pon pendek akai ka..
Penjarakan saja kedua duanya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 10:27 PM | Show all posts






Kata Azri, berikutan penderitaan yang ditanggungnya, dia terpaksa berhenti kerja kilang di Mak Mandin, Seberang Perai dan berpindah ke Kulim bersama rakan-rakannya.

"Kini saya tinggal bersama tiga rakan iaitu Md. Dori Osman, 34; Shahrel Mohd. Ali, 28, dan Shahrul Kamel Jamaluddin, 41. Segala keperluan makan-minum mereka yang uruskan," katanya.

Tambahnya, dia juga bersyukur kerana Md. Dori dan rakan-rakannya sanggup bergilir-gilir menghantarnya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setiap bulan untuk rawatan lanjut.

"Shahrel dan Shahrul Kamel bekerja di Kulim sementara Md. Dori masih mencari pekerjaan di Kulim. Mereka banyak menolong saya," katanya.





Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 10:31 PM | Show all posts
Hmetro 2010



Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 10:32 PM | Show all posts
motor apa la yg dok berebut tuh samai camni jadinya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.481226 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list