CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4406|Reply: 10

Mohon Pandangan Berhubung Kes Menjadi Penjamin

[Copy link]
Post time 14-4-2015 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Salam..

Mohon pandangan/pendapat forumer berhubung kes ini.

Kes menjadi penjamin untuk membeli sebuah kereta pada tahun 2010. Pada awalnya bayaran bulanan berjalan dengan baik sehinggalah pada tahun 2012 proses pembayaran tergendala kerana masalah peribadi. Kes menjadi semakin rumit apabila peminjam telah menjual kereta kepada pihak ketiga (sambung bayar) tanpa sebarang perjanjian bertulis. Pada tahun 2013.. pihak ketiga juga gagal membayar ansuran bulanan kereta tersebut kerana masalah komunikasi dengan pemilik (pemilik enggan bekerjasama dalam proses tuntutan insurance - kereta accident).

Sehinggalah pada tahun 2015, penjamin menerima notis saman daripada mahkamah atas kegagalan pembayaran tersebut. Penjamin tidak dapat mengesa kedudukan kereta, dan pihak bank juga gagal mengesan lokasi kenderaan tersebut berada.

Mohon pandangan:

1. Cara nak trace kereta  - kali terakhir dikenalpasti berada dibengkel di Selangor (tanpa mengetahu alamat bengkel)
2. Cara nak handle dengan bank
3. Hak penjamin untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang
4. Implikasi kepada penjamin.

Mohon pandangan forumer. Jasa anda dihargai.

Terima kasih.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 08:28 PM | Show all posts
ikut pengalaman aku bang, tak boleh buat amende, bank tak pedulik itu semua, bank tahu atas hire purchase agreement,mamat owner tu kena bayar 700-800 sebulan (bayaran bulanan kereta lah) and tt jadi penjamin, lain bank tak pedulik, loan tak bayar, bank saman dua2 sekali, owner dan penjamin, kereta kalau dapat tarik pun biasa lelong bawah market value jugak, memang tak dapat cover utang, dengan bank memang tak boleh buat amende bang, memang kene slow talk dengan owner suruh bayar, tapi kalau dia ade duit hari tu, memang dia tak buat la jual sambung bayar ni, brader tunggu kene saman je sekarang ni, waktu kene saman nanti nak lawan pun tak gune, amik lawyer buang mase je, nanti dah kene judgment (jatuh hukum suruh bayar) baru brader tt bincang dengan bank sebulan boleh berapa. tapi sebenarnya bagi saya tt dah letak tali gantung kat leher waktu sain borang jadi penjamin tu, sori bang, tapi itu dia punya kenyataan, penjamin diperlukan sebab bank x konfiden mamat tu boleh bayar, itu lah sebab utama bank nak penjamin, sebab nanti ada orang lain yang bank boleh saman kalau si peminjam tak dapat bayar, implikasi memang gelap masa depan dalam bab2 nak pinjam bank la bang, nama masuk CTOS/CCRIS semua ke bagai, lepas ni kite sendiri nak buat pinjaman pun susah.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 02:22 PM | Show all posts
RISIKO PENJAMIN SAMA SEPERTI PEMINJAM...YANG TERUK IALAH PENJAMIN SEBAB TAK DAPAT APA2...PEMINJAM DAH RASA HASILNYA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2015 02:25 PM | Show all posts
bypassthecortex replied at 28-7-2015 08:28 PM
ikut pengalaman aku bang, tak boleh buat amende, bank tak pedulik itu semua, bank tahu atas hire pur ...

pahit tapi betul... thanks bro bagi pandangan...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2015 02:26 PM | Show all posts
matabelalang replied at 18-8-2015 02:22 PM
RISIKO PENJAMIN SAMA SEPERTI PEMINJAM...YANG TERUK IALAH PENJAMIN SEBAB TAK DAPAT APA2...PEMINJAM DA ...

betul... sekarang dah terhantuk baru nak celik mata seluas alam... thanks bagi pandangan.

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 04:30 PM | Show all posts
Anda boleh menjadi penjamin sekiranya:
Berumur 18 tahun ke atas
Bukan seorang bankrap

Berfikiran waras dan berkeupayaan dari segi mental untuk memahami dokumen jaminan dan tanggungjawab serta kewajipan seseorang penjamin

Telah bersetuju secara suka rela untuk menjadi penjamin (iaitu tidak dipaksa atau menandatangani kontrak kerana dipengaruhi secara tidak wajar, penipuan, salah representasi atau akibat kesilapan)

Mendapat salinan surat jaminan atau kontrak jaminan dan sebarang dokumen lain yang berkaitan dengan transaksi pinjaman tersebut

Mendapat khidmat nasihat daripada peguam anda sebelum menandatangani kontrak jaminan. (Namun demikian, fi guaman adalah di atas tanggungan sendiri)
Mendapat maklumat mengenai baki tertunggak akaun peminjam dengan institusi kewangan tersebut tertakluk kepada keizinan peminjam
Meminta peminjam membuat pembayaran bagi melepaskan liabiliti anda sebagai penjamin.

Mendapat bayaran ganti daripada peminjam bagi sebarang pembayaran yang telah dibuat oleh anda kepada institusi berkenaan.
Memahami sifat jaminan tersebut. Seseorang bakal penjamin dinasihatkan agar tidak menandatangani dokumen yang belum dibacanya atau menandatangani dokumen kosong atau borang yang tidak lengkap. Seseorang yang menandatangani dokumen seperti ini sukar untuk mendapat pembelaan di sisi undang-undang jika dicabar di mahkamah
Dapatkan khidmat nasihat profesional/ guaman mengenai implikasi undang-undang sebelum menandatangani jaminan tersebut
Semak dan pastikan bahawa jaminan tersebut adalah tertakluk kepada undang-undang yang terdapat di Malaysia
Berwaspada sebelum menyerahkan salinan kad pengenalan atau pasport kepada orang selain daripada institusi kewangan atau peguam-peguam yang bertindak bagi pihak anda
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-8-2015 04:42 PM | Show all posts

tengkiu... baru sedar hak2 ni.

sbelum ni sign sebab percaya. tapi tulah, better berhutang sebab sndiri dari bayar hutang sebab org. peritnya lain macam.

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 05:03 PM | Show all posts
Alasan aku kepada yang jadikan aku penjamin, aku kata aku dah blacklist dalam CTOS dan CCRIS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 12:04 PM | Show all posts
say no to peminjam yg nak jadikan diri kita penjamin..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 03:03 PM | Show all posts
medangmru replied at 5-10-2015 12:04 PM
say no to peminjam yg nak jadikan diri kita penjamin..........

macamana pula kalau penjamin untuk pinjaman pendidikan ek?

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 06:25 PM | Show all posts
yeos replied at 5-10-2015 03:03 PM
macamana pula kalau penjamin untuk pinjaman pendidikan ek?

konsepnya samer.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.078767 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list