CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1711|Reply: 0

Azraai idam import seperti Rangel, Owona atau Marlon

[Copy link]
Post time 14-4-2015 06:16 PM | Show all posts |Read mode

"Kalau boleh macam Rangel, Owona atau Marlon," demikian kriteria yang diidamkan jurulatih Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah selepas diberi peluang pilih dua import baru untuk The Red Warriors (TRW).
Azraai antara individu yang bertanggungjawab membawa masuk Paulo Rangel , Jean-Emmanuel Effa Owona dan Marlon Alex James dalam kancah Liga Malaysia.

Rangel menyertai Perak pada 2013, Effa Owona menyertai Negeri Sembilan pada 2012 manakala Marlon menyertai Kedah pada 2006.

Hasil sentuhan bersama, Azraai mengecapi kejayaan bersama tiga pasukan berbeza, lantas beliau menagih import seperti itu sebagai pengganti sedia ada dalam pasukan TRW.

Skuad Kelantan kini dalam proses akhir menyingkirkan penyerang Emmanuel Kenmogne dan pemain tengah Isaac Pupo namun pencarian import baru masih berterusan sehingga jendela kedua perpindahan pemain Liga M berakhir 28 April ini.

Setakat ini, Kelantan menggunakan kesemua kuota pemain import dengan Jonathan McKain, Erwin Carrillo, Emmanuel Kenmogne dan Isaac Pupo.


www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.054698 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list