CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9830|Reply: 6

INFO : APA ITU PUISI (Gurindam, Seloka, Pantun, Syair Dan Sajak)

[Copy link]
Post time 15-4-2015 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by reeny at 17-4-2015 12:33 PM

Secara ringkas persamaan pantun, syair, seloka dan gurindam adalah dikenali sebagai puisi Melayu tradisional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden.

Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b.

Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a.
Seloka juga dikenali sebagai puisi tradisional yang disusun secara berangkap. Namun setiap rangkap tidak tetap, justeru rima akhir adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek.

Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu "Jika ada tidak dilatih/Bila besar bapanya letih"/ Rima akhir pula a-a.

Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu,  susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2015 04:30 PM | Show all posts
Istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun nama gurindam itu berasal daripada pengaruh asing, tetapi bentuk gurindam itu dicipta oleh masyarakat Melayu sendiri dan berkembang dalam tradisi lisan Melayu. Menurut Za'ba, gurindam ialah sejenis puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap.

Puisi ini mengandung fikiran yang bernas untuk tujuan memberi nasihat dan pesanan. Gurindam digubah dalam bahasa yang indah. Berikut diturunkan salah satu contoh gurindam, iaitu:
Kalau banyak berkata-kata,
Di sanalah boleh terjadi dusta.

Seloka juga berasal daripada bahasa Sanskrit, tetapi dalam bahasa Melayu seloka adalah sejenis puisi  lisan Melayu yang tiada tetap sajaknya. Puisi ini digubah bertujuan untuk menyindir, mengejek, bergurau senda dan berjenaka dengan menggunakan bahasa yang berangkap seperti yang berikut:
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 10:21 AM | Show all posts
Syair Kerinduan

Pagi-pagi beburung galak berkicauan
menyanyikan lagu melodi keriangan
aku duduk termenung sendirian
mengingati buah hati berpergian,

Mentari muncul membawa sinaran
dedaun menghijau beri ketenangan
aku berdoa sepenuh harapan
biar si dia dalam kesejahteraan,

Embun menyejat rumput kekeringan
basah disiram hujan perolakan
aku menanti sebuah kepulangan
menepis kegusaran penuh harapan,

Angin malam sepoi berpupukan
menerjah ke pipi membelai perasaan
aku sendiri mengimbau kenangan
waktu ke waktu dalam pelukan,

Terbit bulan cahaya berserakan
terang benderang menyuluh kegelapan
aku terkenang saat berduaan
memadu kasih mengenggam kesetiaan.

CNM, 16/4/15

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2015 09:46 PM | Show all posts
Seloka Rakyat

Pemimpin diangkat
tempat bergantung hajat,

parti dimartabat
pejuang nasib dari melarat,

khazanah tanah melayu hebat
beratus tahun diberi berkat,

kekayaan negara tercatat
agihan tak begitu tepat,

rakyat diayat
ekonomi dimanipulasi barat,

pemimpin menyemat
rakyat pandang terkulat-kulat,

cukai makin berat
kos hidup mencanak meningkat,

rakyat mungkin tukar pendapat
pilih yang mampu ikhlas berkhidmat.

CNM, 17/5/15

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2015 12:54 PM | Show all posts
Berikut adalah koleksi pantun klasik/tradisional yang kerap kita dengar dan dijadikan lirik  dalam lagu rakyat


( i )
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

( ii )
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

( iii )
Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Bagai anjing dengan bayang

( iv )
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

( v )
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

( vi )
Hari/Malam ini menanam jagung
Hari/Malam esok menanam serai
Hari/Malam ini kita berkampung
Hari/Malam esok kita bersurai(cerai)

( vii )
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

( viii )
Dua tiga kucing berlari
Mana nak (Masakan/Manakan) sama si kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Mana nak (Masakan/Manakan) sama adik seorang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 03:27 PM | Show all posts
malaysia tanah airku
negara merdeka lagi berdaulat
rakyat makmur aman sentosa

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-5-2015 02:28 PM | Show all posts
Edited by reeny at 22-5-2015 02:30 PM

Inilah puisi pertama yang reen baca suatu ketika dulu sewaktu di sekolah rendah...

KE MAKAM BONDA
Oleh : Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

Sumber : http://www.karyapuisi.com/2010/0 ... .html#ixzz3aqWYEmr8

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.084305 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list