CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1772|Reply: 0

Apa sudah jadi dengan bola sepak kita?

[Copy link]
Post time 27-4-2015 07:57 AM | Show all posts |Read mode


Johor Darul Takzim (JDT) kecewa sikap penyokong Perak yang mengepung mereka di luar stadium, Persatuan Bola Sepak Negeri Perak (PAFA) pula memfailkan aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran tindakan penyokong JDT yang dikatakan telah membaling besi ke arah penyokong Perak.
Sejurus tamat perlawanan diantara kedua pasukan, penyokong JDT telah diarahkan turun ke padang ekoran insiden provokasi yang berlaku selepas segelintir penyokong The Bos Gaurus sedang menunggu diluar perkarangan tempat masuk utama stadium.

JDT hanya dibenarkan balik sekitar jam 12.30 malam dan mereka terpaksa menaiki bas Pasukan Persekutuan Simpanan (FRU) tatkala bas mereka telah dirosakkan.

Disamping itu, Setiausaha PAFA Abdul Aziz Yeop Jamaluddin pula berkata beliau melihat sendiri penyokong JDT membaling besi kearah tempat duduk penyokong Perak namun hanya mengena kerusi.

"Saya turut nampak penyokong JDT pergi ke arah bahagian pintu D dan mengejar penyokong kami," katanya.

Sebelum ini PAFA telah mengadakan mesyuarat untuk mengetatkan tahap keselamatan di Stadium Perak.

"Kami telah berbincang dengan polis dan telah membuat keputusan agar penyokong Perak untuk keluar dahulu dari stadium manakala penyokong JDT turun ke padang,"katanya.

Namun insiden berlaku sejurus penyokong JDT berada diatas padang.

Kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana ia langsung tidak membawa kebaikan kepada sesiapa sekadar mencemarkan nama persatuan negeri masing-masing.

Walaubagaimanapun, FAM kini harus membuat keputusan penting akan tindakan seterusnya yang harus diambil untuk menangani masalah ini.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.047317 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list