CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1807|Reply: 0

Padah penyokong liar, 3 persatuan negeri didenda

[Copy link]
Post time 27-4-2015 08:02 AM | Show all posts |Read mode
Tiga persatuan bola sepak negeri menerima padah selepas didenda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan tindakan liar penyokong mereka dalam saingan Liga Malaysia.
FAM menerusi laman sesawangnya;www.fam.org.my, menyatakana keputusan tersebut diputuskan hasil mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang diadakan, semalam.

Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) didenda sejumlah RM25,000 selepas didapati bersalah atas dua kesalahan dalam aksi Liga Super.

Kesalahan pertama adalah tindakan penyokong mereka menyalakan suar selepas tamat perlawanan menentang Selangor di Stadium Darul Makmur, 14 Feb lepas yang membawa denda RM10,000.

Kesalahan kedua adalah membaling bom asap semasa menentang Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 14 Mac lepas yang membawa denda RM15,000.

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) pula didenda sejumlah RM20,000 berikutan tindakan penyokong mereka membaling batu dan bekas minuman ke dalam padang permainan dan trek pada aksi Liga Perdana menentang Johor Darul Ta’zim II di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, 3 April lepas.

FAM turut mendenda Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sejumlah RM10,000 berikutan tindakan penyokong mereka membakar atau membaling suar semasa dan selepas perlawanan Liga Perdana menentang pasukan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, 13 Mac lepas.

Tiga persatuan itu didenda selepas didapati bersalah melanggar dua artikel yang termaktub dalam kod tatatertib FAM iaitu Artikel 42 Kod Tatatertib FAM berkenaan 'Pelanggaran berulang' dan ‘Artikel 70 para 2’ Kod Tatatertib FAM’ berkenaan 'Tanggungjawab bagi kelakuan penonton'.

Ketiga-tiga persatuan berkenaan turut diberikan amaran keras selain bakal berdepan hukuman yang lebih berat sekiranya kesalahan tersebut berulang, tegas FAM.

Badan induk bola sepak kebangsaan itu memaklumkan kesemua persatuan terlibat boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM.

sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.047501 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list