CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2990|Reply: 3

5 KELEBIHAN MINUM JUS SAYURAN SEGAR

[Copy link]
Post time 28-4-2015 10:43 AM | Show all posts |Read mode


Kanak-kanak dan dewasa sama-sama cenderung untuk mengelak daripada makan sayur-sayuran dan lebih suka makan daging atau makanan bergoreng. Daripada anda kehilangan nutrien penting yang boleh didapati dengan memakan sayur-sayuran, anda boleh memilih untuk menjadikan sayur-sayuran sebagai jus.
Membuat jus sayuran segar adalah agak mudah dan anda juga boleh mendapat semua nutrien dalam bentuk pekat. Seluruh proses membuat jus dan meminumnya mengambil masa kurang daripada 10 minit dan ia boleh menjadi sebahagian daripada rutin pagi harian anda. Bukan sahaja anda akan berasa ringan sepanjang hari, tetapi anda juga akan mendapat semua manfaat kesihatan sayur-sayuran. Berikut adalah beberapa manfaat minum jus sayur-sayuran segar:
1. Cara baik untuk detox
Jika anda banyak mengambil makanan yang kurang berkhasiat, beralih kepada jus sayur-sayuran untuk seketika akan menjadi satu penyelesaian yang bagus untuk menghilangkan semua toksin. Kandungan air dan anti-oksidan dalam sayuran membantu untuk mencuci segala toksin dari badan anda dan juga membuatkan anda lebih bertenaga dan cergas.
2. Membantu mempunyai sistem pencernaan yang baik
Jus sayur-sayuran segar mempunyai banyak serat yang membantu anda mencerna dan juga memproses semua makanan dengan cepat. Ia membuatkan anda berasa lebih ringan dan membersihkan perut anda. Serat ini juga membuatkan anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama.
3. Meningkatkan metabolisme
Jus sayuran juga bertindak sebagai kuasa tenaga. Ia memberi anda instant sugar rush dan dengan itu meningkatkan kadar metabolisme anda.
4. Sumber nutrien dan karbohidrat
Apabila anda membuat jus terus daripada sayur-sayuran segar, anda akan mendapat semua nutrien dalam sayur-sayuran tersebut. Beberapa sayur-sayuran juga merupakan sumber baik karbohidrat untuk membuatkan anda sihat dan bergerak aktif untuk masa yang lama.
5. Membantu mengurangkan berat badan
Satu lagi kelebihan besar jus sayur-sayuran adalah ia membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat. Walaupun anda boleh dikatakan mengambil diet cecair, ia adalah makanan yang kaya dengan segala-galanya. Badan anda tidak cenderung untuk menyimpan lemak yang berlaku apabila anda makan makanan pepejal. Jus adalah pilihan yang baik untuk mengurangkan berat badan tanpa mengetepikan aspek zat penting di dalam makanan.
Harus diingatkan, jangan mengambil jus sayur-sayuran dalam bentuk pekat kerana ia mungkin akan memberikan sedikit sakit perut dan rasanya mungkin agak terlalu kuat. Cairkan dengan air ataupun campurkan bersama sayur-sayuran berair yang lain.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2015 11:06 AM | Show all posts
Edited by shania at 28-4-2015 11:07 AM

kalau boleh tampal combination sayur and buah pun ok jugak...boleh kita kongsi info
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba try detox
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 10:05 AM | Show all posts
hanya mampu menelan jus sayur bernama carrot jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.054328 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list