CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2356|Reply: 0

Tiada perancangan di ATM punca Amirizdwan "angkat kaki"

[Copy link]
Post time 29-4-2015 10:35 AM | Show all posts |Read mode


Tiada perancangan dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia menjadi punca pemain pertahanan, Amirizdwan Taj Tajuddin mengambil keputusan berhijrah ke Kelantan.
Amirizdwan turut menjadi pemain keempat yang "angkat kaki" daripada skuad ATM musim ini selepas Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Fadzli Saari dan Christie Jayaseelan.

Meskipun dianggap antara tonggak utama ATM di bahagian pertahanan, dia lebih kerap memanaskan bangku simpanan musim ini. Lantas dia merasakan sudah tiba masa untuk beralih haluan demi masa depan kariernya.

"Saya rasa di sini mungkin dah tak ada perancangan untuk saya. Saya pun dah lama dekat sini, mungkin dan boleh katakan tak ada apa dah untuk saya tunjukkan. Jurulatih Shahrin pun dah empat tahun dah bersama saya jadi dia pun dah tahu selok belok saya. Mungkin saya perlu mencari angin baru untuk mendapatkan lebih banyak kompetetif game dan sebagainya.

Amirizdwan turut berkata, tiada faktor lain yang menyebabkan dia berbuat keputusan demikian.

Jendela perpindahan kedua pemain Liga Malaysia secara rasmi ditutup pada 28 April.

Amirizdwan menjelaskan, ini bukan kali pertama dia mendapat tawaran untuk bermain dengan pasukan Kelantan.

"Sebenarnya Kelantan boleh dikatakan tiap-tiap tahun ada tawar untuk balik dan selepas ada open window bulan empat ini Tan Sri ada hubungi, macam nak balik ke apa. Jadi masa itu pun saya pun macam 50/50 tak nak balik, last-last minute saya cakap, berbincang dengan Hai-O semua, saya cakap nak keluar, saya nak balik Kelantan," katanya.

Sementara itu, pengendali sementara ATM, Shahrin Majid akur dengan keputusan yang dibuat Amirizdwan.

Pada masa sama beliau menjelaskan tidak pernah menyisihkan mana-mana pemain kerana semua mereka ada dalam perancangannya

"Saya fikir jika dia merasakan dia perlukan angin baru, semangat baru untuk karier dia, ATM lepaskan dia. Memang keadaan ini apabila pemain tidak beraksi, bukan disisihkan.

"Mungkin belum masa dia pasal liga masih panjang tapi jika dia atau ada pemain yang berperasaan ingin cepat, ingin cepat, pesan saya, berada di dalam satu team, adjust diri itu, sabar, build diri itu, keyakinan, kesabaran, benda itu menguatkan sebenarnya," katanya.

Dengan ATM masih bergelut di zon penyingkiran selepas tamat sembilan perlawanan Liga Super, Shahrin kini sandarkan harapan kepada pemain sedia ada.

"Saya tidak dapat memikirkan pengganti mereka tetapi saya berharap ada beberapa pemain daripada Piala Presiden. Saya rasa mungkin saya boleh beri pendedahan dan sedikit ilmu dan tunjuk ajar untuk mereka matang dan mengambil tanggungjawab sebagai pemain Liga Super.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.052309 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list