CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2846|Reply: 0

JDT pastikan kemaraan

[Copy link]
Post time 30-4-2015 04:40 PM | Show all posts |Read mode


Penyerang Mohd. Amri Yahyah meledakkan gol kemenangan pada minit ke-7 untuk memastikan kedudukan Johor Darul Ta'zim di puncak Kumpulan F Piala AFC dalam pertembungan dengan East Bengal FC di Stadium Salt Lakex.
Pasukan tuan rumah, Eelco Schattorie sekali lagi mengelak daripada menurunkan kesebelasan utamanya untuk memberi kelebihan kepada pasukan Harimau Selatan dalam suasana hujan lebih sepanjang perlawanan.

JDT menurunkan Luciano Figueroa dan Amri Yahyah untuk mengetuai jentera serangan pasukan, sementara pemain import dari Singapura, Hariss Harun beroperasi dibahagian sayap kiri.

JDT hanya memerlukan tujuh minit untuk memecah kebuntuan perlawanan apabila Hariss Harun meluru dari sebelah kiri untuk melorongkan bola ke arah Amri yang mudah menyudahkan umpanan tersebut.

Selepas itu, perlawanan terpaksa ditangguhkan ketika perlawanan berusia 30 minit ekoran hujan lebat beserta kilat yang melanda.

Kemenangan itu memberikan JDT 12 mata daripada lima perlawanan manakala East Bengal tersingkir dengan hanya empat mata daripada empat perlawanan.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.061103 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list