CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3057|Reply: 15

William anak istimewa ‘Mat Saleh’ Orang Asli Jakun

[Copy link]
Post time 6-5-2015 06:27 AM | Show all posts |Read mode

ROMPIN: Dilahirkan dengan warna kulit yang berbeza daripada kanak-kanak Orang Asli lain yang seusia dengannya boleh dikatakan menjadi keistimewaan buat Sakiran Zamani.
Kanak-kanak itu yang dilahirkan dalam keluarga Orang Asli berketurunan Jakun, kini sudah berusia 11 tahun dan hanya berbaki setahun lagi untuk dia menamatkan pengajian di Sekolah Rendah Rancangan Penyusunan Semula (RPS) Kedaik.
Sakiran berkata, dia tidak kisah digelar ‘Mat Saleh’ kerana warna kulitnya yang putih melepak dan berambut perang.
“Saya tak kisah dipanggil ‘Mat Saleh’ sebab cikgu saya pun panggil saya begitu dan semua orang yang baru bertemu dengan saya pun mesti kehairanan.
“Ramai juga yang bertanya, sama ada saya ini anak ‘Mat Saleh’ campuran atau tidak, tetapi saya bukannya ‘Mat Saleh’. Saya berbangga dilahirkan sebagai Orang Asli,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post di Kampung Tanam, Rompin, Pahang.
Bapanya, Zamani Dogol, 34, berkata, Sakiran merupakan seorang anak yang periang, aktif dan tekun belajar. Malah dia juga cukup dikenali di sekolah dan di sekitar kawasan kampung tempat tinggal mereka sekeluarga kerana Sakiran mudah mesra dengan orang ramai.
“Sakiran seorang anak yang istimewa. Walaupun dia lahir dalam keluarga Orang Asli berketurunan Jakun yang cukup dikenali dengan warna kulit sawo matang, warna kulitnya yang putih macam ‘Mat Saleh’ itu menjadi satu petunjuk dan bukti kekuasaan tuhan kepada penduduk setempat.
“Mungkin di kampung lain, Orang Asli yang mempunyai warna kulit putih dianggap pelik kerana ia jarang berlaku tetapi di kampung saya, ia tidak pelik kerana di sini ada enam orang termasuk anak saya dilahirkan dengan warna kulit putih dan berambut perang. Sejak lahir rupa mereka sudah macam muka ‘Mat Saleh’. Semua ini kuasa tuhan,” katanya.
Mat Salleh cukup bangga memiliki anak yang istimewa, William.
Menurutnya, dia terkejut juga apabila melihat Sakiran buat pertama kali ketika menyambut kelahirannya pada 2 April 2004 di Hospital Muadzam Shah kerana dia kelihatan berbeza dengan kanak-kanak Orang Asli lain.
“Masa dia lahir dulu, terkejut juga tiba-tiba dapat anak kulit putih macam anak ‘Mat Saleh’. Ramai juga yang bertanya mengenai anak saya ini, sama ada dia anak ‘Mat Saleh’ atau tidak. Namun memandangkan di kampung ini, ada juga anak yang dilahirkan macam ‘Mat Saleh’ seperti dia, saya tidaklah rasa hairan sangat kerana anak saya ini merupakan yang keempat dilahirkan dengan warna kulit seperti orang kulit putih.
“Doktor kata anak saya lahir secara normal tanpa sebarang penyakit cuma warna kulitnya sahaja yang sedikit berbeza dan unik. Kini Sakiran belajar di Tahun 5. Semua cikgu dan rakannya suka kepada Sakiran kerana dia seorang anak yang baik,” katanya.
Zamani berkata, selepas Sakiran dilahirkan, isterinya, Roswani Wahab, 27, melahirkan pula anak kedua, Nor Asira Zamani yang kini berusia empat tahun.
Bagaimanapun, anak keduanya itu dilahirkan dengan warna kulit sawo matang seperti kanak-kanak Orang Asli lain.
“Masa isteri saya sedang mengandungkan Sakiran, dia ada mengidam nak makan buah rawa. Pokok rawa ini tumbuh liar di dalam hutan dan buahnya pula berbentuk seperti buah mempelam tetapi apabila ia masak, warnanya akan bertukar dari hijau ke warna merah seperti jambu air.
“Di kampung ini ada enam orang kelihatan seperti ‘Mat Saleh’ termasuk anak saya. Ada tiga wanita dan tiga lelaki. Salah seorang daripadanya merupakan adik ipar saya dan dia juga melahirkan anak berkulit putih sepertinya,” katanya.
Bagi pasangan suami isteri, Mat Salleh, 21, dan Ana Shiman, 17, pula, mereka berdua memberitahu bahawa, mereka redha dengan ketentuan Ilahi.
Ujar Mat Salleh, walaupun kelahiran anak ‘Mat Saleh’ Jakun di Kampung Tanam dianggap pelik kerana mereka amat berbeza jika dibandingkan dengan anak-anak Orang Asli lain tetapi baginya, ia merupakan satu rahmat yang dikurniakan tuhan kepada mereka sekeluarga.
“Isteri saya dengan isteri Zamani merupakan adik-beradik. Isteri saya lahir berkulit cerah dan isteri Zamani pula lahir berkulit sawo matang. Berkulit putih atau berkulit sawo matang, dua-dua merupakan kurniaan tuhan dan kita selaku hamba-Nya perlulah bersyukur dengan pemberiannya kerana kedua-dua warna kulit itu cantik.
“Jika warna kulit putih nampak cantik, mereka yang berkulit sawo matang pula kelihatan manis. Saya bersyukur keluarga saya diberikan kelebihan ini. Oleh kerana warna kulit isteri dan anak saya sedikit berbeza, mereka berdua dikenali ramai dan ‘Mat Saleh’ lain di kampung ini juga disukai penduduk setempat,” katanya.
Beliau berkata, anaknya William Mat Salleh kini sudah berusia setahun enam bulan dan dia dilahirkan di Hospital Muadzam Shah.
“Saya tidak terkejut apabila isteri saya melahirkan anak berkulit putih kerana Ana juga dilahirkan berkulit seperti ‘Mat Saleh’.
“Macam keluarga ‘Mat Saleh’ lain di kampung ini, mereka juga melahirkan anak berselang-seli warnanya. Anak yang pertama lahir berkulit putih, yang kedua warna kulitnya sawo matang dan yang ketiga putih kembali,” katanya.
Tambahnya, kelahiran anak ‘Mat Saleh’ di Kampung Tanam bukanlah suatu yang pelik kerana yang lebih menghairankannya adalah mereka yang mengubah pemberian Tuhan.
“Saya tak hairan anak atau isteri saya lahir macam ‘Mat Saleh’ kerana mereka memang lahir seperti itu. Yang saya hairan adalah kenapa ada sesetengah orang itu, mereka mengubah pemberian tuhan.
“Yang berambut hitam diwarnakannya dengan warna perang untuk kelihatan seperti ‘Mat Saleh’ tetapi apa yang mereka buat itu bukanlah suatu tindakan yang bijak kerana tiada apa yang boleh dibanggakan jika kamu berambut perang atau berkulit putih atau sawo kerana semua itu pemberian tuhan. Apa yang tuhan beri itu, tidak perlulah diubah kerana apa yang mereka ubah itu sebenarnya nampak lebih hodoh dari yang asal,” katanya. – TRP


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2015 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
SubhanAllah
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 10:16 AM | Show all posts
klu albino lagi putih kan??

ke ada mat salleh curik-curik masuk kampung pastu rogol pompuan asli ni??
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 10:33 AM | Show all posts
nak tgk  gambarrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
nak gambarrrr
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 03:50 PM | Show all posts
alamak aku duk pikir bermukah dengn org putih plk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2015 09:08 PM | Show all posts
gambar takdeeee

mesti comel kan William ni?

Hai Adik!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 11:30 PM | Show all posts
aku xnmpak pon gambo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2017 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mat saleh??mat asli??
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tk nampak pun gambo
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 03:11 AM | Show all posts

Hadoi...

[AceHand SPECTaceLAR]

Panjangnya nak baca ni...



Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 03:10 PM | Show all posts
mne gmbrnye??
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lor igt ade gmbr... x mustahil... Kuasa Allah
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 04:31 PM | Show all posts
mana gambar?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Wowww, unnseen
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2017 02:10 AM | Show all posts

Hah! Hah! Hah!

prettyuglybabe replied at 6-5-2015 10:16 AM
klu albino lagi putih kan??

ke ada mat salleh curik-curik masuk kampung pastu rogol pompuan asli  ...

[AceHand SPECTaceLAR]

Gilo...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.056804 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list