CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2057|Reply: 7

[Tempatan] Pernah hasilkan keris nilai RM45,000 pun nak bagi tahu

[Copy link]
Post time 1-6-2015 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Pernah hasilkan keris nilai RM45,000

http://www.sinarharian.com.my/po ... cape_490/image.jpeg

LEBIH dari hanya sekadar senjata, keris sudah menjadi satu lambang semangat kepahlawanan dan ketuanan Melayu sejak zaman berzaman.

Malahan, apabila disebut sahaja keris, pastinya ramai yang akan terbayangkan kehandalan Laksamana Hang Tuah bersama keris Taming Sarinya, suatu gambaran yang pasti sering dikaitkan dengan senjata tradisional ini.

Meskipun memainkan peranan penting dalam hampir setiap aspek kehidupan masyarakat Melayu sebelum ini, signifikan keris kini sudah semakin terhakis seolah-olah kian ditelan kederasan arus pemodenan semasa.

Apa yang turut dibimbangi adalah kepakaran pembuatan keris sudah semakin lenyap bilamana golongan muda seolah tidak lagi berminat meneruskan seni berzaman ini, apatah lagi ramai dalam kalangan mereka yang langsung tidak pernah didedahkan dengan proses pembuatan keris.

Bagaimanapun, Zailani Mohamad, 40, berjaya membuktikan semangat dan minat itu sudah memadai untuk terus memastikan proses pembuatan keris dapat dipertahankan.


Bidan terjun

Menceritakan detik permulaan beliau terbabit dalam pembuatan keris, Zailani berkata, pembabitannya bermula secara tidak sengaja apabila diminta mewakili Melaka untuk membuat demonstrasi pembuatan keris di Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay.

Walaupun tanpa sebarang pengetahuan dalam pembuatan keris serta tidak mempunyai peralatan yang diperlukan, dia bertekad untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu.

“Dengan hanya berbaki dua hari sebelum bermulanya demonstrasi itu, saya berjumpa seorang pakar pembuat keris, di mana saya diajar cara mengetuk dan membentuk besi hanya dalam masa dua jam.

“Sekali pandang orang sudah dapat mengagak yang saya ni tiada pengalaman dalam membuat keris ini,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Zailani, dia tidak pulang dari Kuala Lumpur dengan tangan kosong kerana beberapa pembuat keris lain yang turut mengambil bahagian tidak lokek berkongsi pengetahuan dengannya.

Berbekalkan pengalamannya di Kuala Lumpur, sekembalinya Zailani ke Melaka, dia terus membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam pembuatan keris sepenuh masa di bengkel kerisnya di Kampung Morten.

Kesungguhan Zailami untuk berjaya dalam kerjaya yang dipilihnya ini membuatkannya mengambil keputusan untuk mendalami proses pembuatan keris tradisional dengan pakar pembuat keris di Kelantan, sebuah negeri yang sering dikaitkan dengan sejarah pembuatan keris di Malaysia.


Proses rumit

Proses pembuatan keris bukanlah suatu proses yang mudah kerana ia agak rumit dan mengambil masa untuk disiapkan.

“Untuk mendapatkan bentuk sahaja mengambil masa kira-kira dua hari. Itu belum lagi proses mencanai untuk mendapat kerataan pada bahagian sisi keris yang biasanya akan mengambil masa sehingga sehari,” kata Zailani, sambil menambah, masa yang diperlukan untuk menyiapkan sebuah keris bergantung kepada saiz keris berkenaan.

Keris yang sering kali dihasilkannya merupakan keris dengan panjang antara 18cm (tujuh inci) dan 23cm (sembilan inci) serta keris 13cm yang sering digunakan untuk latihan silat.
“Keris paling besar yang pernah saya hasilkan adalah sepanjang 38cm iaitu replika keris Taming Sari,” katanya.

Keris paling mahal yang pernah dihasilkan Zailani adalah berharga RM45,000.

“Keris ini jauh lebih mahal berbanding keris lain kerana keris ini dibuat menggunakan 100 peratus besi tahi bintang,” katanya.

Kerumitan proses pembuatan keris ini, menurut Zailani, banyak disebabkan hakikat bahawa banyak proses pembuatannya masih menggunakan cara lama dan bukannya bergantung semata-mata pada mesin atau peralatan moden.

Menurutnya, walaupun dia ada menggunakan mesin terutama grinder untuk mempercepatkan proses pembuatan, majoriti proses pembuatan keris masih menggunakan tangan dan kudratnya.

“Mengetuk besi bagi mendapatkan bentuknya serta proses mencanai masih lagi gunakan tangan. Walaupun proses ini boleh menggunakan mesin, namun dengan mesin, kita tidak akan dapat kerataan yang sama pada keris,” katanya.


Kualiti keris

Bagi Zailani, mendapatkan bekalan besi untuk dibuat keris tidaklah sukar kerana banyak barangan besi yang boleh digunakan untuk dijadikan keris.

Bagaimanapun, katanya, besi berkenaan perlu dibakar untuk tempoh lama bagi menghilangkan elemen lain dalam besi berkenaan supaya besi yang terhasil adalah asli.

Selain bergantung kepada besi dari sumber moden, Zailani turut menggunakan besi yang diperoleh dari bangunan-bangunan lama, yang mana menurutnya, mempunyai kandungan besi yang jauh lebih bermutu.

“Walaupun Melaka mempunyai banyak bangunan lama dengan besi-besi lama yang sudah tidak dipakai, namun jumlahnya sudah semakin berkurangan,” katanya.
Masa hadapan

Mengakui minat orang ramai terhadap keris sudah semakin berkurangan, namun bagi Zailani permintaannya masih ada terutama dalam kalangan penggemar keris serta busana silat.

Meskipun minat golongan muda dalam seni pembuatan keris ini sudah semakin berkurangan, namun Zailani yakin akan ada pengganti yang akan muncul nanti, walaupun jumlahnya tidak ramai.

Menurutnya, walaupun dia sendiri mempunyai sembilan orang anak, namun sehingga kini, tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang menunjukkan minat ingin meneruskan apa yang dilakukannya.

“Orang muda sekarang mempunyai terlalu banyak cara untuk menghabiskan masa mereka...dengan internet, telefon bimbit, tab dan sebagainya.

“Mereka tidak lagi berminat menghabiskan masa mempelajari cara pembuatan keris. Kalau ada pun mungkin tidak ramai,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/ed ... i-rm45-000-1.396123

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2015 06:46 PM | Show all posts
berita dlm sinar memang tah apa aper jer
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 07:18 PM | Show all posts
Giler tak bangga, dia kimpal keris pakai besi meteor rega RM45K. Pompuan tgok drama tv3 7pm maner tau nak nilai benda2 cool gini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 07:44 PM | Show all posts
mana beliau kutip tahi bintang?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar betul tahik bintang?jubor mana dia korek tu??
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 08:10 PM | Show all posts
tahi bintang  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2015 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau buat keris pakai tangan or keris picit baru la canang. Setakat 45000 keris UMNO tu pun lebih lagi. Sang saka ke apa nama nya.  Yg tak boleh kucup lg dah sekarang. lol
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan drama tv3...ayat x menahan..lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.077641 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list