CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1090|Reply: 1

[Tempatan] tak habis2 berunding... kesian ummah kelantan

[Copy link]
Post time 1-6-2015 06:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahVOK at 1-6-2015 06:55 PM

Kelantan masih berunding serah projek lebuh raya
1 Jun 2015



KOTA BHARU - Kelantan masih lagi berunding tentang kemungkinan menyerahkan projek pembinaan Lebuhraya Rakyat kepada kerajaan Persekutuan, kata Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad.

Hanifa berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai apa-apa masalah dengan projek itu tetapi kerajaan Persekutuan dilihat memahami dan merasakan Kelantan mungkin terbeban dengan projek itu dan mahu membantu.

Jika projek berkenaan diserahkan kepada kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri hanya akan menyiapkan projek Lebuhraya Rakyat sepanjang 10 kilometer dari Bukit Tiu, Machang ke Kampung Berangan Mek Nab, juga di Machang, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

"Bakinya sepanjang 20.5 kilometer lagi mungkin akan disiapkan oleh kerajaan Persekutuan iaitu dari Kampung Berangan Mek Nab di Machang ke Dusun Damar di Kuala Krai," jelas beliau.

Beliau diminta mengulas laporan yang menyebut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan kemungkinan kerajaan negeri menyerahkan projek pembinaan itu kepada pusat untuk disiapkan.

Hanifa berkata, setakat ini kerja meratakan tanah untuk lebuh raya itu telah dilakukan sejauh lima kilometer.

Kerajaan Kelantan melancarkan pembinaan Lebuhraya Rakyat sepanjang 30.5 kilometer dari Bukit Bakar, Machang hingga Dusun Damar, Kuala Krai itu pada Ogos tahun lepas.

Projek berkenaan dianggar menelan belanja RM854 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2017. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/ed ... lebuh-raya-1.396479
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2015 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat jer la ketapi laju..dr dok buat hway dkt2 mcm 2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.050018 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list