CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1518|Reply: 0

SKUAD SKUASY NEGARA LEPASI PUSINGAN AWAL

[Copy link]
Post time 12-6-2015 08:59 AM | Show all posts |Read mode


Skuad muda negara memulakan kempen untuk menambah dua butir emas dalam acara skuasy berpasukan apabila memperagakan aksi terpuji pada perlawanan kumpulan A di Sukan SEA ke-28 di Pusat Skuasy Kallang di hari ini.
Skuad lelaki diterajui oleh pemenang emas acara individu, Sanjay Singh Chal dengan mudah melakarkan kemenangan 3-0 ke atas Filipina manakala skuad wanita diketuai oleh pemenang emas acara individu, Rachel Arnold, menewaskan Thailand dengan keputusan sama.

Rachel, yang membuat penampilan pertama dalam temasya Sukan SEA,  hanya memerlukan masa 17 minit untuk menyumbang mata pertama apabila menewaskan wakil Thailand, A. Prasertratanakul dengan keputusan 11-3, 11-3 dan 11-6.

Teh Min Jie menghadiahkan mata kedua negara selepas mengalahkan Tuddaw Thamronglarb dengan 11-1, 11-5 dan 11-0 manakala Zulhijjah Azan mengesahkan kemenangan mutlak negara dengan mengetepikan Panisa Suwanarat, 11-5, 11-4 dan 11-0.

Dalam kategori lelaki, Sanjay menampilkan aksi menarik untuk mata pertama negara dengan mengalahkan pemain Filipina, David W. Pelino 11-1, 11-0 dan 11-5.

Mohd Syafiq Mohd Kamal menyumbang mata kedua dengan mengalahkan Ricky Espinola 11-6, 13-11 dan 11-1 sebelum Valentino Bong mengesahkan mata penentuan dengan menyingkirkan Robert A. Garcia dengan keputusan 11-5, 11-7 dan 11-0.

Skuad wanita negara akan bertemu dengan Myanmar manakala skuad lelaki berdepan dengan Thailand pada perlawanan terakhir kumpulan, esok.

stadiumastro


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.052327 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list