View: 3325|Reply: 12
|
Penceraian termahal dunia
[Copy link]
|
|
![](http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2015/0614/Kosmo/Dunia/du_03.1.jpg)
GAMBAR saat-saat bahagia Natalia dan Vladimir semasa bercuti di Jordan pada tahun 2010. - AGENSI
MOSCOW – Isteri kepada seorang bilionair Rusia akan membuat tuntutan separuh daripada £10 bilion (RM58.3 bilion) kekayaan suaminya sekali gus bakal mencatat perceraian termahal di dunia, lapor MailOnline.
Kes tuntutan Natalia Potanina terhadap Vladimir Potanin yang dikurniakan tiga orang cahaya mata hasil perkongsian hidup selama 30 tahun akan dibicarakan di mahkamah Moscow bermula 1 Julai ini.
Vladimir, 54, yang merupakan pemilik syarikat perlombongan dan pelaburan melahirkan hasrat untuk menceraikan Natalia kerana dia mempunyai hubungan dengan seorang wanita lain dan turut mempunyai dua anak.
“Dia memberitahu hasrat untuk bercerai pada satu majlis makan malam bersama anak-anak kami. Saya tidak menjangka perkara ini berlaku, malah tidak sanggup untuk memikirkannya,” luah Natalia.
Sebelum ini, Vladimir menawarkan kepada Natalia wang £32 juta (RM186 juta) berserta elaun tetapi ditolak dan menuntut separuh daripada kekayaannya.
Tawaran itu termasuk elaun bulanan £250,000 (RM1.45 juta) serta rumah di Moscow, London dan New York.
Bagaimanapun, Natalia menuntut 15 peratus saham di syarikat milik Vladimir iaitu Norilsk Nickel selain pegangan di syarikat Interros International.
Natalia mendakwa mereka sudah tidak tinggal bersama sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau macam tu, perceraian dengan orang kaya ni boleh buat bisnes ni. untung sapa2 yang kawen dengan orang kaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas tu bagi aku sejuta cukup lah... ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Dpt bulan2 bejuta pun xmau lagi... ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Aku inga putin tadi..nama mcm sama..muka pun iras2...caitttt ![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kalo gini punya penceraian..iols rela jer...![](static/image/smiley/default/shy.gif)
cinta tak boleh dipaksa..tapi boleh cari lain..![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ko hado 58billion .. pastu ko cuma nak bagi 186 juta je tuk ceraikan bini ko yg ko dah kawini selama 30 thn .. emak kpd 3 org anak ko. mmg tak la dia nak terima. kalau aku pun .. cari the best ever lawyer .. dan bogelkan si laki kaw sampai dia tak de harta. tengok la .. pompuan simpanan dia nak tak kawin dgn laki tu pastu. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh dapat 5 billion buat apa nak amik juta2. ![](static/image/smiley/default/3drool.gif)
lepas cerai cari la anak ikan, harta yg ada pun tak habis makan ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
puan natalia meh la masuk bod FD.. bole mnta khidmat nasihat dpd kami..![](static/image/smiley/default/shy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
ppeerrggghhhhh!!! selagi boleh tuntut...tuntut.
klu iols jd sheols pun iols buat benda yg sama ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tah nye
bkn psl duit sgt pun
lebih kpd kasi ajar sket
|
|
|
|
|
|
|
|
kaaan. mmg seharusnya diajar. setakat 180+ juta tu rasanya cukup je tuk makan minum berjoli2 sampai mati. tapi ni nak bagi "rasain loe" gituh.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|