CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4794|Reply: 11

Negara Waktu Berpuasa Paling Lama Dan Paling Singkat Bagi Tahun 2015

[Copy link]
Post time 22-6-2015 11:50 AM | Show all posts |Read mode


Puasa paling lama

Dalam sejarah, waktu paling lama puasa Ramadhan terjadi di Iceland iaitu 21 jam 57 minit atau hampir 22 jam. Kedua di Sweden dengan 20 jam 57 minit atau hampir 21 jam.

Bagi Ramadhan 2015, seperti yang dipetik dari laman Emirates 24/7 pada Rabu, 17 Jun 2015, waktu puasa terpanjang akan berlaku di Denmark dengan 21 jam, namun ia tidak akan menjadi rekod puasa terpanjang.

Iceland berada di kedudukan kedua dengan kira-kira 20 jam, bersama Sweden dan Norway. Diikiti Belanda dan Belgium dengan 18 jam 30 minit.



Puasa di Sepanyol akan berlangsung selama 17 jam 30 minit, lalu di UK dan Jerman 16 jam dan 30 minit. Sementara Amerika Syarikat (AS), Perancis, dan Itali ‘hanya’ berlangsung selama 16 jam.

Menurut para ahli astronomi, bahagian utara bumi bukan sahaja akan mengalami tempoh terpanjang puasa, tapi juga yang paling panas sekurang-kurangnya dalam 33 tahun terakhir untuk Ramadhan ini.

Ramadhan 2015 juga disebut akan menjadi yang paling panas dalam sejarah masa kini, dengan banyak negara kini mengalami musim panas yang ekstrem, seperti India yang mengalami suhu sehingga 50 darjah celsius.

Tetapi musim panas di India tidak akan menjadi yang paling teruk, kerana suhu di sebahagian wilayah Arab Saudi, disebut akan mencapai 65 darjah celsius.

Puasa paling singkat

Bagi Ramadhan 2015, tempoh puasa paling pendek di Argentina dengan hanya sembilan jam. Australia berpuasa selama sepuluh jam, Afrika Selatan 10 jam 30 minit, dan Brazil 11 jam.



Di Asia, waktu puasa akan berbeza-beza antara 13 jam hingga 14 jam 30 minit.

Tempoh puasa di Mesir akan menjadi yang terpanjang di kawasan Timur Tengah dengan 16 jam.

Negara-negara Arab seperti Bahrain, Arab Saudi, Tunisia dan Palestin akan berlangsung 15 jam. Sudan akan menjadi negara Arab paling pendek tempoh puasanya ‘hanya’ 14 jam.

Kredit: Realitiabadi



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2015 11:59 AM | Show all posts
pernah masa diLondon dulu, berpuasa dari jam 3 pagi dan berbuka pada jam 10 mlm.....jenuhnya nak tunggu waktu berbuka.  Yg bestnya bila berpuasa waktu winter.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 01:02 PM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 22-6-2015 11:59 AM
pernah masa diLondon dulu, berpuasa dari jam 3 pagi dan berbuka pada jam 10 mlm.....jenuhnya nak tun ...

lamanyaa.... huhu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 02:09 PM | Show all posts
teringin nak merasa berpuasa di obersea... msti tingat kampung kan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 02:19 PM | Show all posts
adik dkt belgium sekarang...sahur 3pagi...berbuka 10malam..dhla tengah game kelayakan olimpik...jenuh le kena ganti lepas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 03:51 PM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 22-6-2015 11:59 AM
pernah masa diLondon dulu, berpuasa dari jam 3 pagi dan berbuka pada jam 10 mlm.....jenuhnya nak tun ...

Nasib baik tak merasa puasa masa summer dulu...masa winter best kan, pukul 4 lebih dah boleh berbuka, pukul 8 dah setel tarawih pukul 6.30 boleh makan lagi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2015 08:31 PM | Show all posts
alphawolf replied at 23-6-2015 03:51 PM
Nasib baik tak merasa puasa masa summer dulu...masa winter best kan, pukul 4 lebih dah boleh berbu ...

betul...betul....masa winter lah paling best kalau nak ganti puasa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 09:33 PM | Show all posts
Time winter ok je kalau puasa yang tak menahannya kalau time summer dengan panas keringnya betul2 menguji keimanan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2015 02:33 PM | Show all posts
lamanyaa....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 03:30 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 23-6-2015 09:33 PM
Time winter ok je kalau puasa yang tak menahannya kalau time summer dengan panas keringnya betul2 me ...

Tu tak campur dressing orang tempatan lagi...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 02:59 PM | Show all posts
wowwww menggugat iman org sebelah iceland kan.. tp mungkin dlm kesukaran ada kelebihannya.. lebih pahala kerana menahan sabar
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 12:43 PM | Show all posts
alphawolf replied at 23-6-2015 03:51 PM
Nasib baik tak merasa puasa masa summer dulu...masa winter best kan, pukul 4 lebih dah boleh berbu ...

jap tak paham..kol 8 habes terawih kol 6.30 boleh mkn lagi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.062713 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list