CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6680|Reply: 32

[Tempatan] Edisi Wrestling:Hentak Kepala Warga Emas Hanya Kerana "Tak Bagi Jalan"

[Copy link]
Post time 30-6-2015 07:18 AM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA - Video seorang pemandu lelaki mengasari pemandu warga emas di USJ 1, belakang Summit USJ, tersebar di laman Facebook sejak malam tadi.

Video berdurasi 3 minit 56 saat itu berjaya dirakam oleh videocam seorang pemandu yang kebetulan melalui jalan yang sama.








Pemandu Nissan Sentra ST5199F itu dilihat tidak berpuas hati dengan pemandu warga emas yang memandu kereta Ford Laser WBF9352,

Kejadian itu dipercayai berpunca dari mangsa yang tidak menyedari kereta Nissan di sebelah kiri hendak memotong keretanya. Justeru lelaki itu menganggap mangsa sengaja tidak mahu memberikannya ruang untuk memotong.

Berang dengan tindakan mangsa, lelaki itu mula bertikam lidah dengan mangsa.

Sebaik kereta mangsa berhenti untuk beratur mengambil giliran membuat pusingan U, lelaki itu keluar dari kereta dan bertikam lidah dengan mangsa sekali lagi. Berang dengan dengan lelaki tua itu, dia terus meluru ke arah mangsa dan menarik rambutnya sebelum kembali buat kali kedua menolak muka mangsa.

Bagaimanapun, seorang lelaki berbaju merah yang menyaksikan kejadian itu segera membantu mangsa dan menahan pemandu Nissan itu dari terus bertindak ganas.

Malangnya, tindakan lelaki baju merah itu pula mengundang rasa tidak puas hati isteri dan anak kepada pemandu Nissan berkenaan.

Namun, antara babak yang paling menarik sekali ialah:



Pengguna jalan raya dinasihatkan tidak bertindak melulu dan memandulah dengan berhemah. Tiada gunanya bergaduh hanya kerana sebatang jalan atau hanya kerana ingin cepat. Pandu cermat, jiwa selamat. - THEHYPEMEDIA.COM


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 07:26 AM | Show all posts
masalah betoi laa puak nie.....berhemah laa sikit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2015 07:33 AM | Show all posts
Gaduh sampai bawa keluar kerambit
Wartawan Sinar Harian
                                 29 Jun 2015                 


  •                                                                              Sedutan video menunjukkan senjata yang didakwa sebuah kerambit (bulatan merah).


    [url=]
[/url]                 




        SHAH ALAM - Sebuah video yang dimuatnaik kurang 24 jam lepas menampilkan seorang lelaki berbaju belang menggertak dan memukul seorang pengguna jalan raya kini viral.

        Dalam kejadian yang didakwa berlaku di USJ 1, Subang Jaya semalam, lelaki berkenaan juga dilihat membawa keluar sebuah senjata, disyaki sebuah kerambit.

        Keadaan tersebut berterusan dengan pergaduhan mulut, sebelum lelaki berbaju belang berkenaan memukul kepala mangsa.

        Seorang lagi lelaki yang berbaju merah kemudian dilihat cuba meleraikan pergaduhan dengan memegang lelaki berbaju belang terbabit.

        Sementara itu, dua orang wanita juga keluar dari kereta yang dipandu lelaki berbaju belang berkenaan untuk membantu meleraikan pergaduhan.

        Punca kejadian tersebut bagaimanapun gagal dipastikan.

        Video tersebut kini sudah ditonton lebih 30,000 pelayar dan rata-rata mengecam tindakan samseng lelaki berbaju belang berkenaan.

        "Walau apapun punca kejadian, anda tidak berhak untuk memukul pengguna jalanraya yang lain!" kata Muammar.

        "Dah boleh dituduh (atas) menghalang lalu lintas, dituduh memukul orang. Fuh boleh tidur (dalam) lokap ni. Ajarkan sikit dan maklum 1 Malaysia biar orang tahu undang-undang. Bukan suka hati je nak pukul orang," kata Ahmad.

        "Kelakar apabila isteri (lelaki berbaju belang) keluar untuk bantu suaminya tapi tidak keluar untuk menghalang suaminya memegang kepala mangsa," kata Lee

http://www.sinarharian.com.my/semasa/gaduh-sampai-bawa-keluar-kerambit-1.405893


Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 07:33 AM | Show all posts
tak phm... apa babak plg menarik tu???? kenapa ngan lelaki dlm bulatan tu????
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 07:37 AM | Show all posts
ape yg menarik????sape lelaki dlm butalan tu??????
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 07:40 AM | Show all posts
lelaki dlm bulatan tu maybe tersadung kut

haishh umat Islam yang puasa, kaum lain pula yang kena serang angin baran mcm dia yang tak makan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2015 07:56 AM | Show all posts
adekah kerana GST maka masing2 cepat naik angin?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 08:01 AM | Show all posts
Namun, antara babak yang paling menarik sekali ialah...

Apakah babak yang menarik ittewwww????? adakah lelaki ittew tgh membaling batu kearah dua lelaki yang tgh bergaduh ittewww???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 08:47 AM | Show all posts
biasa la tu. warga emas bawak slow2. cermin belakang pun xbrapa nampak
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 08:48 AM | Show all posts
babak paling menarik ialah bila lelaki tu terpeleot pijak lubang dan kontrol macho
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 08:51 AM | Show all posts
video mana video....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Babak menarik lelaki tu main tengteng kot

jln2 kat msia ni mmg buat org hilang sabar je..dgn jem, jln rosak, jln berlubang, dah elok bertar licin..tetiba korek balik..tar x rata...mana x angin satu bdn... Btw ni wrestling apek dgn apek kah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 08:55 AM | Show all posts
lambat lak keluar info pasal pemandu tu..selalu cepat je keluar info peribadi lepas ada kes..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 09:46 AM | Show all posts
palig geli hati bila ank pompuan dia kuar dari kete..
ingatkan nak jadi kiki..
last-last garuk kepala je kat tepi
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:24 AM | Show all posts
babak paling menarik:-
lelaki dalam bulatan itu cuba mencabul awek tembam berbaju kuning...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 11:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 11:22 AM | Show all posts
Moral: jgn buat pasal di jlnraya sebab skrg ramai org ada dashcam!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Abang baju merah tu polis ke. Gaya macam polis je.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 12:45 PM | Show all posts
tayah nak sam the seng sangat la... bajet jeee...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 04:45 PM | Show all posts
menakutkan betul orang malaysia ni punya baran lately
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.082705 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list