#JendelaRamadan: Baju kurung kontemporari mencabul tradisi?
Baju Melayu memang terhakis, namun tidak akan pupus - Zubaidah Sual, aktivis harta budaya Melayu. - Gambar Ihsan Zubaidah Sual
The content may have been removed, or is temporarily unavailable.
We apologize for the inconvenience. Please try again later.
Baju kurung merupakan pakaian tradisi turun temurun masyarakat Melayu. Ciri-ciri tradisinya yang menutup aurat dan fungsi reka ciptanya yang sesuai dengan iklim panas lembab Malaysia, serta potongan yang sesuai dengan semua susuk badan empunya diri, maka tidak hairan lah mengapa baju kurung dan baju Melayu bagi lelaki dominan dan kekal sehingga kini.
Sejarah merakamkan baju kurung adalah nama yang diberikan kepada pakaian tradisional masyarakat Melayu sama ada bagi lelaki mahupun wanita.
Pakaian tradisi masyarakat Melayu Malaysia - baju kurung dan baju Melayu.
Gambar ihsan: Zubaidah Sual
Diangkat sebagai pakaian tradisi oleh Sultan Abu Bakar, Sultan Johor pada lewat abad ke-19, baju kurung kemudiannya mendapat variasi dari segi nama seperti baju Melayu bagi kurung lelaki dan baju kurung bagi wanita.
Dengan peredaran zaman, identiti baju kurung telah mengalami pelbagai perubahan dan mulai samar.
Apakah baju kurung kontemporari yang bakal disarung Syawal tahun ini mencabul tradisi?
Rekacipta baju kurung wanita dan lelaki pada awal zaman dahulu menampakkan ciri-ciri kesopanan yang menjadi identiti masyarakat Melayu.
Gambar ihsan: Zubaidah Sual
Astro AWANI menemuramah tiga personaliti fesyen dari pelbagai era untuk menyelami perubahan fesyen busana masyarakat Melayu ini terutama sekali menjelang musim perayaan Aidilfitri.
Zubaidah Sual, seorang pengusaha busana tradisi Melayu, yang juga aktivis harta kebudayaan terutama sekali busana tradisional masyarakat Melayu memberitahu bahawa baju kurung direka sebagai simbolik kesopanan dan kesederhanaan orang Melayu.
Pengaruh luar dengan peredaran masa membuatkan elemen dan ciri-ciri asli kurung tradisional dan baju Melayu semakin lama semakin pudar.
Potongan moden yang lebih menonjolkan bentuk tubuh serta potongan ketat bagi menghasilkan siluet kemas mengambil alih potongan labuh baju kurung tradisional.
Antara rekaan-rekaan baru dan moden baju Melayu kini oleh pereka muda.
Gambar ihsan: Fahad, pereka Beo Menswear
Motif bunga halus-halus yang harmoni dengan rona jernih kini diambil alih dengan motif abstrak atau bunga-bungaan girang dengan warna-warna terang.
Bagi pereka muda kelahiran Singapura, Yvka, walaupun rekaan busana Melayunya moden, namun ciri-ciri asas yang menjadi simbolik masyarakat Melayu itu sendiri tidak ditinggalkan.
Buat Syomir Izwa pula, seorang pereka yang amat berpengalaman yang terkenal dengan konsep rekaan ‘colour-blocking’ ataupun penggunaan blok warnanya, perubahan terhadap busana tradisi Melayu perlu menitikberatkan asas-asas rekaan aslinya berlandaskan hormat dan jati diri terhadap identiti baju Melayu dan kurung itu sendiri.
Menurut ZALORA, destinasi membeli-belah secara online terbesar Asia, jualan baju kurung moden dan baju Melayu moden tidak pernah surut sepanjang tahun. Terutama sekali sewaktu musim perayaan di mana jualannya melonjak berganda-ganda.
Trend membeli di ZALORA menunjukkan terdapatnya permintaan yang tinggi terhadap baju kurung rekaan pereka ternama.
Mungkinkah, baju kurung dan baju Melayu tradisional kekal disebalik lautan baju kurung moden yang ditawarkan di pasaran?
Sepertimana ciri-ciri bangunan bersejarah yang tidak dapat diselamatkan bagi memberi ruang kepada pembangunan begitu juga dengan pakaian tradisional masyarakat Melayu.
Namun, apa pun perubahan yang ada pada busana kurung ini, tanggungjawab mengekalkan warisan adalah tanggungjawab bersama.
Jadi, adakah baju kurung moden ataupun baju kurung tradisional menjadi pilhan hati anda pada hari raya ini? Tepuk dada, tanyalah selera.
http://www.astroawani.com/gaya-hidup/jendelaramadan-baju-kurung-kontemporari-mencabul-tradisi-64595
|