CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4108|Reply: 6

9 Sebab Kenapa Lelaki Susah Nak Dapat Girlfriend

[Copy link]
Post time 25-8-2015 11:12 PM | Show all posts |Read mode

Semalam lepak dengan kawan-kawan yang single, bercerita pasal diri diorang yang masih tak berpunya..syok jugak la dengar sampai lewat malam. So, hasil daripada cerita diorang, ada 9 sebab berdasarkan pemerhatian aku kenapa ada lelaki yang masih single dan takde girlfriend sampai sekarang.

1. Terlalu memilih  
Kata lelaki A : Dah banyak awek yang duk usha aku tapi sorang pun tak berkenan di hati ni. Susah jugak nak cari yang sesuai dengan kita.

2. Takde kereta   
Kata lelaki B : Kalau takde kereta nanti perempuan tak nak jadi awek kita..katanya jatuh standard la kalau naik bas.

3. Pernah dikecewakan
Kata lelaki C : Perempuan suka mengecewakan lelaki..pantang nampak lelaki kaya dan hensem terus tinggalkan kita.

4. Asyik kena reject
Kata lelaki D : Masuk yang ni dah 5 kali aku kena reject..tak tahulah apa yang perempuan cari kat lelaki sebenarnya.

5. Takut hati terluka   
Kata lelaki E : Takut la nak bercinta nanti terluka lagi..sedih bro, seminggu takde selera nak makan nasi asyik teringatkan dia.

6. Dah jumpa yang berkenan tapi milik orang
Kata lelaki F : Dah jumpa ciri-ciri wanita idaman tapi dia dah berpunya..takkan nak rampas hak orang punya kot.

7. Perempuan tu banyak teman lelaki  
Kata lelaki G : Suka kat dia tapi dia banyak teman lelaki..nampaknya kita ni duk lam waiting list dia jer la.

8. Tak sama taraf
Kata lelaki H : Dia tolak cinta aku sebab katanya taraf tak sama..dia ada degree aku pulak ada sijik SPM je.

9. Kita suka tapi dia tak suka pulak
Kata lelaki I : Bro, perempuan suka mempermainkan hati lelaki yang suka kat dia..dia cakap suka kat aku tapi bila mintak couple, kita ni sekadar kawan je katanya.

Terbaca status seorang blogger perempuan di facebook. Katanya "Perempuan menangis ditinggalkan lelaki itu perkara normal. Lelaki menangis ditinggalkan perempuan ruginya perempuan itu". So, apa kata korang?

nicknashram


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2015 03:06 PM | Show all posts
lemme tell y'all something.. LOVE SUCKS.. period..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 03:16 PM | Show all posts
takde jodoh... bercinta nak rak last2 tak kawen... berhabis dah banyak... mandi bunga ikhtiar dan mohon pada Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
bykkan bersedekah,berdoa,usaha dan tawakkal pd Allah..in sha Allah
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 05:31 PM | Show all posts
Tidak terlalu fikirkannya sangat. Bertawakal kepada-Nya sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 05:34 PM | Show all posts
lelaki kebanyakkannya nak cari yg menarik.
tu ciri utama, then br tgk hati budi.
mslhnya kebanyakkan yg menarik tu plak, demand tinggi.
sbb tu lelaki ssh nak dpt gf.
cer letak ciri2 luaran tu sbg plhn t'akhir, maybe keadaan akan b'ubah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2015 06:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18443 Replies : 25
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 8323 Replies : 5
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 6159 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24581 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:33 PM GMT+8 , Processed in 2.868797 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list