View: 1775|Reply: 4
|
Rahman Dahlan Sengaja Cari Pasal Dengan Penganjur Bersih4.0- Saifuddin
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto : www.freemalaysiatoday.com/
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menyindir tindakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang sengaja mencari kesalahan penganjur Bersih 4.0.
Menerusi Facebooknya, Saifuddin memuatnaik status yang mendakwa Abdul Rahman dan kerajaan seolah-olah mahu menegakkan benang yang basah.
Beliau mengaitkan tindakan Rahman memuatnaik gambar pejabat yang bukan pejabat penganjur Bersih 4.0.
Katanya, walaupun menyedari gambar rumah yang dimuatnaik di akaun Twitter itu bukan pejabat Bersih, namun Rahman tetap mahu mencari apa sahaja kesalahan terhadap penganjur Bersih biarpun kesalahan itu kecil dan remeh.
Sebelum ini, Rahman berkata pegawainya akan cuba menghantar sekali lagi bil pembersihan kepada penganjur Bersih 4.0 pada minggu hadapan selepas percubaannya yang pertama gagal kerana dihantar ke alamat salah.- CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu dan lihat ja la..Datuk Saifuddin Abdullah org yg terbuka |
|
|
|
|
|
|
|
rahman dah tak ada keje sangat tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Saifuddinn mmg sokong bershit pun..apa nak heran dia ckp camtu..rahman mmg tak sokong pun so biaqla dia buat kerja dia..pehal plak kata cari pasal..kos sampah ...bershit pun takmo byr..mengada...kutip duit 2.4 juta byk tu ..tp tak sure adakah itu utk 34 jam tu je |
|
|
|
|
|
|
|
apabila 2 datuk bertekak, aa meh makan pop corn dulu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|