|
Tahu tak yang kita boleh membaca peribadi dan karakter seseorang melalui tulisan tangan?
Dirujuk sebagai Graphology, ia adalah satu cabang ilmu yang membaca keperibadian seseorang melalui tulisan tangannya.
Jangan tak tahu, ada di kalangan penemuduga yang menggunakan ilmu ini ketika menjalankan interview.
Meskipun banyak kontrovesi mengenai graphology yang masih belum dibuktikan secara ilmiah, tak rugi pun kalau kamu nak ambil tahu.
1. Tulisan kecil-kecil - Kemungkinan, kamu adalah orang yang lebih suka menyendiri dan pendiam. Mereka yang mempunyai tulisan comel ini tetapi masih mudah dibaca oleh orang lain selalunya orang yang rajin, pandai dan mempunyai pemikiran yang cemerlang.
2. Tulisan besar- Kamu adalah seorang yang aktif dan 'attention seekers'. Kamu gemar bercerita dan suka jika orang menumpukan perhatian kepada kamu. Kamu juga gemar bergosip andai ada peluang.
3. Tulisan senget ke kanan - Kamu suka bergaul dan sangat aktif. Memiliki perwatakan esktrovert, kamu selalunya mempunyai hari yang sangat busy dan suka lepak bersama kawan-kawan.
4. Tulisan senget ke kanan - Kamu suka menghabiskan masa dalam rumah dan pandai menyembunyikan emosi dan apa yang kamu rasa. Kamu adalah introvert berbanding ekstrovert dan selalu memandang sesuatu berdasarkan pengalaman lalu. Kamu juga bersifat individualis dan mementingkan diri.
5. Tulisan makin menegak ke atas - Kamu memang seorang yang optimis dan bukan cepat mengalah! Jika tulisan kamu semakin menurun ke bawah, kamu sedang dilanda kesedihan atau runsing pada sesuatu dalam sedar tak sedar.
6. Tulisan tegak lurus - Peribadi kamu neutral, mempunyai pendirian yang kuat dan positif terhadap diri sendiri. Kamu juga seorang yang teratur dan tidak suka andai ada perkara yang membuatkan kamu serabut.
7. Tulisan senget ke semua arah - Perasaanmu sering berubah-ubah. Kamu suka bertindak terburu-buru dan tidak tahu apa yang kamu inginkan. Kebanyakan remaja punya tulisan yang sebegini.
8. Menulis a, q, o, d, g, b, p tanpa tutup habis - Kamu mempunyai pemikiran yang terbuka dan boleh adapt dengan benda baru. kamu boleh bertoleransi dengan masalah dan menyelesaikan masalah dengan banyak cara.
9. Tak bagi titik pada i & j - Kamu adalah orang kreatif! Orang lain yang membaca tulisan kamu tentu sukar untuk faham. Kamu adalah individu unik yang lain dari yang lain.
10. Tulisan sempit-sempit (cramp) - Seperti tulisanmu, kamu juga seorang yang berfikiran sempit dan sering menyalahkan orang lain andai ada berlaku masalah. Kamu juga suka berhimpit-himpit di tempat yang sesak seperti konsert atau pun stadium.
11. Tulisan lebar - Kamu suka mengekspresi diri dan suka break the rules! Pada masa yang sama, kamu sering rasa dipinggirkan oleh kawan-kawan kerana sikap kamu yang suka memberontak.
12. Tulisan gelap kerana menekan - Kamu adalah orang yang nekad untuk menyelesaikan apa jua masalah yang hadir terutamanya bila di bawah tekanan. Tulisan kamu boleh nampak di belakang kertas juga menunjukkan kamu tegas dan mempunyai pendirian yang tinggi.
13. Tulisan tak terang - Kamu adalah orang yang suka bersantai dan tak ambil kisah jika ada masalah. Kamu tenang dan lembut orangnya. Walaupun tak ambil kisah sangat, tapi kamu sensitif sebenarnya tapi masih bersahaja kerana karaktermu yang cool.
14. Tulisan yang bersambung - Kamu adalah seorang yang berdisiplin, teratur dan sistematik. Kamu juga cepat dalam bertindak dan membuat keputusan.
-remaja-
|
|