CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2754|Reply: 26

[Tempatan] {Edisi Nak Maid Pinoy?}USD400 Sebulan Minima Gaji

[Copy link]
Post time 28-9-2015 03:12 PM | Show all posts |Read mode
Gaji Pembantu Rumah Warga Filipina AS$400 Sebulan - Malaya     
Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 9:38 AM



Gambar hiasan.

                                               (Ubah saiz teks)         

KUALA LUMPUR: Kadar gaji minima sebanyak AS$400 untuk pembantu rumah warga Filipina perlu dipatuhi, tanpa mengira nilai pertukaran mata wang.
Duta Filipina ke Malaysia, J. Eduardo Malaya berkata majikan pembantu rumah warga Filipina dikehendaki membayar jumlah yang sama dalam mata wang tempatan, negara mereka bertugas.

"Adalah tidak adil sekiranya rakyat kami mendapat gaji rendah di sini (Malaysia). Gaji minima untuk pembantu rumah warga Filipina ditetapkan sebanyak AS$400 sebulan di mana sahaja," katanya selepas menyaksikan perjanjian perkongsian antara PLTD Malaysia dan iFlix Sdn Bhd semasa perasmian perkhidmatan TV dalam talian mereka.

Malaya berkata majikan di sini terpaksa membelanjakan wang berlebihan berikutan nilai mata wang ringgit susut lebih 20 peratus berbanding dolar sejak akhir-akhir ini.

  


"Sebelum ini, majikan Malaysia hanya membayar RM1,200. Kini mereka terpaksa membelanjakan kira-kira RM1,700," katanya.

Malaya berkata kedutaan itu telah memaklumkan kepada agensi buruh di Malaysia supaya mematuhi had gaji minima tersebut.

Sementara itu, mengenai perjanjian perkongsian itu, beliau berkata perkhidmatan iFlix disertai dengan aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna untuk mengakses rancangan TV kegemaran mereka menerusi telefon pintar.

"Ia disambut baik rakyat Filipina yang bekerja di sini. Dengan menonton iFlix, mereka berpeluang menonton rancangan kegemaran mereka di kampung halaman secara langsung menerusi telefon pintar mereka," katanya.

Malaya menyambut baik perkhidmatan baharu itu dengan menyifatkan ia sebagai satu lagi peristiwa bersejarah dalam perkongsian perniagaan antara Malaysia-Filipina.-mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2015 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka mcm pelakon wanita utama pangako sayo..siap wat kerja extra....ON ADJAA!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 03:22 PM | Show all posts
Aku rs berkeyakinan je dgn maid Philippines ni
rajIn n educated
Amik general worker Philippines pun rajin2
Tapi tataulah kebtulan aku jumpa yg baik2 je. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bibik yindon area iols mtk gaji rm1200.. Tp keje mcm taik.. Better amek maid filipin lps nini kot
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 03:47 PM | Show all posts
mahainye rm1700
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 03:56 PM | Show all posts
wow...dh sama gaji taraf diploma..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2015 04:20 PM | Show all posts
lurve82 replied at 28-9-2015 07:56 AM
wow...dh sama gaji taraf diploma..

of coursseee! pandai speaking kekdahnya sis
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 04:25 PM | Show all posts
wahhhhh terer speaking ke sbb mintak gaji mahai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2015 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau diberi pilihan antara indon dgn filipin ni..
Aku amik filipin.rata aku tgk kwan aku yg ada pembantu filipin ni
Dia org bpelajaran,cuma xda peluang keje kat sana.
Lpstu di ajar anak2 speaking,walau dgr mcm loghat filipin
Tp ok lah mmg bbaloi dgn gaji tu,nak ajar anak pun pandai.
Dr amik pembantu indon yg apa pun xleh harap.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 04:36 PM | Show all posts
better la amik pinoy drpd indon..speaking boleh..keje rajin..tak guna black magic nak tekel jantan mcm trisnalovezul.. say no to indon.. lemak sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 04:39 PM | Show all posts
fire_place replied at 28-9-2015 04:35 PM
Kalau diberi pilihan antara indon dgn filipin ni..
Aku amik filipin.rata aku tgk kwan aku yg ada pe ...

ok la kalo gitu.kalo mampu nak ambik pinoy apa salahnya. kita jarang dengarkan maid pinoy ni lari ke,goda majikan ker, dera anak majikan ke kalo die bole jaga anak2 n xdatangkan masalah kire 1700 tu bebaloi la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 04:41 PM | Show all posts
kalau yang muda2 boleh lah, macam pelakun gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya gaji korang. Gaji maid pinoy tu dah hampir sama dgn gaji aku.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 05:08 PM | Show all posts
Bibik indon tgk gak kalau dia dtg dr area jerebu teruk mmg teruk la kualiti keje dia...
apa iollsss tulis nih...
K la nak balik...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 05:17 PM | Show all posts
ada extra servis ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
cucuq replied at 28-9-2015 04:39 PM
ok la kalo gitu.kalo mampu nak ambik pinoy apa salahnya. kita jarang dengarkan maid pinoy ni lari  ...

Tulah..kalau mampu..hihi..tp aku xmampu dan xpakai pembantu pun.
Cuma tgk org lain guna maid filipin ni lah..mmg rasa berbaloi nampakny.

Kedai runcit kat umah aku ni pun amik pkerja cashier sume filipin.
Bis kang ngobrol bahasa indon kang xpaham plak singaporean yg dok kawasan ni.mmg dr pakaian yg kemas,kebolehan dia..so setarap gaji dia..kdg2 diaorg yg keje sini ada degree tp xdiiktiraf.kawan akak aku ada kat filipin sorg keje doktor gigi kat tempat dia,akak aku ckp kalau kat sini doktor gigi dah kaya,kat sana nama doktor gigi tp alahai..pembantu rumah kat sana ada yg gaji rm90 shj sebulan.mak aku cakap daif dia bukan mcm daif kita,kesian sgt2,mak aku pernah pg satu rumah org gaji kat sana,mak aku cakap pondok buruk kat kebun atau bendang tu lg cantik lg dr rumah diaorg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2015 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 28-9-2015 04:20 PM
of coursseee! pandai speaking kekdahnya sis

Speaking dgn dialek filipin ni agak lawak.
Anak buah aku sekolah kat international school
Kat arab..balik kampung speaking sebijik ala pinoy.
Nyanyi twinkle2 little star sume slang pinoy.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 05:34 PM | Show all posts
aku tengok macai2 ni lulusan itm je, kerja gomen...tapi berangan nak pakai maid...
silap2, kelulusan maid tu lebih tinggi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 05:35 PM | Show all posts
Kalau RM1700 sebulan tu, rasanya org local pun ada yg nak. Janji ko bagi kemudahan selayaknya lah mcm tempat tinggal, makan pakai etc.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 05:42 PM | Show all posts
income tak sampai rm 20k sebulan jgn berangan lah nak pakai maid. sila manage sendiri rumah tangga..ujung2 sesak dok komplen bayar gaji maid dah almost dua ribu ringgit.. silap silap maid kena tidur celah tong gas di ceruk dapur shj kerna majikan tak mampu nak beli rumah besar banyak bilik di lembah klang..berangan kuat umat tanah air ini walaupon miskin.

yang benar2 kaya sahaja layak pakai maid.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.082910 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list