CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

Akhiri Penantian -TAMAT-

[Copy link]
 Author| Post time 2-10-2015 10:08 AM | Show all posts
Mokcun replied at 2-10-2015 10:01 AM
waah...best la citer ni..mokcun suka..
hangpa ni orang kedah ka? belah mana?

mokcun.. cheq duk belah kola kedah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 10:16 AM | Show all posts
momey replied at 2-10-2015 10:08 AM
mokcun.. cheq duk belah kola kedah

ui  baguih la..
hang pa buat cerita loghat kedah ni
rasa berdesup masuk ke hati gituh

kola kedah apa yang best?
mokcun tak pernah ke kola kedah
selalu pi belah alor staq ja dengan kota sarang semut tu..
dulu2 pi baling..umah kawan mokcun jugak

sori na...sembang pulak mokcun ni..
sambung cerita hang..
nanti mokcun  baca
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 10:33 AM | Show all posts
sambung lagi momey..sronok plak baca dlm loghat utara nie..kipidap....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 11:33 AM | Show all posts
Mokcun replied at 2-10-2015 10:16 AM
ui  baguih la..
hang pa buat cerita loghat kedah ni
rasa berdesup masuk ke hati gituh

ahaha lawak la mokcun ni

kola kedah best mokcun! bole pi lagkwi, leh mkn ikan bakaq, leh usha2 nelayan
sat nak smbung skit sblom keluaq mamam hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 11:34 AM | Show all posts
lailies replied at 2-10-2015 10:33 AM
sambung lagi momey..sronok plak baca dlm loghat utara nie..kipidap....

tq lailies.. sat momey smbung skit lg naa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 11:41 AM | Show all posts
Semasa di dalam perjalanan ke gerai makan..

“Temankan saya pergi tapau makanan kejap boleh?” tanya Hadi sambil memberi signal ke kiri.

Maryam hanya mengangguk dan tersenyum.

“Lupa nak tanya. Encik nama apa?”

“Saya Hadi.”

“Sorang lagi?”

“Encik Luth. Dia bos saya.”

“Owh.” Maryam tersenyum apabila terbayang akan wajah Luth.

“Kenapa?”

“Tak da apa-apa. Err..Encik Luth tak ikut plak?”

“Dia cakap tadi dia malas. Nak rehat je kat resort tu.”

“Owh..resort tu siapa punya?” terus Maryam teringat akan kata-kata Manan mengenai resort tersebut.

Hadi terus memandang Maryam. Kemudian dia pandang ke depan kembali.

“Maaf kalau saya agak menyibok sikit.” Maryam menundukkan mukanya. Padahal dalam hati tergedik je nak tau siapa tuan punya resort tu!

Hadi ketawa kecil.

“Resort Encik Luth.”

“Owh.” Maryam terus senyum.

“Warisan peninggalan arwah tok dia.”

“Tapi sebelum jadi resort, rumah lama tu milik Haji Tamrin.”

“Arwah tok Encik Luth beli resort tu dari Haji Tamrin. Dibangunkan sehingga menjadi resort seperti sekarang.”

“Ok. Saya dah faham. Kiranya Encik Luth anak orang kaya la erk?”

“Memang kaya. Baik pun baik!” Hadi bukan seorang yang kaki bodek.

Menambahkan lagi kegembiraan pada hati Maryam.

“Haihh..beruntungnya kalau dapat Encik Luth tu. Senang hidup aku! Kikiki… Haip!!! Jangan berangan la Maryam oiii..hang tu anak orang susah. Bukan segak mana pun. Sapa la nak kat hang tu!” bisik hati Maryam.

“Comel awak, Maryam. Tak sudi ke nak jadi isteri saya? Saya dah lama membujang ni..” Hadi pula berbisik sendiri sambil curi-curi pandang Maryam.


                                          ############################


Hadi menghantar Maryam betul-betul depan rumah. Maryam membuka tali pinggang kaledar. Kemudian dia memandang Hadi.

“Terima kasih. Encik Hadi dan Encik Luth banyak tolong saya. Tak tau macam mana saya nak balas.”

“Jangan la cakap macam tu. Saya pun ambil peluang ni nak tebus balik kesalahan saya langgar Cik Maryam tempoh hari sampai jatuh sawah.”

Maryam terus ketawa. Comel sangat ketika itu! Hadi turut tersenyum melihat Maryam seperti keanak-anakan. Geram pulak rasa!

“Adeh..saya pun dah lupa dah peristiwa tu, Encik Hadi. Bila pikir balik macam lawak pun ada. Saya ingat saya buta tau sebab helmet saya tu terkalih ke belakang. So, gelap la kan. Rupanya helmet ja terkalih, mata saya ok lagi. Hahahaha”

Hadi turut ketawa mendengar cerita Maryam itu.

“Suka tengok Cik Maryam ketawa macam ni.”

Terus Maryam terdiam. Alamak! Jangan Encik Hadi simpan perasaan padanya sudah! Eh, perasan pulak macam dia tu menjadi perhatian. Ekekeke..

“Erm.. saya turun dulu la erk. Ada rezki jumpa lagi.”

“Eh, tak nak jemput saya jumpa bakal mak dan bapa mertua ke?”

“Hah?”

Hadi pula ketawa.

“Saya melawak je. Eh. Jap!”

“Awat?”

“Cik Maryam keje mane?”

“Dah kena berenti dah” Maryam mencebik. Lagi membuatkan Hadi geram dan..hmmm

“So, sekarang tak keje la?”

Maryam menggelengkan kepalanya.

“Nak keje kat KL tak?”

“KL? Keja?”

“A’ah.”

“Waaaaa..keja apa, Encik Hadi?”

“Jadi PA Dato.”

“Serius ni?”

“Ye.”

“Waaaaa..nak! Nak!”

“Nah. Ambil kad saya ni. Maaf kalau saya tanya. Maryam ada kelulusan apa erk?”

Maryam menyambut kad nama dari Hadi.

“Diploma IT je..”

“Owh. Tak pe. Dato ni ok je janji boleh jaga makan minum dia, jaga jadual dia, datang bukak ofis sebelum dia sampai dan balik sekurang-kurangnya pukul 7 malam.”

“Boleh sangat! Saya setuju!”

“Hamboi, laju! Hahaha”

“Hahaha..ada syarat lagi ka? Dato tu dah kahwin?”

“Dah kahwin tapi dah bercerai. Duda anak satu.”

“Owh..”

“Syarat satu lagi, nanti Cik Maryam keje KL kena speaking KL tau.”

“Pulak dah.."

“Kalau berloghat macam ni risau ramai yang tak faham.”

“Eh, perli saya erk?”

“Hahaha..tak perli tapi benda betul.”

“Alah kacang jeee!! Senang sangat syarat Encik Hadi.”

Hadi tersenyum melihat gelagat Maryam. Dia akan cuba pikat hati Maryam. Ya, Maryam!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-10-2015 11:49 AM | Show all posts
Luth membelek satu persatu fail resort yang ada. Banyak lagi yang dia perlu baiki untuk nampak lebih selesa.

“Encik Luth, nasi lemak!” Hadi meletak bungkusan nasi lemak di atas meja.

“Thanks.”

“Jumpa lagi si comel tu.”

“Si comel? Siapa?”

“Maryam.”

“Hah? Hahaha..macam-macam la kau ni, Hadi.”

“Hah. Sebelum saya lupa, tadi Dato Aamir ada call minta saya iklan kan jawatan PA untuk dia.”

“Mana Kak Julia?”

“Katanya berpindah.”

“Owh.”

“Ingat nak tawarkan Maryam jadi PA Dato Aamir.”

“Eleh.. boleh la jumpa selalu kan?”

“Hahaha.. Tapi bos, dengar cerita Dato Aamir tu kena tarik pegi ke syarikat kita dekat Damansara tu.”

"Owh yeke? Saya tak tahu pula."

"Rasa macam jadi."

"Tak pe lah. Bukan jauh mana pun kan kalau nak ajak si comel tu keluar makan tengah hari." peril Luth yang bermata hitam pekat itu.

“Saya macam suka la cara dia, Encik Luth.”

“Pikat la dia.”

“On the way!”

Luth tersenyum memandang Hadi.

“Good luck.”

Hadi membalas senyuman lalu terus keluar dari resort itu. Luth hanya menggelengkan kepalanya dan terus sambung membelek fail di depan mata.


                                                ############################


Maryam berehat di sofa rotan sambil menonton televisyen.

“Oii Maryam. Sapa laki-laki yang duk hantaq hang tadi?” tanya Mak Jenab yang baru muncul dari dapur.

“Mak prasan ka? Bukan mak keluaq beli barang dapoq ka tadi?”

“Hang paham ka dak soalan mak? Mak tanya sapa laki-laki tu?”

“Kawan cheq la.”

“Nampak macam kaya.”

“Yang kaya bos dia mak.”

“Haaa kalau macam tu hang pikat bos dia. Dapat kawin dengan dia jangan pulak buat-buat lupa mak.”

“Apa mak cakap ni?”

“Kawin dengan orang kaya senang hidup hang! Tak payah la susahkan hidup aku lagi.”

“Mak ni..”

“Mak dah penat dengan hang tau dak? Dari kecik mak jaga hang. Hang tak kesian dekat aku ka?”

“Mak..awat mak cakap lagu ni? Apa salah cheq mak? Cuba mak habaq betoi-betoi. Dari kecik sampai la mak asyik nak marah cheq ja. Serba tak kena. Mak tau dak cheq cemburu dengan kawan-kawan cheq pasai mak depa selalu suap makan, selalu masak sama-sama. Kalau nak solat pun jemaah sama-sama, mak. Cheq tak tau apa yang cheq dah buat sampai mak marah cheq lagu ni.” Maryam dah menangis.

“Betoi hang nak tau pasai pa aku jadi lagu ni?”

Maryam mengangguk laju sambil mengesat airmatanya.

“Kalau hang nak tau..”

“Jenab!” jerit Pak Majid yang baru pulang dari kerja itu.

“Sampai bila abang nak sembunyi benda ni dari dia?!”

“Hah? Sembunyi apa mak? Abah?”

“Tak ada apa aihhh.” Pak Majid cuba menarik isterinya ke dapur.

“Apa abang ni? Saya tak mau simpan dah. Biaq dia tau siapa dia.”

“Jenab!”

“Maryam, hang dengaq sini baik-baik. Hang tu anak tiri aku ja. Mak hang bini kedua pak hang ni. Mak hang tu perampas!!! Hang tau dak?”

“Jenab!” Pak Majid terus menampar pipi isterinya.

“Pukui la abang banyak mana abang mau. Jenab dah cukup terseksa dah selama ni.”

“Abah..betui ka apa mak cakap ni?” Maryam lemah.

“Abah..”

“Betui ka, abah?”

Pak Majid mengangguk lemah. Maryam menangis.

“Awat abah sembunyikan semua ni dari Maryam? Mak Maryam mana, abah?”

“Mak Maryam dah tak ada. Lepas beranakkan hang, mak hang terus meninggai.”

Maryam jatuh terduduk.

“Awat abah buat Maryam macam ni.. abah tak kesian dekat Maryam ka?”

“Aku benci tengok muka hang, Maryam. Ikutkan hati aku, nak ja aku tinggaikan hang dalam tong sampah! Tapi sebab abah hang ni la aku terpaksa jaga hang sampai la. Menyusahkan!”

Maryam masih menangis. Dia tak minta jadi seperti itu.

“Maafkan abah, Maryam.”

Maryam bangun dan terus lari masuk ke dalam bilik.

“Tengok la tu! Kurang ajaq punya anak!” jerit Mak Jenab yang turun naik dadanya menahan marah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 11:49 AM | Show all posts
sat gi insyaallah kita smbung lg naa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 02:06 PM | Show all posts
momey replied at 2-10-2015 03:49 PM
sat gi insyaallah kita smbung lg naa

menariknya cite ni... keep it up TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 02:39 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 2-10-2015 02:06 PM
menariknya cite ni... keep it up TT...

tq zamzam.. biasa2 ja. isi ms lapang ms keja xbyk hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 02:43 PM | Show all posts
jom smbung skit
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:44 PM | Show all posts
momey replied at 2-10-2015 06:39 PM
tq zamzam.. biasa2 ja. isi ms lapang ms keja xbyk hahaha

cant't wait to know what will happen next TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 02:47 PM | Show all posts
Luth dan Naseer, kontraktor resortnya itu berjalan seiringan menuju ke kolam mandi. Manakala Hadi sibuk membelek fail di dalam ruang pejabat.

“Bila jangka siap sepenuhnya?”

“Insyaallah. Dalam 30% lagi.” Jawab Naseer yang berbadan kurus itu.

“Harap awal bulan depan dah boleh open.”

Naseer mengangguk. Dia dan Luth berjabat tangan.

“Aku puas hati dengan kerja kau setakat ni. Kemas! Aku harap kau tak menghampakan aku.”

“Insyaallah, Encik Luth. Saya dan rakan-rakan akan buat yang terbaik. Ni bila Encik Luth nak balik KL?”

“Macam esok pagi. Keje kat sana pun nak kena settle jugak kan?”

“Keje, keje jugak Encik Luth. Kahwin bilanya?”

“Hahaha..soalan cepumas!”

“Cik Adra?” Naseer pernah nampak Adra datang ke pejabat Luth suatu ketika dahulu.

“Kita orang dah bawa haluan sendiri dah.”

“Ye?”

“Tak de jodoh.”

“Boleh la cari sorang dekat Kedah ni.”

“Hahahah.. malas la nak fikir hal jodoh ni. Banyak benda lagi yang saya tak settle.”

“Jangan Encik Luth. Kahwin ni banyak nikmatnya. Saling berkongsi satu sama lain. Saya dulu berapa kali frust tapi bila fikir nak jugak ada zuriat. Bila saya mati, ada yang doakan saya.”

Luth terus memandang Naseer.

“Saya cakap serius ni, Encik Luth. Siapa yang tak sedih bila kena tinggal, bila pasangan curang, bila kena tipu tapi hidup kena diteruskan jugak kan?”

“Haihh mamat ni. Macam boleh baca je isi hati aku.” Bisik hati Luth.

Luth masih diam.

“Tak pe, Encik Luth. Saya doakan Encik Luth dapat jodoh yang boleh jaga Encik Luth sampai tua.” Naseer menepuk bahu Luth.

Luth mengaminkan sambil tersenyum.


                                                     ############################


Maryam keluar rumah diam-diam lalu berjalan sendirian mencari ketenangan. Dia betul-betul serabut ketika itu. Airmata masih bertakung di mata. Dia hanya mengikut kemana kakinya berjalan.

“Apalah nasib aku.” Maryam cuba memujuk dirinya.

Pada petang yang tenang itu, Maryam singgah di sungai yang dia selalu lepak bersama Adeeb dahulu. Tetapi kali ini dia bersendirian di batu besar yang terletak di hujung sungai. Dia menangis sepuas-puasnya. Habis batu-batu kecil di kakinya di baling masuk ke dalam sungai dengan sekuat-kuatnya tanda dia melepaskan perasaan geram.

“Arghhhhh!!!!!!!”

Maryam menerkup mukanya dengan telapak tangan.

“Istighfar banyak-banyak..”

Maryam terdiam. Siapa pula tu? Maryam menoleh ke belakang. Hadi? Hadi tersenyum memandang ke arahnya. Luth pula hanya memandang dari jendela resort.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 02:51 PM | Show all posts
Adeeb dan Hakim berdua lepak di pondok. Adeeb masih tak puas hati dengan Maryam. Asap rokok dihembus ke udara.

“Hang nak biaq Mariam macam tu ja ka, Deeb?”

“Tengah pikiaq.”

“Apa dia? Tengah pikiaq? Wat loqlaq boleh. La ni semua kena bertindak pantas. Buat lambat-lambat habih melepaih!”

“Hang diam boleh dak? Penampaq sat gi baru hang tau!”

“Aku cakap betui ni, Deeb. Aku prasan semalam aku nampak Maryam naik kreta dengan mamat bandaq tu. Bukan main gelak sama-sama. Dah macam laki bini dah aku tengok.”

Adeeb terus memandang Hakim.

“Hang jumpa depa kat mana?”

“Scooter Maryam rosak tak salah aku. Sebab nampak jantan tu follow Maryam dari belakang sampai ke bengkel Manan. Pastu jantan tu hantaq Maryam sampai depan rumah.” Hakim tersengih sambil angkat turun kening kirinya.

Adeeb baling puntung rokoknya ke tanah lalu dipijak.

"Weiiiii!!! Lari wei! Polis mai!!"

"Haram jadah!" semua lari bertempiaran termasuk Adeeb.


                                                   ############################


Maryam mengesat airmatanya. Hadi perlahan-lahan berjalan ke arah Maryam. Batu-batu yang berlumut itu agak menyukarkan Hadi. Dia lebih berhati-hati. Macam mana Maryam melintasi batu-batu tersebut agaknya? Sudah biasa barangkali?

Hadi berjaya.

“Boleh saya duduk sebelah Cik Maryam?”

“Duduklah. Panggil je Maryam.” Mata Maryam bengkak. Dia cuba elak dari bertentangan mata dengan Hadi.
Hadi memandang Maryam. Maryam memandang sungai di hadapannya sambil kaki sengaja dibiarkan terjuntai dibasahi air sungai tersebut.

“Maryam ok?”

Maryam kembali sebak. Namun dia tahan.

“Saya dengan Encik Luth tadi tengah berborak kat resort tu. Terdengar suara perempuan jerit. Apa lagi, kelam kabut la saya dengan Encik Luth. Rupa-rupanya Maryam. Test suara ke?” Hadi cuba buat lawak. Mungkin boleh geletek hati Maryam ketika itu. Walaupun dia tahu Maryam mesti tengah betul-betul sedih.

Maryam ketawa kecil. Yes, Hadi berjaya!

“Dah tak nak pandang saya?”

Maryam tersenyum. Dia menggelengkan kepala. Luth yang memandang dari jauh tersenyum lalu masuk ke dalam bilik kerjanya.

Maryam mengutip batu-batu kecil lalu di baling masuk ke dalam sungai lagi.

“Nah.” Hadi hulurkan beberapa batu sungai pada Maryam.

Maryam ketawa lagi.

“Saya tak buat lawak pun. Ambil la batu ni.”

Maryam terus memandang Hadi. Ya, Hadi nampak mata Maryam yang bengkak itu. Nampak seperti lama Maryam menangis. Maryam perasan dirinya diperhatikan. Terus dia memandang ke arah lain.

“Maryam boleh kongsi dengan saya kalau sudi.”

Maryam diam.

“Tak pe lah. Saya tak paksa.”

Maryam masih diam.

“Apa pun masalah yang kita hadapi, sebab Allah sayang kita. Dia uji kita sebab nak kita dekat dengan Dia.”
Hadi mula terimbas kembali kisah lampaunya.

“Saya pun dulu bukan budak baik sangat pun. Sehinggalah ayah saya meninggal. Menyesal tidak dapat tunaikan hajatnya ketika dia hidup. Saya bersyukur dapat berjumpa dengan Encik Luth yang banyak tolong saya. Encik Luth yang memberi saya semangat untuk berubah. Kalau tak, saya rasa sekarang saya dah ada dalam lokap.”

Maryam terus terbayang akan wajah Luth. Lelaki yang menyelamatkan dirinya! Padahal Hadi pun selamatkan dia juga, tetapi dia lebih kepada Luth. Hmmm..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 02:59 PM | Show all posts
Luth menyandarkan tubuhnya di sofa sambil membelek akaun facebooknya. Tersenyum sendiri apabila baca status rakan seperjuangan yang lain. Macam-macam yang diupdate. Sehinggalah muncul status Adra, ‘Lelaki penuh dengan ego!’. Luth abaikan sahaja. Langsung dia tak baca komen-komen tersebut. Tiba-tiba ayahnya menghubunginya.

“Hello, ayah.”

“Sihat ke?”

“Ayah ni.. Tak sampai seminggu pun Luth dekat sini. Dah rindu ke?”

“Hahaha.. sunyi sepi rumah ni!”

“Ibu mana?”

“Dia ke Jakarta dengan kawan-kawan dia.”

“La..yeke? patutlah hahaha.. member golf ayah?”

“Malas lah. Eh, macam mana resort? Ok?”

“Ok je.”

“Bila balik KL ni?”

“Esok pagi kot, ayah.”

“Good!”

“Ayah, Luth nak kena settlekan keje lagi ni. Apa-apa Luth call balik.”

“Yelah. Take care.”

“Ok.”

Talian dimatikan. Luth termenung mengadap permandangan di luar.


                                          ############################


Adeeb fikir dia terselamat dari polis. Dia membonceng motorsikal sendirian melalui sungai di belakang tersebut. Dan seperti yang dijangka, dia ternampak Maryam duduk berdua-duaan bersama Hadi. Tengah bergurau senda. Adeeb memberhentikan motornya di bahu jalan lalu parking di bawah pokok. Helmet ditanggalkan lalu diletak dalam raga depan. Gula-gula getah di dalam mulut masih dikunyah dan makin lama makin laju kunyahan tersebut.

“Encik Luth mana?” tanya Maryam yang mula rasa ok kembali setelah dapat berbual dengan Hadi.

“Ada dalam resort tu. Nape? Takkan rindu dia sorang je kot? Saya ni?”

“Haha.. lawak la Encik Hadi ni.”

Tiba-tiba badan Hadi dibaling batu sungai. Keadaan menjadi panik seketika. Hadi bangun lalu terus berpaling ke belakang.

“Hamboi-hamboi.. panggil tok kadi mau?!” gertak Adeeb sambil memegang kayu.

“Jebon! Woi, Adeeb! Awat hang suka cari pasai dengan aku hah? Aku tak penah pun kacau hidup hang!” jerit Maryam sambil berjalan menuju ke arah Adeeb. Dia bertambah berani apabila Hadi ada bersama ketika itu.

Hadi mengikut Maryam dari belakang.

“Saja syok-syok.”

“Tak payah nak menyibok sangat la! Hang pi buat keja hang sudah.” Sambung Maryam.

Adeeb memandang Hadi. Hadi berdiri di belakang Maryam. Kayu yang dipegangnya itu tanda syarat gangster je. Padahal kalau lawan, confirm patah riuk tulang belakang.

“Hang tau dak jantan belakang hang tu nak gunakan hang ja? Dia pun mau 'barang' hang tu macam aku gak!”kata Adeeb lalu tersengih menampakkan gigi taringnya.

Hadi sentap! Kenapa mesti Adeeb cakap dia macam tu? Maryam menggenggam tangannya.

“AKu rasa baik hang blah.” Jawab Maryam menahan marah.

“Ka hang nak kena rogol dengan aku lagi?”

“Kurang ajar!” Hadi terus berlari dapatkan Adeeb.

Adeeb terkejut dengan tindakan Hadi itu. Terus dia baling kayu yang dipegangnya tadi. Tunggu lagi tak lari wei! Namun Hadi sempat menarik baju Adeeb menyebabkan Adeeb jatuh rebah ke tanah.

“Encik Hadi..jangan!” Maryam halang Hadi dari terus menumbuk muka Adeeb.

Adeeb langsung tak terbangun ditumbuk bertalu-talu oleh Hadi.

“Geram betul aku!”

“Dah la tu.” Maryam menarik tubuh badan Hadi.

Nafas Hadi turun naik. Adeeb mengelap darah di bibirnya. Tiba-tiba polis datang. dengan pantasnya beberapa orang polis turun ke bawah lalu menangkap Adeeb.

"Apa ni? Apa ni?" Adeeb menggelabah.

"Ikut kami ke balai."

"Saya tak bersalah!"

"Tangkap dia, encik! Setan besaq ni. Bawa bala kat kampung kami." tambah Maryam sambil tersengih pada Adeeb.

"Hareeeeee!! Diam lah hang."

Polis terus membawa Adeeb masuk ke dalam kereta polis. Maryam sempat menjelir kepada Adeeb. Puas hati dia!

“Apa hal ni?” tanya Luth tiba-tiba muncul.

Maryam terus rasa malu-malu apabila melihat Luth ada disitu. Adeeb terus bangun dan cabut lari. Motor dibonceng dengan begitu laju sekali!

“Kenapa gaduh-gaduh ni, Hadi?”

“Kurang ajar sangat jantan tu! Lagi biar, lagi melampau.”

“Ada banyak lagi cara nak ajar orang macam tu.” Luth kemudian memandang Maryam.

Mereka berdua berbalas senyuman. Merah muka Maryam menahan rasa malu dipandang begitu.

“Maryam ok?”

Maryam hanya mengangguk.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 03:05 PM | Show all posts
Pada malam itu..

Maryam ke dapur. Baru sahaja dia hendak mengambil gelas, kepalanya ditolak kasar sekali. Mujur Maryam sempat menahan tangannya di meja sebelum terjatuh ke lantai.

“Mak..”

“Apa mak, mak? Bertambah meluat tau aku tengok muka hang!”

“Mak..” Maryam menangis.

Mak Jenab naik ke atas lalu masuk ke dalam bilik Maryam. Diambilnya satu beg besar lalu disumbat kesemua pakaian Maryam ke dalam beg tersebut. Maryam masuk ke dalam biliknya.

“Mak buat apa ni?”

“AKu nak hang berambuih dari rumah ni.” Mak Jenab dan terus membaling beg pakaian Maryam keluar dari bilik.

“Mak..jangan buang Maryam, mak..” Maryam memeluk kaki ibunya.

“Tak payah nak reyau-reyau sangat! Hang pi bawa haluan hang sendiri. Hang dah besaq kan?”

“Sampai hati, mak..”

Mak Jenab mengheret Maryam keluar rumah. Maryam tak terdaya. Sebaik Maryam terlantar di tangga, Mak Jenab terus menutup pintu rumah.

“Ya Allah..”

Maryam kena kuat! Mulai dari malam itu, dia mesti hidup berdikari. Dia akan buktikan! Ayahnya Pak Majid shift malam pada malam tersebut. Maryam bangun sambil membawa bersama beg pakaiannya.

“Aku nak pi mana ni?” Maryam mahu berjumpa dengan ayahnya di kilang.


                                            ############################


Dalam tengah membonceng motor ke kilang ayahnya, Maryam melalui resort Encik Luth. Dia memperlahankan scooter lalu berhenti di bahu jalan.

“Mana pi erk kad nama Encik Hadi bagi aku ari tu? Minta baru la. Esok boleh aku pi KL teruih. Cuba nasib mana tau rezki aku keja kat KL kan?”

Maryam parking motor. Lalu perlahan-lahan berjalan ke pintu utama resort tersebut. Sunyi sepi!

Maryam masih terintai-intai ke dalam resort itu. Macam tiada orang.

“Assalammualaikum!”

Salamnya tidak berjawab sehinggalah bahunya disentuh. Terkejut Maryam bukan kepalang! Terus dia menjerit.

“Astaghfirullah..” Maryam mengurut dadanya.

Luth ketawakan Maryam.

“Kenapa datang malam-malam ni? Bahaya tau.”

“Err..”

Maryam terus malu apabila bertentang mata dengan Luth. Dia tak rasa seperti itu apabila bersama Hadi.

“Maryam..hello..”Luth melambai tangannya di depan mata Maryam.

Maryam terkejut.

“Eh, hihi.. sori.”

“Cari Hadi ke?”

“Eh, tak. Eh, a’ah.”

“Mana satu ni?” Senyuman Luth mencairkan hati Maryam.

“Saya nak minta kad nama. Nak tahu alamat pejabat untuk saya apply kerja sebagai PA Dato Aamir tu.”

“Owh. Ada kat dalam. Jom lah masuk.”

“Tak pa ka? Tak ada orang kan dalam tu?”

“Memang la tak ada. Kita tak buat apa-apa pun kan?”

“Encik Hadi?”

“Dia ke bandar. Katanya nak ke bazar karat cuci mata.”

“Encik Luth tak ikut sama ka?”

“Malas la saya. Saya lebih suka rehat-rehat ja.”

Maryam mengikut Luth masuk ke dalam resort tersebut. Sekarang hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam resort tersebut. Duduklah dulu. Saya masuk ke dalam pejabat tu ambil kad.”

“Ok.”

Luth berlalu masuk ke ruang pejabat. Maryam melihat kawasan persekitaran yang bergelar lobi itu. Kemas dan tersusun. Kelihatan wajah Luth sebagai Penaung Utama resort tersebut. Dia tersenyum. Dia terbayang jika dia sebagai isteri kepada Luth tersebut. Sudah tentu hidupnya bahagia. Tiba-tiba kedengaran seperti ada benda berat jatuh di dalam ruang pejabat tersebut.

“Encik Luth!” jerit Maryam.

Diam! Maryam mula susah hati. Apa yang telah berlaku?

“Encik Luth pengsan ke? Aku pi tengok sat la.” Maryam berjalan lalu menuju ke ruang pejabat tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2015 03:07 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 2-10-2015 02:44 PM
cant't wait to know what will happen next TT...

nah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 04:12 PM | Show all posts
Hadi puas hati berjalan dan membeli beberapa barang jualan murah dan bundle untuk kegunaan harian.

“Rugi kau Luth tak join aku..”

Hadi masuk ke kawasan resort itu. Dia terkejut kerana ramai sangat manusia berkerumun di lobi utama.

“Ada apa ni?”

Hadi parking kereta lalu terus keluar dan berlari anak ke arah Lobi.

“Ada apa ni?” tanya Hadi sambil mencari Luth.

Tiba-tiba dia ternampak Maryam juga ada disitu. Berdiri bersebelahan dengan Luth dengan mata yang berkaca.
Luth menggelengkan kepalanya. Orang kampung disitu tak berhenti bercakap menuduh dan menghentam berkata Luth dan Maryam berkhalwat. Hadi terdengar perkataan ‘khalwat’ itu. Jantungnya berdegup kencang.

“Please la! Saya dengan Maryam tak buat apa-apa pun.”jelas Luth yang cuba mengawal perasaan marahnya.

Berkali-kali dia ulang dia dan Maryam tidak buat perkara yang tak baik, tetapi orang kampung biasalah tetap takkan percaya. Kawan Adeeb yang terlepas dari ditangkap polis yang buat aduan tersebut!

Hadi berdiri berhadapan dengan Luth.

“Khalwat? Apa ni, Encik Luth?”

“Masalahnya aku tak buat apa-apa pun!”

“Berdua-duaan takkan tak buat apa-apa kan? Lauk depan mata kot!!” kata Pak Mail menambah perisa.

“Betul tu!!” sokong yang lain.

"Kahwinkan mereka berdua!!"

“Astaghfirullah.. berapa kali nak cakap ni?!”

Hadi memandang Maryam. Sungguh dia betul-betul terasa terkilan. Kenapa semua ni terjadi dalam sekelip mata? Maryam hanya tertunduk diam.


                                          ############################


Seminggu kemudian..

Luth dan Maryam berdiri sambil mengadap sebuah rumah dua tingkat di hadapan mereka. Luth kemudian menoleh memandang Maryam.

“Ini rumah kita. Jom masuk.”

Luth membuka pagar rumah tersebut. Maryam hanya mengikut suaminya itu dari belakang. Rumah tersebut dibeli dengan hasil titik peluh Luth sendiri. Perabot dan semua barang kelengkapan dalam rumah sudah siap dikemas. Maryam masuk cuci kaki sahaja!

Maryam memandang Luth. Mereka akhirnya berkahwin atas keputusan Luth kerana mahu menutup maruah keluarga. Maryam dimaki, dihina mak dan ayahnya setelah mengetahui apa yang berlaku. Luth mengambil keputusan membawa Maryam tinggal bersamanya. Keluarga Luth tak ada masalah setelah diterangkan semuanya. Luth bersyukur kerana masih ada keluarga yang memahami perasaan dan tindakan yang dilakukan.

Hadi? Hadi makan hati! Sepatutnya suami Maryam adalah dia, bukan Luth. Dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu tetapi dia tetap berlakon seolah tiada apa yang berlaku. Namun Luth tahu apa yang Hadi rasa pada ketika itu.

Luth membalas renungan Maryam. Luth berdiri mengadap isterinya.

“Ambil kunci ni.” Luth menarik tapak tangan Maryam lalu diletak segugus kunci rumah.

“Saya nak Maryam tahu, saya buat semua ni hanyalah untuk menutup maruah keluarga sahaja. Tak lebih dari tu. Jujur saya cakap saya tak ada perasaan cinta pada Maryam. Saya takkan tipu diri saya dan saya tak nak Maryam mengharap apa-apa dari saya. Suatu hari nanti saya akan lepaskan Maryam.” Sambung Luth.

Berkaca mata Maryam.

“Macam mana dengan perasaan aku? Kalau dah tak cinta aku, awat kahwin jugak dengan aku? Persetankanlah maruah keluarga tu!” Maryam hanya mampu merungut di dalam hati.

Luth meniti anak tangga dan dia terhenti seketika lalu memandang Maryam yang masih tercegat di pintu.

“Ada banyak bilik dalam rumah ni. Pilih lah nak bilik mana pun.”

Maryam memandang Luth.

“Kalau Maryam nak kongsi bilik tidur dengan saya pun tak apa. Saya tak kisah.” Sambung Luth lalu sambung menaiki tangga dan masuk ke dalam bilik utama.

Maryam mengesat airmatanya. Dia akan paksa dirinya menempuh semua ini demi dirinya sendiri.

“Percayalah, Maryam. Semua ni ada hikmah.” Maryam bercakap pada dirinya sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 04:15 PM | Show all posts
Hadi masih termenung sendirian di depan tasik titiwangsa itu. Pandangannya kosong pada ketika itu.

“Encik.. encik..” panggil seorang perempuan yang jogging di situ.

Hadi terjaga dari lamunan.

“Ya?”

“Handphone encik berdering tu.”

Hadi memandang handphonenya yang sengaja dia letak di kerusi panjang sebelahnya.

“Owh, ok. Thanks.”

Perempuan itu berlalu pergi sambil tersenyum. Hadi memandang skrin handphonenya. Tertera nama Luth. Hadi mengeluh. Perlu ke dia jawab ketika itu?

“Hello.” Akhirnya Hadi jawab juga.

“Hadi, kau kat mane?”

“Baru lepas jogging.” Hadi tipu.

“Aku nak ajak kau pegi tengok tapak projek dekat shah alam tu pagi ni.”

“Owh.”

“Boleh ke?”

“Hmm. Boleh.”

“Datang ambil aku pukul 11.”

“Yelah.”

“Thanks.”

Panggilan dimatikan. Hadi mengeluh lalu mengusap mukanya.


                                                  ############################


Maryam membuka peti ais. Seperti yang dimaklumkan, memang sudah tersedia segala barang basah. Ambil masak sahaja. Kalau Maryam tak ada pun, memang Luth suka masak sendiri jika ada masa di rumah.

Maryam tengah fikir nak masak apa untuk tengah hari itu. Dia keluarkan ayam dan beberapa jenis sayur lalu di letakkan disebelah sinki. Pisau dan pemotong di letak di atas meja.

Luth muncul di dapur. Dia memandang Maryam yang sedang baru nak potong sayur itu. Maryam diam.

“Masak lebih sikit.” Kata Luth sambil membuka peti ais mengambil air tin coca-cola.

Maryam curi-curi memandang Luth.

“Eh, lupa nak bagi tahu. Saya dengan Hadi ada kerja sikit pagi ni dekat Shah Alam. Petang insyaallah saya balik. Jap gi Hadi sampai, panggil saya. Saya dekat atas ambil fail.”

Maryam hanya mengangguk. Luth naik semula ke atas sambil dipandang Maryam. Luth ke dalam bilik yang dikhaskan untuk dia buat kerja itu. Beberapa fail di belek dan dimasukkan ke dalam beg.

Bripp! Brip! Handphonenya bergegar kerana vibrate.

“Adra?”

Dia mengabaikan sahaja panggilan itu. Lagipun beberapa hari yang lepas Adra ada mesej memberitahunya bahawa mahu berjumpa dengannya untuk berbincang. Tetapi Luth langsung tak endah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 04:19 PM | Show all posts
Hadi sampai di depan rumah Luth. Serius dia berasa sungguh berat hati ketika itu. Sedih pun ada! Gadis yang diimpikan sudah menjadi milik orang! Dia berjalan ke pintu.

“Assalammulaikum.” Hadi memberi salam sambil menekan punat loceng di sebelahnya.

Beberapa saat kemudian pintu dibuka. Muncul wajah Maryam yang agak lesu.

“Waalaikummussalam. Encik Hadi.. masuklah.”

Hadi terpaku. Sepatutnya gadis itu menjadi isterinya.

“Encik Hadi..”panggil Maryam.

Hadi tersenyum.

“Encik Luth dah siap ke?”

“Nanti Maryam panggilkan. Masuklah dulu.”

“Yelah.”

Hadi mengambil tempat duduk di sofa ruang tamu. Sambil itu dia memandang Maryam yang tengah meniti anak tangga menuju ke atas.

Maryam mencari suaminya. Dalam bilik utama, kosong! Bilik nombor dua pun sama. Tiba-tiba dia terdengar suara suaminya. Dia menuju ke bilik hujung. Sebaik sahaja dia hendak mengetuk pintu, dia terdengar suaminya seperti sedang marah-marah.

“Aku dah malaslah! Aku dah tak nak amik tahu langsung!! Kau nak kahwin ke, nak ape ke..suka hati kau!” Luth mematikan talian sambil baling handphonenya di atas meja.

Maryam terkejut. Garang juga suaminya itu. Luth perasan Maryam sedang berdiri di sebalik pintu kerana pintu itu tidak ditutup dengan rapat.

“Ada apa Maryam?” tanya Luth mengejutkan Maryam di luar.

Maryam membuka pintu.

“Encik Hadi dah sampai. Dia dekat bawah.”

“Thanks.” Luth memasukkan beberapa fail di dalam beg.

“Jangan lupa tutup pintu bilik ni.” Sempat Luth memesan pada Maryam.

Maryam mengangguk. Luth turun ke bawah.

“Garang!” Bisik hati Maryam smbil menutup pintu.


                                         ############################


Maryam berdiri di pintu kereta. Luth memandang Maryam. Hadi sudah pun berada di dalam kereta sambil curi-curi pandang Maryam.

“Duduk rumah baik-baik. Apa-apa call saya cepat.”

Maryam mengangguk. Baru sahaja Luth hendak masuk ke dalam kereta, Maryam sempat memaut lengan suaminya. Hadi pula yang berdebar-debar. Luth terkejut.

“Ada apa?”

Maryam mengucup tangan suaminya. Hadi terus memandang ke depan. Dia cemburu! Tipu kalau Luth tidak berasa apa-apa ketika itu. Dia memandang Maryam.

“Saya pergi dulu.”

Maryam tersenyum. Dia memang kurang bercakap selepas kejadian malam tersebut. Dia memandang kereta tersebut sehingga lenyap dari pandangan mata. Pintu pagar ditutup lalu terus masuk ke dalam rumah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.059594 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list