View: 5862|Reply: 67
|
[Tempatan]
Seremban: Suara Hati Seorang Mak Nyah.
[Copy link]
|
|
SEREMBAN - Dia tidak minta dilahirkan begitu. Namun, pergaulan dan penampilannya seolah-olah menjadi tembok penghalang untuk meneruskan kehidupan apabila sering dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral.
Bukan sahaja disisihkan masyarakat, malah golongan mak nyah juga menghadapi masalah dalam kehidupan apabila sukar memperolehi pekerjaan untuk menyara hidup sehingga akhirnya mereka terpaksa memilih jalan akhir, menjadi pelayan pelanggan.
Mereka tiada pilihan lain walaupun menyedari pekerjaan itu berdosa dan dipandang serong masyarakat, namun apa lagi yang harus mereka lakukan selain menerima saja dengan berat hati.
Menurut seorang mak nyah yang dikenali sebagai Zai, 50, hidupnya tidak menentu sejak diberhentikan kerja di sebuah kilang plastik yang beroperasi di Petaling Jaya pada 1998.
Bermula dari situ, katanya, kehidupannya semakin hari semakin mencabar sehingga terpaksa membuat kerja-kerja tidak bermoral demi sesuap nasi.
Menurutnya, bukannya kerana mahu mengejar kemewahan atau keseronokan tetapi kerana tiada sumber pendapatan tetap membuatkan dirinya bergelumang dengan dosa.
“Kini saya sudah bertaubat memandangkan usia semakin ‘senja’. Saya tak pernah terfikir untuk kembali melakukan pekerjaan terkutuk seperti itu lagi.
“Cuma sekarang ini apa yang saya nak beritahu, peluang untuk orang seperti saya mendapatkan pekerjaan tetap sangat tipis. Saya banyak pergi temuduga kerja tapi disebabkan perwatakan dan penampilan saya yang lembut, mereka menolak.
“Sebelum ini saya pernah bekerja di sebuah kilang dan tukang bersih di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Tapi sebaik sahaja saya pindah ke Seremban, sehingga kini saya tidak punyai kerja cuma sesekali membantu kawan saya dalam urusan perkahwinan dan baju pengantin,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Program Ziarah Masyarakat yang dikendalikan Persatuan Pembangunan Masyarakat (PPM) Negeri Sembilan di Taman Permai, di sini, kelmarin.
Turut serta, Pengerusi PPM, Mohd Aryan Kailash Arumugam.
Menurut Zai, golongan sepertinya tidak akan terbabit dalam pekerjaan tidak bermoral sekiranya mempunyai pekerjaan tetap.
“Bukan disebabkan nafsu semata-mata tetapi disebabkan terdesak membuatkan kami terpaksa melakukan aktiviti tidak bermoral seperti melacur.
“Kalau diikutkan hati, memang kami sendiri tidak mahu jadi seperti itu. Tapi kami tiada pilihan.
“Kini saya berharap ada pihak yang dapat sudi memberi pekerjaan tetap kepada saya bagi menampung kehidupan seharian, sekali gus membawa saya kembali ke pangkal jalan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Aryan berkata, pihaknya sudah lama mendekati dan mendalami kehidupan golongan mak nyah seperti ini yang mahu mengubah kehidupan asal mereka, tetapi tidak tahu arah yang hendak dituju.
“Buat permulaan kita akan membantu Zai mendapatkan kerja tetap menerusi rakan-rakan yang memerlukan pekerja, di samping merujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang agama dan jabatan berkaitan,” katanya.
SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/semasa...-nyah-1.445524
|
|
|
|
|
|
|
|
Sudah tiba masanya Malaysia mengiktiraf gender ke 3, seperti Thailand. Agar tiada diskriminasi sesama manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi mak nyah lebih berdosa ataupun menjadi seorang yang hypocrite? tidak mempercaya ciptaan tuhan Allah itu adalah lebih berdosa kan? |
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi ke org x amik keje sbb lelaki lmbut? tmpat keje aku ramai je laki patah dan layu. ke masa inteviu deyols buat2 taff sampai abis probation period?
dah confirm baru kluar almari kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai kiamat takan berlaku di msia!
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ellejo at 31-10-2015 01:03 AM
operator iols ada sorang ala2 lembut. kira inventory mmg cekap, sap sap sap 150 item
peliknya tally plak dgn system
teliti betul golongan ini.
btw, yg baju merah tu famri ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak saudara saya ada berkahwin dengan lelaki terlalu lembut. Boleh bertahan 10 tahun je.
Kebanyakan perempuan yang berkahwin dengan lelaki lembut ni mereka fikir mereka boleh membentukan lelaki tu menjadi seorang lelaki normal. Tapi bila dah cuba tetap tak boleh... Sebab itu kebanyakan perkahwinsn mereka hanya bertahan 10-15 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 31-10-2015 01:04 AM
Anak saudara saya ada berkahwin dengan lelaki terlalu lembut. Boleh bertahan 10 tahun je.
Kebany ...
Adakah bekas suami nya itu kembali mencari jantan sis ...? |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 31-10-2015 01:04 AM
Anak saudara saya ada berkahwin dengan lelaki terlalu lembut. Boleh bertahan 10 tahun je.
Kebany ...
I nak kawen dgn gay sbb I tak suka diganggu, tak suke org kongkong.
tapi I aware sexual preferences terutama golongan gay susah nak tukar.
boleh ke mcm tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 31-10-2015 01:04 AM
Anak saudara saya ada berkahwin dengan lelaki terlalu lembut. Boleh bertahan 10 tahun je.
Kebany ...
saya ingatkan sis ini muda lagi baru 20an gitu..tapi bila baca posting ini, saya rasa sis mungkin dah 40an..maaf |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tak pernah tanya dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
kasihan diorang...
desakan hidup sememangnya boleh buatkan manusia hilang pertimbangan...
dah kenapa company2 pun nk diskriminasi golongan gini...
asalkan kerja diorang tiptop dah la...
yg tulen pun kalau dok ngulat saja buat apa... |
|
|
|
|
|
|
|
ellejo replied at 31-10-2015 01:10 AM
I nak kawen dgn gay sbb I tak suka diganggu, tak suke org kongkong.
tapi I aware sexual preferen ...
boleh jah kalau sis kawen bukan sebab sex... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya dah tua dah. Dah ada interi dan anak...tak lama lagi akan ada cucu!
|
|
|
|
|
|
|
|
ellejo replied at 31-10-2015 12:57 AM
ada lagi ke org x amik keje sbb lelaki lmbut? tmpat keje aku ramai je laki patah dan layu. ke masa i ...
Ha..ha...lelaki patah & layu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Berlambak je kerja klu dorang nakkk....
Housekeeping kat hotel...pam attendan kat petrol station etc..
Tapi jadi mak andam jugak yg korang hadap |
|
|
|
|
|
|
|
ellejo replied at 31-10-2015 12:57 AM
ada lagi ke org x amik keje sbb lelaki lmbut? tmpat keje aku ramai je laki patah dan layu. ke masa i ...
Belambak keje kat mesia ni.. Ko saje guna pondan ko supaya tak bekerja.. Supaya golongan menyokong lgbt ni mulalahh.. |
|
|
|
|
|
|
|
ellejo replied at 31-10-2015 01:10 AM
I nak kawen dgn gay sbb I tak suka diganggu, tak suke org kongkong.
tapi I aware sexual preferen ...
Ramai je golongan gay kawin utk cover line.. Malam malam kuar ngan pasangan dia.. Kawan aku kena.. 2 tahun kawin gay tuu ceraikan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
ellejo replied at 31-10-2015 01:01 AM
operator iols ada sorang ala2 lembut. kira inventory mmg cekap, sap sap sap 150 item
peliknya ...
Mungkinlaa kot famri.. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Woii..mdlambak la petrol pump cari p3kerjà..
Ko je yg tanakkk..
Ye la petrol pump keja tak cun..
Muka berminyak melekit segala..mana seawai dgn ko kan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|