CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1246|Reply: 14

[Tempatan] Larangan hisap vape di kawasan sekolah

[Copy link]
Post time 1-11-2015 12:14 AM | Show all posts |Read mode
KUALA NERANG: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama sedang merangka peraturan tentang larangan penggunaan rokok elektronik atau vape di sekolah.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peraturan tentang larangan penggunaan vape di sekolah tidak banyak berbeza dengan larangan merokok di sekolah.

"Kementerian berharap ibu bapa dapat mengawal anak-anak (tentang penggunaan vape), jika hanya bergantung kepada sekolah sahaja tidak boleh. Jika sekolah dan ibu bapa serta pelajar itu sendiri mempunyai tanggungjawab, maka saya ingat tidak ada masalah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pertandingan memasak bubur Asyura dan majlis bacaan Yassin anjuran Wanita UMNO Bahagian Padang Terap di Padang Kerasak, Naka, di pada Ahad.

Kabinet dalam mesyuarat mingguannya semalam memutuskan tidak mengharamkan penggunaan vape walaupun Kementerian Kesihatan melahirkan kebimbangannya tentang penggunaan rokok elektronik itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2015 12:55 AM | Show all posts
pelik la..
kementerian kesihatan kata tetap ada bahaya..
tetapi kerajaan tidak pulak haramkan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 01:00 AM | Show all posts
Merokok ke vape ke mmg patut di larang di kawasan sekolah supaya kanak kanak tidak terdedah kpd perkerjaan yang tak bermenufaat ini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 01:55 AM | Show all posts
mengesex di sekolah pun diketegorikan perkara terpencil, tetibe mengevape disekolah jd isu highlight. awat tergedik2 baru nak merangka peraturan??? naikkan aje sign larangan mengevape di kawasan sekolah seperti rokok. itu pun nak kene tunggu kajian ke ??? yg kaki vape pun satu bodoh tak kire tempat main nak sembur je. lain la asap yg kuar tu lutsinar takdela org rimas bahloool
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 03:43 AM | Show all posts
baru nak merangka

larang jer la kalau kat kawasan sekolah
takde kompromi

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 03:57 AM | Show all posts
nak larang vape untuk budak sekolah cuba larang sekali org tua yg hisap vape

sama macam suruh budak2 solat. kalau ko tak tunjuk dan sama2 solat macam mana budak nak ikut.

aku tegur budak2 sekolah ber vape dalam restoran. sekali tgk org besar ada dok hembus2. cett!

vape.perkara bodoh yang sia2 dan membazirkan duit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2015 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
team rokok. budak vape ni byk poyo2
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak nampak apa perlunya nak vape vape ni kat kawasan sekolah. Nak tunjuk cool kat budak sekolah ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2015 06:44 AM | Show all posts
katanya penjual vape ni kaya2..


kalau vape dibenar kat sekolah, berasap sekolah...

pas2 saya rasa ,saya nak jadi pembekal vape, masuk kelas, 1 beg buku 1 beg vape/flavour

ada side income..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 09:05 AM | Show all posts
hanya org vangang hisap vape....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 01:33 PM | Show all posts
ni macam mana kira ni... kira sebelum kata putus, boleh hisap vape kat sekolah ke...
boleh jual vape kat kantin. the best.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 01:45 PM | Show all posts
Heee, menyampah I bitches or bastards yang ske hembus asap berkepul2 kat muke orang. Kau ske makan asap, kau hengat orang lain pun hadap macam kau ke? Hisap koteh lar weiiii, poooh keymakk  punye smokers!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 02:38 PM | Show all posts
OK lah hisap vape ,bukannya hisap dadah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 02:51 PM | Show all posts
ikon belia isap vape, mestilah belia pon nk isap vape
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 03:35 PM | Show all posts
apa susah sangat.... masukkan je vape ni dalam satu kumpulan undang undang sama mcm rokok.. abis cerita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.318157 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list