View: 1673|Reply: 3
|
Kompleks Sukan Bukit Jalil Akan Dinaiktaraf Jadi Bandaraya Sukan Baharu
[Copy link]
|
|
sumber foto : http://www.mstar.com.my/
Kompleks Sukan Bukit Jalil bakal berubah menjadi Bandaraya Sukan dengan kemudahan serba canggih, moden dan mudah diselenggarakan menjelang 2020.
Pengarah Eksekutif Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) Imran Salim berkata projek bernilai RM1.6 bilion itu akan merangkumi dua fasa untuk meningkatkan kemudahan sedia ada bagi penganjuran Sukan SEA 2017, selain terus menghasilkan pendapatan menerusi kemudahan baharu itu.
"Fasa Satu yang dijadual bermula Januari tahun depan hingga Jun 2017 melibatkan kerja menaik taraf dan mencantikkan Stadium Nasional, Stadium Hoki Nasional dan Pusat Akuatik Nasional sebagai persiapan menganjurkan Sukan SEA, membabitkan kos RM499 juta."
Bagi Fasa Dua, kompleks sukan itu akan melalui proses pembangunan membabitkan pembinaan pusat konvensyen yang baharu, pusat pemulihan, taman belia, muzium, perpustakaan sukan dan asrama belia (untuk atlet).
Sebuah kompleks membeli-belah bagi menjadikan tempat itu tumpuan pengunjung turut dirancang, dengan menjadikan Sports Hub di Singapura dan Stadium Olimpik London sebagai model.
Berita selanjutnya : mstar.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
dgr cite high rise apartment pun bakal dibina..korang yg lom beli umah tu baik stat kumpul duit dr skg sbb lokasi dah superb..bukit jalil bakal ada 2 kemudahan rel..LRT dan MRT
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus ade sukan SEA ni, pemangkin pembangunan salah 1 nya MRT |
|
|
|
|
|
|
|
wow..hebat malaysia...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|