Edited by CARI-IIN at 4-11-2015 05:54 PM
Oleh Izzah Abbasy
Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah tiada bandingannya. Menitis air mata tatkala melihat video di youtube berdurasi 0:55 ini. Pencetus Ummah (PU) Amin merupakan peserta Mimbar Pencetus Ummah yang bersiaran di Astro Oasis dan Astro Maya HD.
Kadang-kadang kita lupa. Kadang-kadang kita tak ambil tahu. Betul tak? Bila dapat tahu PU Amin ini adalah seorang anak yang telah diberikan kepada keluarga angkat untuk dijaga dan dia berjaya hingga melanjutkan pengajian diluar negara, tertarik untuk melihat sejauhnya kisah PU Amin ini.
Sudah ditakdirkan pada rancangan tersebut, ayah kandungnya dijemput untuk bertanyakan soalan.
Bolehkah Abah Melihat Wajahmu Nak, Di Akhirat Kelak? Tolong Jawab Ya Sayang
Terdetik di sudut hati ingin menanyakan diri sendiri adakah ada rasa syukur kita mempunyai ayah yang mempunyai deria penglihatan yang terang dan masih sihat? Bersyukurkah kita mempunyai ayah yang ada harta yang banyak? Bersyukurkah kita mempunyai ayah yang memahami? Bersyukurkah kita mempunyai ayah yang sayangkan anak-anak? Bersyukurkah kita masih mempunyai ayah tatkala ini?
Walaupun ayah kandung PU Amin seorang yang buta penglihatan, namun hatinya sangat terang. Mungkin dia sangat bangga apabila mengetahui PU Amin dijaga baik oleh keluarga angkat sehingga berjaya ke tahap ini. Dan mana mungkin hubungan anak dan ayah kandung akan terpisah.
Sukar ditafsirkan perasaan mereka, soalan yang diutarakan oleh seorang ayah yang buta pasti akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Jika kita masih mempunyai ayah, hargailah dan sayang mereka sebagaimana mereka mengasihi kita sewaktu kecil. - CARI Infonet |