CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6460|Reply: 26

Cerpen - Rather be

[Copy link]
Post time 20-11-2015 12:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Encik_Rocky at 20-11-2015 12:36 AM

Aku termenung lama. Mata hanya tertumpu pada tin kopi susu yang aku beli di vending machine tadi. Sambil duduk di kerusi taman di penjuru Osaka Park. Hanya jasad aku yang ada di Osaka Park, tapi roh aku entah kemana menghilang. Dah seminggu aku macam ini dan aku sedar keadaan aku tapi aku lebih rela untuk diri aku hanyut. Linda dah pun jadi bekas tunang aku,ya, BEKAS! Dengan putusnya hubungan hanya dengan melalui panggilan telefon. Dia di Damansara dan aku di Osaka. Bila aku ingat balik perbualan aku dengan Linda seminggu yang lepas, aku jadi serabut.Aku rasa geram, kusut, stress dan macam-macam lagi perasaan ada dalam otak dan aku simpulkan dengan termenung.

Aku dah tak ada mood nak study. Aku banyakkan masa merayap tanpa hala tuju, macam zombie. Zombie melayu di Jepun. Hm, tajuk dan idea yang bagus untuk anime. Kalau aku jual idea ini pada penerbit anime, mesti aku boleh jadi kaya. Ahh! benda bodoh dah masuk otak.

Aku terus bangun dari kerusi dan teruskan merayap. Cuaca di Osaka makin sejuk, sebab dah nak hujung tahun. Pakai 3 lapis baju pun rasa sejuk lagi. Dasar kulit melayu betul! Sambil berjalan, aku perhati orang-orang Jepun yang lepak di taman. Aku rasa jelous. Nampak mereka macam tak ada masalah. Tapi manalah aku tahu, mungkin mamat yang tengah terbaring tengah baca buku ada masalah kewangan, atau mak cik yang main dengan cucu itu ada masalah diranjang. Aku tiba-tiba tergelak sendiri. Otak aku ini kadang-kadang pandai alihkan perhatian dari kekecewaan yang dah seminggu aku hadapi. Dah 5 minit aku berjalan, aku singgah kedai Lawson, kedai serbaneka yang bersepah di Jepun. Aku masuk sebab tak tahan sejuk di luar. Aku menyusuri di setiap rak di dalam kedai. Macam-macam makanan ada, tapi bukan aku boleh beli semua pun, ada certain makanan yang dikhuatiri harom, aku tak nak ambil risiko. Walaupun dah setahun menetap di Jepun, aku masih lagi merangkak nak baca tulisan Jepun. Kaki aku terhenti di rak majalah dewasa. Okay, benda ini obviously harom untuk aku tengok, tapi kadang-kadang aku belek-belek juga gambar-gambar gadis telanjang dalam majalah. Tambahan pula kedai memang tak ramai manusia ketika ini, jadi aku tak malu sangat nak berdiri di rak majalah dewasa. Aku kusut sekarang ini, jadi aku perlu untuk tenangkan otak aku melihat keindahan tubuh wanita. Alasan bodoh yang aku halalkan.Helai demi helaian aku selak, tiba-tiba aku macam terperasan ada orang dekat sebelah aku walaupun mata kusyuk lihat majalah. Kemudian aku toleh dan terus terkejut.

Ada gadis berjaket hijau, berseluar skinny jeans dan rambutnya diikat kemas tengah tengok aku. Shit! Apahal dia usha aku?

Dan dia obviously bukan orang jepun, muka dia pan-asia dan comel pula. Tapi dengan keadaan aku tengah tengok gambar bogel sambil ada orang usha, jadi sangat awkward! Aku segera letakkan balik majalah di rak.

" Orang Malaysia ke?" gadis itu bersuara. Shit! kali kedua! Boleh cakap melayu pula! Lagi bertambah segan aku! Aku yang tak fikir panjang terus angguk. Sebab memang muka aku melayu sangat agaknya, tak boleh nak cover. Kemudian baru datang idea nak cakap aku orang Siam atau orang Indo, tapi dah terlambat. Aku yang dalam keadaan kekok terus tak bersuara.

"I sebenarnya dah sesat dan nak balik rumah. Then, I nampak you dari luar kedai, I dapat agak you mesti orang Malaysia."

Aku hanya tersenyum kekok sebab dia pun senyum pada aku. Manis senyuman dia, buat aku cair pula. " You tourist ke?atau student?" Aku tanya untuk kepastian. "Dua-dua bukan." Dia jawab. " I baru je pindah sini, ikut mama pindah sebab dia kena bertukar kerja kat sini. So yea, I ronda-ronda Osaka lepas tu sesat." Ujarnya lagi sambil garu kepala dengan wajah naifnya. Damn! makin bertambah comel pula.

"So,you stay kat mana?"

"Imamiya."

Okay, aku tahu tempat itu. Sebab aku pernah singgah disitu beberapa kali.

" Kalau tak nak penat, you boleh naik tren JR line dari stesen Toyutso lepas tu berhenti di Aikawa, di Aikawa you tukar tren, naik Chuo Line pastu terus ke Imamiya."

Dia nampak bingung. Mungkin dia tak familiar lagi dengan sistem tren Jepun yang serabut ini. "... tak ape, let me guide you."

Riak wajahnya terus berubah, tersenyum dan setuju. Memandangkan aku pun tak ada hala tuju, baik aku tolong dia. Jam pun dah pukul 5. Pukul 5 di Jepun umpama waktu maghrib di Malaysia. Aku dan dia berjalan keluar dari kedai Lawson. Aku ada sedikit segan bila bercakap dengan perempuan yang tak kenal. Jadi aku biarkan saja dia yang bertanya dan bercakap dulu.

"You study sini?"

"Yup. Dah setahun, course Engineering"

"Wow! Mesti pandai gila!"

"Takde lah, I ambil course ni sebab minat, bila minat jadi suka, bila suka jadi rajin, bila rajin ada la hasilnya." Berfalsafah pula aku. Poyo.

"By the way, my name is Laila." sambil dia hulurkan tangan. Aku memang jarang salam dengan perempuan. Tapi kalau dah hulur, aku terima saja. "Ashrun." jawab aku pendek. Nak saja aku cium tangan dia ala-ala filem mat saleh zaman dulu. Buat macam itu memang mengundang penampar.

"Laila Majnun ke?" Aku cuba berjenaka. Dia ketawa.Yes! menjadi.

"Laila Smith. My mom Melayu, my dad Irish. In case kalau you pelik kenapa ada nama mat saleh."

"Tengok muka you, memang melayu habis!"  Ujar aku yang sakarstik dengan jawapan dia sebab obviously muka dia Pan-asia. Dia hanya ketawa dengar jawapan aku.

Bersambung





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2015 01:06 AM | Show all posts
Menarik
Sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:22 AM | Show all posts
okay menarik..
alim alim kucing
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:39 AM | Show all posts
Wow! ada cerita baru... Menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2015 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
best


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2015 01:59 AM | Show all posts
Edited by Encik_Rocky at 24-11-2015 11:43 AM

Sambungan

Bunyi deringan Whatsapp bersiul di telefon aku.

Rai : Kau kat mana?
                                    Cafe, kenapa? : Aku

Rai : Kau pergi mana semalam?
        aku call tak menyahut..grrr
                                    
                                     Aku merayap, tenangkan jiwa : Aku

Rai : Pergh..jiwang! kau lama lagi ke kat cafe?
                                          
                                     Lama lagi kot. Aku tengah siapkan draf : Aku

Rai : Jap, aku otw..kau jangan pergi mana-mana pulak!

                                      Baik bossss..  : Aku

Aku letakkan balik telefon atas meja. Dah 3 jam aku melekat di atas kerusi cafe ini. Hasil dari 3 jam ini juga, tinggal satu rangkap saja lagi draf thesis untuk aku karang. Aku pun macam dah habis ayat nak 'goreng' thesis ini. Tapi tadi Rai cakap nak datang, memang tambah lagi 3 jam rasanya. Rai atau Raihana nama 'ayu'nya ialah antara orang yang aku rapat sejak aku menetap di Jepun. Dia senior aku satu semester, jadi banyak benda juga yang aku rujuk dari dia berkaitan dengan tugasan. Rai agak 'tomboy' orangnya, bukan pengkid. Walaupun kasar, cara pemakaiannya tidaklah ke arah kelakian. Sementara tunggu Rai datang, aku tangguhkan sebentar kerja thesis sambil melayari Facebook.

Jelous pula aku tengok kawan-kawan sekolah aku yang dah kahwin. Ada yang post gambar anak, gambar keluarga, gambar dating dan macam-macam lagi. Ini seolah-olah refleksi betapa 'loser'nya aku lepas putus tunang.Damn. Tambah-tambah lagi Linda ada post gambar makanan dan keluar terpampang di timeline Facebook aku. What the hell! Aku tengah berduka sekarang ini, kau buat-buat normal macam tak ada apa-apa yang jadi. Mungkin aku sudah patut fikirkan untuk keluarkan Linda dari senarai kenalan di Facebook,Twitter dan Instagram. Tapi aku macam tak tergamak pula. Entah. Lepas tengok post Linda, aku terus tutup tab browser Facebook. Tak ada mood. Tiba-tiba ada orang sergah aku dari belakang. Aku pun tidak semena-mena mengeluarkan carutan dengan begitu lancar.

Tak guna punya Rai. Dia ketawa macam orang hilang akal. Terkejut aku.

" Relax la, kau jangan fikir nak balas balik pulak lepas ni, aku tumbuk muka kau kang." ujar Rai sambil menunjukkan buku lima.

" Ewah, kau ingat habis kat sini je ke?" Aku cuba-cuba gertak dia, sambil dalam kepala dah ada macam-macam 'prank' aku nak buat pada Rai lepas ini.

" Kau okay tak Ash? Bukan lagi semalam hilangkan diri."

" Aku okay je, ambil angin je semalam. Apasal cari aku? Rindu 500%?"

" Bongok! Kau tu baru putus tunang, aku risau la kot-kot aku buang tebiat pergi terjun kat laut Osaka Port ke ape."

" Liar betul imaginasi kau. Aku iman kuat lagi la."

Setakat ini, hanya dua orang kenalan aku saja yang tahu aku dah putus tunang, Rai dan teman sebilik aku, Meor. Kawan-kawan lain aku tak bagitahu. Aku tak bersedia lagi mungkin. " Kau kalau ada ape-ape nak luahkan, bagitahu je kat aku. Bahuku ini sedia menerima titisan air mata mu." Ujar Rai sambil ketawa kecil dengan jenaka bodohnya. Aku serta-merta menaikkan jari hantu padanya. Cuaca diluar agak cerah dan kurang sejuk dari semalam. Rai membuka jaketnya dan menyerlahkan tubuh mantapnya. Okay, biar aku jujur, aku sebagai lelaki normal, mengakui walaupun Rai kasar orangnya, tapi tubuhnya memang agak mengiurkan. Itu saja aspek kewanitaan yang boleh aku nampak pada diri Rai.Kalau bukan sebab dia kawan rapat aku, dah lama aku jadikan dia bahan fantasi seksual aku. Okay, tipu. Aku pernah sekali jadikan dia sebagai bahan fantasi, tapi sebolehnya aku cuba elakkan. Sebelum aku jauh terpukau dengan tubuh Rai, baik aku tukar topik dalam otak ini. Damn you stupid brain!

" Semalam aku jumpa budak Malaysia sesat kat Osaka Park."

" Lelaki ke perempuan? kau tolong dia tak?"

" Perempuan, Laila namanya. Aku hantar dia sampai depan rumah okay!"

" Wah-wah! Cepatnya dah ada pengganti! Lepas kau hantar dia tu, ada cium-cium tak?" Rai masih dengan lawak bodohnya.

" Aku tolong ikhlas tau. Selamat aku bawak anak dara orang balik rumah."

" Kau yang hantar dia la buat aku risau, kau tu bukan boleh percaya sangat. Pervert jugak kadang-kadang."

" Aku pervert beradab okay!" Entah mana aku dapat ayat 'pervert' beradab. Aku ketawa saja dengan reaksi jelek Rai.

Bersambung...


                                    

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2015 07:16 AM | Show all posts
Encik_Rocky replied at 24-11-2015 05:59 AM
Sambungan

Bunyi deringan Whatsapp bersiul di telefon aku.

makin menarik cerita ni TT... ada masa sila sambung lg ya?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 10:57 AM | Show all posts
gaya penulisan yg catchy! I likeee

Nama tt... teringat kat salah seorang ahli grup whatsapp sekolah anak ai!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 11:35 AM | Show all posts
Encik_Rocky replied at 24-11-2015 01:59 AM
Sambungan

Bunyi deringan Whatsapp bersiul di telefon aku.


" Relax la, kau jangan fikir nak balas balik pulak lepas ni, aku tumbuk muka kau kang." ujar Linda sambil menunjukkan buku lima.

typo ...tu Rai kan..bukn Linda...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2015 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
awanjingga replied at 24-11-2015 11:35 AM
" Relax la, kau jangan fikir nak balas balik pulak lepas ni, aku tumbuk muka kau kang." ujar Li ...

Dah edit..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 04:35 PM | Show all posts
roki.hang update patt
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kimsa-ra at 24-11-2015 05:10 PM

wah tt buat spt whatsapp la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 01:58 AM | Show all posts
Edited by Encik_Rocky at 25-11-2015 02:10 AM

Pukul  7.30 pagi, sabtu. Awal aku bangun hari ini dan hari ini bukanlah hari biasa. Biasanya pagi hujung minggu aku masih mereput di katil sampai ke tengahari. Orang bujang, macam itulah. Aku dan Laila ada ‘deal’ tempohari yang aku akan bawa diajalan-jalan pusing di daerah Kyoto. Aku macam nak anggap hari ini sebagai temujanji, tapi macam syok sendiri pula. Biarlah aku takrifkan hari ini sebagai ‘ menjadi tour guide secara sukarela’ saja. Lepas mandi, aku cukur segala janggut dan misai. Ya, kebelakangan ini aku nampak seperti orang ‘ homeless ’ sebab keadaan aku yang agak kusut. Baju kemeja Uniqlo aku seterika hingga licin. Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku seterika baju. Aku bersiap keluar rumah hari ini memang luar dari kebiasaan.  Hampir setengah jam juga aku melaram, dan ‘Walah!’Aku menjadi lelaki maskulin hari ini. Poyo.

“ Kau nak pergi mana hensem-hensem ni? Dating?” ujar Meoryang masih dikatil dengan muka basinya.


“ Aku keluar jadi tour guide kejap.”


“Tour guide apa jadahnya ni?”


“Dah jangan sibuk-sibuk, kau nak pesan apa-apa tak?”


“Aku nak keropok,air gas botol besar dan Burger ikan atau udang pun cun jugak..oh ya, jangan lupa belikan aku manga One Piece.”


“Apa?! Line tak clear..” Sebelum sempat Meor balas, aku dah lesap terus. Banyak songeh pula.
Cuaca agak baik hari ini. Keluar dari hostel, aku terus ke stesen tren menuju ke Osaka Central sebab aku dah janji nak tunggu Laila disana. Dalam perjalanan, bunyi mesej Whatsapp bersiul. Dari mak aku.

Mak : Salam Along..semalam mak dapat call dari Linda.



                        Salam mak..ada apa dia call mak? : Aku



Typing.. (lama pula mak aku menaip)


Mak : Dia nak pulangkan cincin tunang..petang nanti dia datang
         dengan family..

Aku menghela nafas panjang. Aku tak tahu apa perasaan aku sekarang.  Aku tak rasa kecewa dan marah,tapi tak pula aku rasa tenang. Entah. Aku malas nak fikir. Baguslah diapulangkan cincin, rasa tanggungjawab itu masih ada. Aku sambung balas mesej mak.


Aku  : Okay, nanti kirim salam kat family dia *smiley face*



                         Kalau ada apa-apa call mak okay? Salam : Mak



Aku  :  Baik boss! Salam. *smiley face*

Lepas 15 minit, aku sampai di Osaka Station. Jam sudah pukul 8.35. Aku awal 25 minit. Untuk tanggapan pertama, kena datang awal. Tak kiralah dengan siapa aku nak jumpa, itu prinsip yang dah lama aku pegang. Ini bukan poyo. Sementara tunggu Laila, aku duduk di kerusi sambil cucuk earphone ke lubang telinga. Aku mainkan lagu kugiran The Strokes di Spotify sambil mata liar melihat keadaan sekeliling. Kadang-kadang mata terpaut pada gadis Jepun yang cantik dan seksi. Gadis yang berskirt pendek yang buat aku geram. Aku rasa aku dah terlalu banyak tengok video porno Jepun sampai aku boleh berfantasi macam-macam. Siap boleh hafal nama-nama bintang porno Jepun kegemaran aku. Aku tak pasti itu dah tahap kronik atau tidak.
10 minit kemudian, Laila mesej aku. Dia dah sampai Osaka Central, awal pula dia sampai. Aku balas kembali di mana lokasi aku. Beberapa ketika kemudian, aku nampak dia menuju ke arah aku dari jauh. Rambutnya tidak diikat seperti tempohari, memakai sweater hijau gelap dan berseluar chinos coklat mengikut bentuk kakinya. Damn. Mantap juga tubuhnya. Okay, Ashrun! Jangan fikir kesitu lagi. Fokus!

“ Hello! Lama tunggu?”


“ Tak lama mana pun.”


“ Hehe, okay. You look sharp!” Ujarnya. Aku dah blushing tapi tetap nak ‘control macho’.


“ Well, thank you. You pun nampak cantik.” Fuh! Memang jarang aku nak puji orang depan-depan. Dia hanya senyum dan aku cair dengan senyumannya.Aku rasa aku makin minat pada dia. Tapi aku tak mahu terlalu cepat jatuh hati.Biar ‘keep casual’ orang putih bilang.

Aku dan Laila menaiki tren JR Line menuju ke Kyoto. Banyak benda kami bualkan sepanjang perjalanan. Makin terserlah perangai ‘masuk air’nya dan aku suka perangai macam itu sebab aku rasa selesa dan tak rasa awkward.Sampai di Kyoto, kami menaiki bas khas yang menuju ke setiap destinasi tumpuan pelancong. Di Kyoto terkenal dengan tokong-tokong lama yang menjadi tarikan.Kali terakhir aku ke sini dengan Meor, ketika kami mula menetap di Jepun.Pelajar-pelajar yang baru mula belajar di oversea memang begitu, kalau boleh nak pergi semua tempat, tapi lama-lama jadi malas atau tak ada duit. Aku dan Laila banyak bergambar di sepanjang perjalanan melawat tokong-tokong di Kyoto.

Jam menunjukkan pukul 1 petang. Aku dengan Laila dah terlalu penat. Macam dah nak tercabut kaki. Kami lepak di taman lapang diluar Muzium Manga di tengah bandar Kyoto. Aku merebahkan badan diatas rumput dan Laila sedang duduk sambil menikmati roti yang dia beli di Family Mart tadi.

Mata aku teralih ke belakang Laila. Posisi duduknya menampakkan bahagian atas seluar dalamnya yang berwarna putih.


“You nak roti tak?” ujar Laila sambil menoleh ke belakang.Laju mata aku terus beralih ke arah langit. Nasib tak ‘kantoi’.


“ Its okay, later I makan.” Dia hanya angguk kepala.


“By the way, sepanjang you stay kat sini, you ada terfikir nak kerja?” Aku tanya untuk hilangkan situasi senyap.


“ Memang nak kerja, bosan juga kalau duduk rumah je.Walaupun mak I mampu tanggung makan minum I, I rasa kena berdikari sikit.”


“ Sorry kalau I tanya, ayah you kat mana sekarang?” Aku tanya soalan ini sebab aku pelik, dia selalu sebut fasal mak dia, tapi tak pernah cakap pasal ayah dia pula. Aku teka yang mak dia seorang ibu tunggal,tapi aku tanya juga untuk kepastian.


“Parents I dah 3 tahun bercerai. Ayah I dulu kerja di Kuala Lumpur, lepas cerai, dia balik ke UK.”

Okay, tekaan aku betul. Tapi bila dengar pasal hubungan putus, aku tiba-tiba rasa terkait pula. Cis! Tiba-tiba jadi lelaki sensitif.
Dari perbualan itu, aku dan Laila berkongsi cerita tentang keluarga. Aku boleh nampak yang Laila ini seorang yang kesunyian. Kehidupannya yang selalu berpindah-randah menjadikan dia terlalu bergantung pada ibunya.Dunianya ada dia dan ibunya saja. Dengan usia semuda 19 tahun, aku boleh faham yang dia masih belajar untuk sesuaikan diri dengan kehidupannya sekarang.

Bersambung...

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 08:50 AM | Show all posts
Encik_Rocky replied at 25-11-2015 05:58 AM
Pukul  7.30 pagi, sabtu. Awal aku bangun hari ini dan hari ini bukanlah hari biasa. Biasanya pagi hu ...

nice... interesting... awsome... excellente...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 01:53 PM | Show all posts
cerita ni buat aku trtanya-tanya le....

bila nak sambung?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 03:46 PM | Show all posts
best jugak citer nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2015 12:10 AM | Show all posts


ok..best...sila sambung cepat!

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 08:32 AM | Show all posts
npa aku rsa si’aku’ ni berpontensi nk jdi penzina atau perogol je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 05:21 PM | Show all posts
Esmiria replied at 5-12-2015 08:32 AM
npa aku rsa si’aku’ ni berpontensi nk jdi penzina atau perogol je

sebab kau selalu tulis dan baca cerita mcm tu kot?entah.


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 05:51 PM | Show all posts
Encik_Rocky replied at 7-12-2015 05:21 PM
sebab kau selalu tulis dan baca cerita mcm tu kot?entah.

yup. dan cerita camni  buat aku pk cmtu.hmm..kain terselk gitu.wattpad pun ada mendorong..

salah pixila ni..hmmm
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.760576 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list