CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29498|Reply: 225

[Jenayah] Bunuh Kerani: Jiran Ditahan! #97 & #120

[Copy link]
Post time 20-11-2015 08:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 21-11-2015 01:38 AM

Bunuh Kerani: Hampir 10 Pengguna Facebook Dipanggil Beri Keterangan     
Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 10:45 PM

Nurul Shahira

                                               (Ubah saiz teks)         

MUAR: Polis mengambil keterangan hampir 10 pengguna laman sosial Facebook bagi mengesan dalang sebenar penyebaran berita dan gambar bersabit kes pembunuhan seorang kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih Sungai Terap, Bukit Pasir di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata, kesemua yang dipanggil sejak Selasa sehingga hari ini itu adalah pengguna laman sosial berkenaan yang dikatakan berkongsi maklumat awal kes berkenaan sehingga ia menjadi viral.

"Polis memandang serius perkara ini dan dijangka akan memanggil beberapa lagi pengguna Facebook dan juga WhatsApp untuk diambil keterangan.

"Tindakan ini diambil selepas pengguna laman sosial ini tidak mengendahkan peringatan dan amaran daripada pihak berkuasa agar bertanggungjawab terhadap perkara-perkara sebegini. Berikutan itu, kami terpaksa mengambil tindakan tegas dan saya menasihatkan orang yang memulakan hebahan itu supaya tampil kerana kami yakin dapat mengesannya tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.


  



Akhbar sebelum ini melaporkan seorang kerani sekolah agama, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, ditemui terbaring dengan kesan jerutan di lehernya di depan pintu bilik utama rumahnya di Taman Setia Kasih Sungai Terap di sini, Isnin lalu.

Mayat mangsa ditemui jiran selepas enjin kereta Honda Civicnya tidak ditutup selama empat jam bermula pukul 2 petang, selain pintu pemandu kereta dan pintu rumah terbuka menyebabkan jiran terasa pelik dan mencarinya.

Polis kemudiannya bertindak menahan enam lelaki warga Nepal berumur 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran selang beberapa jam selepas menemui mayat mangsa bagi membantu siasatan.

Azman berkata siasatan memanggil pengguna laman sosial itu dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi dan menasihatkan dalang sebenar supaya tampil atau berdepan tindakan lebih tegas.

Katanya, tindakan itu diambil bagi mengelak ia mengganggu siasatan selain menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Beliau berkata ketika ini pihaknya masih belum membuat sebarang tangkapan lain namun telah menemui petunjuk baharu berhubung kes itu.

Menurutnya suami mangsa telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan petang semalam.

Sementara itu, seorang keluarga mangsa yang ditemui berkata suami mangsa Muhammad Faris Jaafar, 30, kini dikatakan lebih banyak termenung dan mendiamkan diri dipercayai mengenangkan arwah isterinya itu.

"Sejak kejadian ini berlaku, kami dapati Muhammad Faris lebih banyak mendiamkan diri dan ada masanya termenung memikirkan sesuatu. Alhamdulillah kesihatannya masih baik dan kami faham dia bersedih, namun kami berharap dia dapat menguatkan semangatnya secepat mungkin.

Menurutnya, Muhammad Faris bukan saja bersedih apabila mengenangkan nasib isterinya itu, malah kecewa apabila kes berkenaan dan gambar keluarganya mula viral di laman sosial dan WhatsApp sedangkan ketika kes masih belum disahkan polis.

Ibu saudara mangsa, Anita Abdul Aziz, 42, berkata anggota keluarga mangsa bukan saja sedih apabila kehilangan insan tersayang, malah hati terluka apabila membaca komen yang bukan-bukan di dalam laman sosial Facebook.

Katanya pengguna laman sosial perlu lebih bertanggungjawab dan memikirkan kesannya kepada keluarga mangsa kerana ada fakta yang ditulis di laman sosial itu bertentangan dengan fakta sebenar.
s
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2015 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting sebarrrkan dulu..pastu berSubhanallah pelbagai..cash lah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 08:24 AM | Show all posts
famri7 replied at 20-11-2015 08:22 AM
Yang penting sebarrrkan dulu..pastu berSubhanallah pelbagai..cash lah.

betul tu kaka.....iolss redhooo
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 08:34 AM | Show all posts
Hahahaha..menjawab la pada yg tak sabar sgt nak menviralkan...Bagus sgt tindakan ni..Puak2 yang suka2 sebarkan cerita ni lepasni boleh la viralkan masa kene soalsiasat nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 08:39 AM | Show all posts
ler... aku ingatkan dalang pembunuhan
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik xda gmbr mayat separuh bogel tu.
Kesian suami dan anak arwah yg c0mel.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2015 08:40 AM | Show all posts
kesian kat arwah n family members.............
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik xda gmbr mayat separuh bogel tu.
Kesian suami dan anak arwah yg c0mel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2015 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap cik puan apa ntah yg kunun bagi nasihat jgn check in rumah segala tu diangkut ke balai sekali

Dan jiran sebelah rumah yg dok mengomen dlm page fb bg tahu dia la org pertama yg masuk ke rumah check semua & call polis yg tu pun mohon di lokap brg semalam dua
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:01 AM | Show all posts
memacam hal...bahana media sosial....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:02 AM | Show all posts
juliez replied at 20-11-2015 08:55 AM
Harap cik puan apa ntah yg kunun bagi nasihat jgn check in rumah segala tu diangkut ke balai sekali  ...

Setuju dengan kakak Juliez!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Instinct abam merasakan yg nepal tu tak bersalah... bunuh jerut guna langsir ni seswatu bg abam...

wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:02 AM | Show all posts
famri7 replied at 20-11-2015 08:22 AM
Yang penting sebarrrkan dulu..pastu berSubhanallah pelbagai..cash lah.

Menjadi yang pertama itu penting chuols
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:11 AM | Show all posts
jengkoil replied at 20-11-2015 09:02 AM
Instinct abam merasakan yg nepal tu tak bersalah... bunuh jerut guna langsir ni seswatu bg abam...
...

aku pun merasakan suspek yg ditahan takde kes.makanya divert pada isu viral pulak
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:11 AM | Show all posts
che puan nurul apakenama yg bajet bagus2 tu elok kena sumbat lam lokap sekali ngan mat pit.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:14 AM | Show all posts
Mayat mangsa ditemui jiran selepas enjin kereta Honda Civicnya tidak ditutup selama empat jam bermula pukul 2 petang, selain pintu pemandu kereta dan pintu rumah terbuka menyebabkan jiran terasa pelik dan mencarinya.


Maaf tanya kenapa sampai 4 jam baru jiran jenguk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2015 09:17 AM | Show all posts
harap akak yg pandai sgt bg nasihat tu dicekup sama
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
kelanci replied at 20-11-2015 09:14 AM
Maaf tanya kenapa sampai 4 jam baru jiran jenguk?

Kalau mengikut komen jiran sebelah rumah yg memberi keterangan di fb page, masa tu hujan lebat. So tak dgr org menjerit or bunyi enjin kereta. Bila ptg dah 6pm baru hujan reda dan perasan enjin kereta tak mati
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:27 AM | Show all posts
Bagus! Video ke gambar2 kejadian macam ni patut dihalang penyebarannnya kecuali utk tujuan penyiasatan. Takat siasat sendiri, buat lepaskan nafsu sendiri tak payah!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:31 AM | Show all posts
kelanci replied at 20-11-2015 09:14 AM
Maaf tanya kenapa sampai 4 jam baru jiran jenguk?

ko nak tanya sape ni?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.088183 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list